Memaparkan catatan dengan label DVD / VCD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DVD / VCD. Papar semua catatan

Isnin, 18 April 2016

dvd bootleg konsert search isabella live


hari tu ada kenalan kat fb posting pasal VHS konsert ni, bertanya ada sapa2 berminat klu dia salin kat dvd, aku yang gatal tangan ni p lah komen nak juga klu ada kan, kejap ja aku sudah dapat mesej, bertanya klu aku nak, aku cakap klu kualiti sound dia ok aku memang nak sekeping, katanya klu tak puas hati boleh pulang balik. beberapa hari lepas tu bungkusan berisi dvd ni sampai kat rumah, balik dari kerja teruja punya pasal nak tengok. mulanya aku play ada sedikit rasa tak puashati, bila tengok sampai habis, barulah aku puashati, untuk kualiti gambarnya puashati sound pun boleh tahan. kira tak rugi lah juga belinya.


setlistnya sejam saja. apa yang tak menariknya setiap lagu tu ada diselangseli interbiu setiap band. hurmm tapi oklah.. bagi abang2 yang memang membesar di era vhs ni korang mesti sudah perna tengok konsert ni kan, zaman aku dulu tengok filem evildead ja ngan gusti wwf.. 

Selasa, 12 Mei 2015

The God World Only knows



hello semua ni aku nak kongsikan cerita anime ni, lepas cerita bleach yang agak memboringkan kebelakangan ini. aku ambil keputusan utk beli anime ni. yang ni musin ke 3 dah, satu dan dua aku dah tgk. aku mengharapkan lebih utk musin ni, tapi sayangnya tak seperti yang diharapkan. haha.

anime ni mengisahkan seorang pelajar lelaki yang sangat obses ngan game memikat gadis2. bila mana satu hari dia tertekan perjanjian ngan syaitan, utk membebaskan roh kesuyian yang bersarang dalam badan gadis2 jelita, nasiblah gadis2 jelita kalu yang tak cantik payah juga nak jadi staring anime ni hahaha. perjanjian dgn syaitan ni dia tak jangkakan. bila dia cakap tak mau. memang putus lah kepalanya. maka terpaksa lah si keima ni menuruti perjanjian tu utk menyelamatkan dirinya.

sebenarnya keima (staring) dalam siri ni. bukan suka pun dengan dunia nyata. dia banyak habiskan masa dia main game. siri 1 memang best., no 2 pun best. apa yang ada pada musin 3 ni kan, memang agak hambar juga. ditambah2 subtitle nya translate dari google. mampus aku nak fikir.

siri tiga ni kan kisah 2 siri terdahulu digabungkan, kalau dulu tu bila keima ni cium gadis yang jatuh hati ngan dia. terus lupa., tapi dalam cerita ni, 6 gadis2 dari berapa banyak gadis yang dia cium, mengingati keima ni., ada satu dua babak tu menarik juga. hahaha  tapi aku tertanya2 seolah2 aku terlepas sesuatu anime ni. ntahlah. ok lah itu je ceritanya, aku bukan pakar dalam merungkai apa dalam ni. haha itu je lah. k jumpa musin ke 4 nanti. 

Rabu, 22 April 2015

DVD double trouble 2010 live concert in JB


Selepas 5 tahun geng... haha 5 tahun lepas dvd ni perna aku pegang, masuk list, tapi sampai skg aku tak dapat angkat, sampai lah tahun lepas proses meletak dvd ni dalam list aku bermula. ada juga aku terlihat dalam jualan fb dvd ni, tapi harganya tak mengizinkan, baru 5 tahun harga sudah berlipat kali ganda. total kapitalis... hari RSD kat campbell hari tu kan berpeluang turun kesana, memang tak plan apa2 dari rumah., turun sekadar memang mencari apa yang dalam radar dan list. tak mau berbelanja lebih cam dulu2 gagagaa... yang utama juga dapat bawa family jenjalan keliling kl huhu..

sampai aku kat campbell hari tu, aku ikut jalan sebelah kedai uncle ni, uncle cina ni tutup kedai huhu ada patches menarik kat sana utk projek tahun ni. pastu masuk kedai aunti campbell terus terlihat dvd ni., pegang terus beb, tak banyak fikir2. fokus aku utk menyelam kedai aunti tu hilang. dalam hati apa yang dicari muncul depan mata yahooo.. nak melompat aku beb.. wahahaha.. macam biasa aunti cina tu musti keluarkan pengetahuan dia bab2 album baru dan apa2 saja utk mempromosikan kedainya. sempat round sekali dalam kedai tu, terus bayar, ohya aku terlihat disana cd2 mega pack 3in1 band2 rock cam rusty blade rockers ngan bpr dan macam2.. nanti aku gerak seorang next time aku nak nyelam lama2 hahaha.

