Rabu, 22 April 2015

DVD double trouble 2010 live concert in JB


Selepas 5 tahun geng... haha 5 tahun lepas dvd ni perna aku pegang, masuk list, tapi sampai skg aku tak dapat angkat, sampai lah tahun lepas proses meletak dvd ni dalam list aku bermula. ada juga aku terlihat dalam jualan fb dvd ni, tapi harganya tak mengizinkan, baru 5 tahun harga sudah berlipat kali ganda. total kapitalis... hari RSD kat campbell hari tu kan berpeluang turun kesana, memang tak plan apa2 dari rumah., turun sekadar memang mencari apa yang dalam radar dan list. tak mau berbelanja lebih cam dulu2 gagagaa... yang utama juga dapat bawa family jenjalan keliling kl huhu..

sampai aku kat campbell hari tu, aku ikut jalan sebelah kedai uncle ni, uncle cina ni tutup kedai huhu ada patches menarik kat sana utk projek tahun ni. pastu masuk kedai aunti campbell terus terlihat dvd ni., pegang terus beb, tak banyak fikir2. fokus aku utk menyelam kedai aunti tu hilang. dalam hati apa yang dicari muncul depan mata yahooo.. nak melompat aku beb.. wahahaha.. macam biasa aunti cina tu musti keluarkan pengetahuan dia bab2 album baru dan apa2 saja utk mempromosikan kedainya. sempat round sekali dalam kedai tu, terus bayar, ohya aku terlihat disana cd2 mega pack 3in1 band2 rock cam rusty blade rockers ngan bpr dan macam2.. nanti aku gerak seorang next time aku nak nyelam lama2 hahaha.

lepas keluar dari kedai aku terfikir mana dorang buat RSD ni ya. mungkin kat bawa kali hurmm.. lepas tu round nampak para metalhead sedang sibuk dihujung sana.. ahhh kompom lah sana kataku yey.. mari kita menyelam.. fuhh dah macam pasar malam beb.. meriah ni, peniaga2 baru letak barangan mereka. nampak kengkawan sekepala bersalaman memang sempoi geng, cam suasana gig.. aku terfikir best juga RSD klu macam ni kan, tahun lepas buat kat subang.. aku sempat pergi tak semeriah kat campbell tahun ni. lepas tu aku lihat patches blackfire warna merah tu terus sambar harga murah, org dah jual kat fb rm40 skg haha. org umah jenis segan kan aku pun faham bawa dia tempat berehat dan aku ngan mizi kembali ke RSD tu menyelam boleh lah kalu ikutkan hati ku, memang banyak aku nak beli. tapi aku mula fokus skg tak ikut nafsu buas ku. apa saja dalam radar baru angkat. gitulah ceritanya nanti sambung kat entri lain. cerita bab dvd ni sudah terpesong.

huhu sori cerita dvd tu ni ahh.. dalam dia ada satu cd ngan satu inlay 10muka surat gambar2 wings ngan search. sempoi dvd ni bagi aku. buat aku senyum2 sendiri. heppy nya aku tu. aku tgk dvd ni 4 kali sambung. masa terhad balik kerja tgk sikit dah lelap. semalam baru habis tgk. itu pun masih belum puas pasti akan di tonton lagi dimasa cuti nanti. durasi dvd ni 2 jam lebih klu tak silap. memang lama tu kalu terus tengok kan. apapun aku bagi wings ngan search memang terbaik 2 2 band ni. cuma amy ja bab duet tu dia cam tenggelam oleh awie,. hahah rosak lagu wings oleh amy. joe memang sempoi. yang lain2 pun ok lah, cuma kamera je yang tak cun,. tak pandai nak buat rakaman konsert live huhu.. apapun ini pasti jadi khazanah  muzik rock tanah air,, phewitt sekali...

nota - musti kawan2 blogger yang lain ada disini masa konsert ni. kongsikan pengalaman korang dalam ruangan komen jajajaa.... harapnya search ngan wings buat DT kat istana budaya.. 10 hari gempak tu wahahaha... tamat.

8 ulasan:

  1. Kenangan... point form
    1) Jumpa Berteromber
    2) Dah takde lagi la pasal Larkin dah jadi Pure Football Stadium kot? Giler rumput rosak...
    3) Double Trouble nye perkataan penuh langsung tak wujud dalam apa bentuk pun semua pakai DT
    4) Search main lagi bagus dari kat kandang kuda seminggu sebelum tu. Wings maintain tapi.....
    5) Tiga lagu dimainkan kot? Atau empat? Aku dah lupa...
    Nur Nilam Sari takde dalam cd dan dvd - tak tahu apasal
    Alam Barzakh - Awiiiieeeeeee!!!! screw up big time. SCREW UP BIG BIG TIME.
    HOLY DIVER dimainkan sebagai tribute to Ronnie James Dio. Lineup Amy/Awie/Joe/Nasir/Yazit.
    Aku rasa ada lagi satu lagu dimainkan tapi aku tak upload kat youtube bootleg aku pasal ada budak2 dekat ngan aku berbual lucah.
    Yang tiga lagu kat atas ni takde dalam dvd dan cd ni, tapi aku bootleg dan share kat bootleg channel aku. Sound pecah la malam tu, tapi ok la sebagai archive gitu...

    Dah tu je kot? hehe

    BalasPadam
  2. Actually masa kat Double Trouble show Singapore, dari atas stage Amy dah cakap Double Trouble Three akan keluar.
    So haraplah impian kau betul.. DT3 10 malam kat IB. Kalau 10 malam, aku nak pergi malam pertama, dan malam terakhir.
    Cewahhh
    Kalau kau sponsor aku, then aku pergi 10 malam, then aku tape tiap2 malam, then kita buat boxset 30cd. Satu malam 3 cd.
    Cewahhh

    BalasPadam
  3. cuba ko tengok betul2...mesti ada muka aku dengan deaf kat dalam tu...hahaha...

    aku pun tak ada dvd ni...nak kena cari juga la...kenangan last konsert kat larkin....

    Nak cerita pun...deaf dah tapau semua...cari jer la rebiu aku kat blog...hahaha....



    BalasPadam
  4. Dvd ni ada beli,tapi masa aku pindah umah hilang pulak.taktau sapa yg kebas.kat speedy aku perasan masih ada jual lagi dengan harga asal.kalo kat fb amboi betul punya cekik darah

    BalasPadam
  5. Din Mayat menyolo ala Janick Gers tapi cameraman fokus kat Kid....hampeh

    BalasPadam
  6. Tambah sikit...baru teringat...malam tu aku dengan deaf borak pasal rumput kat larkin yang teruk...gondol sana sini..siap ada pokok semalu kat corner...tak sangka pulak sekarang cantik giler rumput kat larkin...memang takder can la nak buat konsert kat sini lagi...
    Deaf...jom turun larkin...ko tengok dia punya beza sekarang...

    BalasPadam
  7. DT tu apa? Darul Ta'zim ke? hahaha

    BalasPadam
  8. Aku betul2 nak tengok bola kat Larkin baru ni... So cantik la. If they can computerised everything...like Berteromber sometimes review, tentu fantastic.

    BalasPadam