Isnin, 18 April 2016

dvd bootleg konsert search isabella live


hari tu ada kenalan kat fb posting pasal VHS konsert ni, bertanya ada sapa2 berminat klu dia salin kat dvd, aku yang gatal tangan ni p lah komen nak juga klu ada kan, kejap ja aku sudah dapat mesej, bertanya klu aku nak, aku cakap klu kualiti sound dia ok aku memang nak sekeping, katanya klu tak puas hati boleh pulang balik. beberapa hari lepas tu bungkusan berisi dvd ni sampai kat rumah, balik dari kerja teruja punya pasal nak tengok. mulanya aku play ada sedikit rasa tak puashati, bila tengok sampai habis, barulah aku puashati, untuk kualiti gambarnya puashati sound pun boleh tahan. kira tak rugi lah juga belinya.


setlistnya sejam saja. apa yang tak menariknya setiap lagu tu ada diselangseli interbiu setiap band. hurmm tapi oklah.. bagi abang2 yang memang membesar di era vhs ni korang mesti sudah perna tengok konsert ni kan, zaman aku dulu tengok filem evildead ja ngan gusti wwf.. 

8 ulasan:

  1. berapa harga yg diaorang jual ni bro..?

    BalasPadam
  2. pernah tengok dulu...tapi ingat2 lupa...

    BalasPadam
  3. Tak silap aku konsert ni search tak boleh sebut nama "search",sebab tu konsert ni di namakan konsert isabella.tu yg aku baca dlm urtv dulu lah..sebab amy telepas ckp sebut "search" jugak tu yg melepas 30k saguhati katanya

    BalasPadam
  4. Ni barang baik ni.. konsert2 search lama2 ni mmg item dcari2 jgk oleh kolekter.. berharga woo.. aku pun nak beli jgk! hehe

    BalasPadam
  5. ni yang mana? apa tahun kat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam inlay nya tak dinyatakan, dalam utube ada beberapa lagu dalam ni, dia tulis ni konsert kat stadium negara, tahun 1989.

      Padam