Khamis, 20 November 2014

TARANTULAH - WAR BRUTALITY

Versi kaset...
aku perna publishkan versi cdr kat blog ni, dan aku perna ngimpikan utk mendengarnya dalam format kaset, dan akhirnya aku memilikinya.. kaset ni aku dapat byhand dari vokalis band ni, masa gig klhb hari tu, beli sekali ngan patchesnya cantikkan..hehe

klu cdr tu aku tak berapa kerap mainkan sebabnya aku kurang mendapat feel bila dengar, walaupun lagu2 band tarantulah ni mudah dihadam namun begitu ianya tak tersenarai dalam playlist harian aku.. malam aku balik dari gig tu kan, aku terus pasang kaset ni, PERGH!!! dia punya feeling tu lain macam, wow aku ckp dalam hati, memang terbaik, 2 kali aku round sebelum aku tido, lepas tu sambung balik lagi esoknya, dan sekarang kaset ni masuk list pilihan didengar.. bayangkan ceman hebatnya versi kaset ni..

ohya label yang rilis ni pun aku selalu tgk banyak kaset2 lama dia riliskan balik ingatkan cincai punya label, rupanya, ianya mmg betul2 minat ngan kaset ni, kualiti terbaik... salute DIY DISTRO, nanti kita deal ok.

3 ulasan:

  1. blog kau ni kau buat la yang kat tepi tu macam "local bands" listings yang kau dah borak2 atau tunjuk gambo...
    ni dah jadi macam reference blog tau nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih deaf atas tegurannya..
      nanti aku tampal2 kat tepi tu..

      Padam