lepas keluar dari kedai aku terfikir mana dorang buat RSD ni ya. mungkin kat bawa kali hurmm.. lepas tu round nampak para metalhead sedang sibuk dihujung sana.. ahhh kompom lah sana kataku yey.. mari kita menyelam.. fuhh dah macam pasar malam beb.. meriah ni, peniaga2 baru letak barangan mereka. nampak kengkawan sekepala bersalaman memang sempoi geng, cam suasana gig.. aku terfikir best juga RSD klu macam ni kan, tahun lepas buat kat subang.. aku sempat pergi tak semeriah kat campbell tahun ni. lepas tu aku lihat patches blackfire warna merah tu terus sambar harga murah, org dah jual kat fb rm40 skg haha. org umah jenis segan kan aku pun faham bawa dia tempat berehat dan aku ngan mizi kembali ke RSD tu menyelam boleh lah kalu ikutkan hati ku, memang banyak aku nak beli. tapi aku mula fokus skg tak ikut nafsu buas ku. apa saja dalam radar baru angkat. gitulah ceritanya nanti sambung kat entri lain. cerita bab dvd ni sudah terpesong.

huhu sori cerita dvd tu ni ahh.. dalam dia ada satu cd ngan satu inlay 10muka surat gambar2 wings ngan search. sempoi dvd ni bagi aku. buat aku senyum2 sendiri. heppy nya aku tu. aku tgk dvd ni 4 kali sambung. masa terhad balik kerja tgk sikit dah lelap. semalam baru habis tgk. itu pun masih belum puas pasti akan di tonton lagi dimasa cuti nanti. durasi dvd ni 2 jam lebih klu tak silap. memang lama tu kalu terus tengok kan. apapun aku bagi wings ngan search memang terbaik 2 2 band ni. cuma amy ja bab duet tu dia cam tenggelam oleh awie,. hahah rosak lagu wings oleh amy. joe memang sempoi. yang lain2 pun ok lah, cuma kamera je yang tak cun,. tak pandai nak buat rakaman konsert live huhu.. apapun ini pasti jadi khazanah  muzik rock tanah air,, phewitt sekali...

nota - musti kawan2 blogger yang lain ada disini masa konsert ni. kongsikan pengalaman korang dalam ruangan komen jajajaa.... harapnya search ngan wings buat DT kat istana budaya.. 10 hari gempak tu wahahaha... tamat.

Khamis, 26 Mac 2015

WINGS ROCKESTRA DVD + CD

Cerita semalam... ni masa giliran aku pula cerita pasal dvd konsert wings ni. haha. apa yang menariknya tentang dvd ni. hurmm semuanya pasti sudah tahu kan. sebelum tu aku mau bagitau. aku tak turun konsert ni. rasanya aku tak perna ambil tahu akan konsert ni. haha. tapi aku ada tgk live percuma kat icity ntah tahun bila yang live kat tv9 tu kan. lepas tu slowlah ngan wings dan rock lain2. nasiblah cd ni rilis. pertama sekali yang bermain kat kepala otak aku, musti beli, tak nak jadi macam album live double trouble, dulu aku siap pegang, sambil cakap, nanti sajalah aku beli. sampai kan aku boleh terlupa dan sedar2 sudahkan bila terlihat org share,, nak cari sekarang memang payah. kalau ada yang jual pun musti letak harga sekeping LP imported kakaka..

dalam dvd ni ada 1 dvd dan 2 cd, satu cd aku sudah dengar semalam, dan nonton dvd ni sampai trek 31/50 aku ngantuk, memang layan album ni disebabkan penat giler, aku stop dan tido.. nanti sambung masa cuti nanti. tapi kalau mengikut apa yang aku rasakan, aku betul2 puas hati ngan pembelian ni. walaupun harganya rm46 ianya berbaloi. percayalah aku tak nak pisang berbuah 2 3 4 kali wakakakka.. tak beli nyesal tak berguna. ohya dapat lihat hillary pun ada main dalam ni.

satu saja lah bab wings ni aku tak suka. awie punya cara tu tak rock macam dulu2. wahaha.. jangan marah fan wings, aku ni boleh kata, wings ni adalah band rock pertama aku. dari dengar sampai lah lihat depan mata, siap begambar lagi ngan line upnya bayar rm10 kakakaka..kat fun fair. ohya nak tambah sikit lagi. aku ada hold beberapa cd kat speedy tu, rasa nak sambar, tengoklah cemana, album search 30 tahun tu memang dalam top list tapi ntah kena skip. menakluk kosmos lagi lah tak tahu bila nak beli. lagi satu hukum karma pun ada 2 pcs. harap aku sempat lah beli sebelum orang lain beli. itu sajalh kisahnya wings dvd ni. harap konsert menakluk kosmos tu buat sekali kat kl. senyap ja.. hurm ohya kat sayap2 wings jual ni rm60 hahaha.

ni lah isi dalamnya... aku ingatkan poster,, kiayam betul, bestnya ni kalau poster... dvd nya aku tgh layan... 

Khamis, 22 Januari 2015

Sil khannaz Rockumentari

pada suatu hari yang sudah lalu, aku buka fb kan lepas tu aku terlihat lah gambar vcd ni di wall, dengan harganya rm20 sekali poslaju katanya, mulanya aku macam biarkan saja berlalu, tak berminat, tapi bila aku fikir2kan, macam best saja kalau aku beli, aku g buka utube, taip tajuk vcd ni, ada dalam utube dokumentari ni, tgk dalam beberapa minit, kata hati ku oh, yang nikan aku sudah tgk lama dulu, kawan aku punya dia ada beli vcd ni. lepas tu, aku p tekan kat komen PM huhuhu.. dapat terus msj dan aku terus kan deal, walaupun hati ku berbelah bagi nak beli ni, sebab ni tak ada dalam perancangan aku utk dimiliki tahun ni. alang2 mandi basah kan mana tahu aku boleh lengkapkan koleksi sil khannaz haha.

aku memang nak taip panjang2 disetiap entri tahun ni hahaha... oklah mari aku ceritakan apa ada dalam cd ni kan, kalau korang malas nak g tgk kat utube, ianya dokumentari lebih kepada memperkenalkan sil khannaz kepada mereka yang tak mengenali mereka, soalan2 pun santai2 saja, yang menariknya ada video klip beberapa lagu2 sil khannaz, mungkin juga vcd ni, nak bagitau yang sil khannaz ni bukan lah seperti apa yang dikatakan oleh2 mereka2 yang timbulkan isu keblackmetalan yang perna panas dimalaysia.

apalagi yang menarik tentang2 vcd ni, hmmm rasanya macam tak banyak menarik, dibeli lebih kepada ingin memilikinya saja dan dibuat koleksi. oklah itu sajalah yang dapat aku taip, aku rasa cam krem sudah otak ni tak dapat nak fikir apalagi yang nak ditaip dalam entri ni hahaha. ohya korang ada tgk video klip zamani tu, kesiannya dia diperlakukan oleh polis macam tu.. hmm harap zamani saman orang yg upload video tu kan, yang ni cerita tiada kaitan ngan vcd tu., oklah tamat....

Jumaat, 22 Ogos 2014

AVRIL LAVIGNE - THE BEST DAMN TOUR


Ni Aku nak ceta pula pasal dvd yang aku beli kat cash n converter ngan harga rm8, dvd ni aku ada tgk juga kat speedy, harga boleh tahan,, tak sanggup diriku mau membelinya, kalau harga murah no hal haha, sebabnya aku ni bukannnya fanatika avril ni, sekadar mendengar avril ni satu album saja, yang boleh aku katakan album terbaik perempuan yang aku perna beli selain dari ella.. jap jap, nanti aku tampal kaset avril yang aku beli satu masa lalu, ceta secara terperinci cemana bleh meminati avril ni.. hahaha

dvd ni pula rakaman konsert tour keliling dunia masa album the best damn thing rilis, kuala lumpur pun ada tersenarai utk tour ni, tapi aku tak turun juga, samalah macam tahun ni tak pergi juga huhu.. walaupun dalam hati ku membuak2 nak tgk, last minit aku cancel sebab ada benda lagi bagus dari konsert avril hehehehe.. next time.. sbab avril senang saja masuk mesia ni hehehe

ohya hampir lupa plak pasal dvd ni, ya dvd ni macam dvd konsert lain, cumanya dalam ni dvd avril tak all out, mungkin keletihan kali, tapi lagu2nya memang best.. hampir kesemua lagu2 dalam album the best damn dia bawa, avril ada juga main drum, piano.. sempoi lah, tapi kurang mengujakan... ok lah itu sajalh.. WAhahahha.. tutup mata sambil tekan publish........