Memaparkan catatan dengan label Neftaraka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Neftaraka. Papar semua catatan

Selasa, 29 November 2016

Neftaraka - Revelation of Suppression




Sekali lagi Neftaraka....haha

Ini adalah ep terbaru dari neftaraka, Rilisan yang sangat2 aku nantikan, Ep ini mengandungi 4 lagu 2 lagu cover, satu mayhem dan satu lagi dari silencer. tahun ini saja 2 Ep telah diriliskan oleh neftaraka, salah satunya digital blasphemy.. mungkin ini adalah rilisan terakhir utk tahun ni, harapnya tahun depan band ni akan lebih bersemangat lagi untuk meriliskan material.

Seperti yang aku ceritakan di entri2 berkaitan band ni, apa saja yang aku terima dan dengar dari band ni ianya membuatkan aku gembira, 4 lagu yang dihidangkan dalam ni ianya menghiburkan halwa telinga aku, lagu pertama abandon tu bermula agak slow bila musik mula memasuki lagu ianya sangat2 solid padu dan mentah, sepertinya mendengar lagu2 neftaraka yang lepas2 tapi dengan mood yang baru melodi baru aaarghh susah juga aku nak catatkan dalam ni rasa sebenarnya yang aku rasa bila mendengar rilisan band ni. lagu cover silencer tu pun dibawahkan dengan begitu asyik sekali. aku tak perna dengar versi asalnya dengar dari ep ni saja ianya sangat menghiburkan.. 2 lagu lagi tu sudah pastinya aku terhibur.. hail.

lima keping kaset ni aku beli, sekali jalan dengan kawan2, mulanya nak beli sekeping saja, melihat kenaikan kos poslaju skg ni ianya sedikit membebankan pembeli seperti aku. klu beli sebulan satu rilisan ok, bayangkan klu lima, boleh lepas 2 cd utk duit poslaju saja. jadi aku cuba tanya kawan2 dalam wasap grup, manalah tau dorang bekenan dengan kaset terbaru ni, melihat saja pada kulit albumnya ianya mengujakan bagi pencinta black metal... tak sangka pula dorang berminat, makanya aku order 5 keping, dapat harga diskaun lagi tu rm13 sekeping masuk poslaju utk 5 keping ni rm75. selamat duit pos aku.. kaset ni dijual rm15 sekeping dipasaran bawahtanah belum masuk pos lagi. kalau dulu harga duit poslajunya rm7 je, sekarang ni rm8 dah, ada juga penjual terus mengenakan rm10 semenanjung malaysia saja. mungkin lepas ni kalau nak beli rilisan terbaru kena tanya geng2 wassap, beli secara berjemaah ni dapat diskaun dan selamat duit poslajunya... YEY hahahaha.... 

untuk mendapatkan kaset ni boleh terus hubungi label yang meriliskannya di fb Page Whicery records atau band membernya... terhad 100 keping...

DEATH TO ALL
HAIL BMH

Rabu, 23 November 2016

Neftaraka / Bane - Necrodeath Ritual




Kaset ni aku baru dapat semalam, sudah sekian lama aku mengimpikannya, akhirnya dapat juga aku miliki. split tape neftaraka dan bane ni rilisan 2011, terhad 66 keping sudah lama sold out, hari tu terlihat di fb orang share gambar2nya, komen saja bertanya mana tau ada lebih, tak sangka pula dapat mesej, ini kaset ada lebih..aarghh ianya mengujakan aku, aku terus saja minta acc bank dan buat bayaran... dengan hati yang gembira aku dapat memiliki antara kaset yang ada dalam radar aku untuk dimiliki.

split ni ada 8 trek 4 utk neftaraka 4 utk bane, bane ni band dari serbia, dorang main black death metal. sangat padu muziknya, berlainan dengan neftaraka muzik mereka mentah dan kotor, black metal hutan katakan, namun begitu muzik neftaraka seperti sebelum ni aku katakan, aku cukup terhibur dengan alunan muziknya, berbeza dengan orang lain, ambil contoh kawan2 terdekat aku mereka tak dapat hadam muzik neftaraka. tapi hari tu aku siap promosi lagi rilisan terbaru dari neftaraka, mungkin esok sampai lah tu bungkusan. harap dorang gembira dan suka bila mendengar yang aslinya.

4 lagu dari neftaraka ni 3 dari nya sudah ku dengar dan ada dalam rilisan koleksi aku. satu saja lagu tribute to mayhem tu aku baru dengar.. untuk bane pula ini pertama kali dengarnya, muziknya layan ngam juga dengan selera aku. dalam bungkusan aku ni disertakan cdr sekali, aku ingatkan satu kaset tu saja aku dapat. dapat cdr tu bertambah gembira hati hahaha

ada beberapa lagi rilisan neftaraka ni dalam radar aku, harapnya aku akan dapat memilikinya jua suatu hari nanti.

k itu saja.. jumpa dihalaman seterusnya. haha

Jumaat, 22 Julai 2016

Baju Neftaraka

depan

belakang

baju rasmi neftaraka keluaran 2016
bagi aku ianya mengujakan lawa designnya
tahun lepas punya simple ja tak ada art
ini kali hellyeahhh.. tak sabar nak sarung p gig hahaha
ohya neftaraka akan merilis ep tak lama lagi lihat gambar kat dinding sebelah.

Jumaat, 6 Mei 2016

neftaraka - digital blasphemy



Akhirnya dapat juga aku memilikinya, hari tu aku melepas untuk mendapatkannya, disebabkan barang terhad saja, nasiblah ada label dari serawak bawah masuk ep ni, aku sudah order sebulan lepas ep ni, semalam baru mendarat, sangat2 menggembirakan jiwa raga ku hehe!



ini adalah ep terbaru dari neftaraka, ada 4 lagu dalamnya satu lagu saduran dari silencer, lagu2 dari ep ni boleh saja di dengarkan dalam bandcamp label yang merilis ni disini pasti mengujakan jika anda pencinta irama gelap, bagi aku setiap rilisan neftaraka yang aku terima, aku akan puashati dengan segala2nya, ntah kenapa, muzik mereka walaupun sound agak kotor, namun melodi dalam kesuraman kegelapan tu aku dapat rasakan, ianya buat aku tenang seketika bila mendengar rilisan neftaraka ni, untuk ep ni lagu digital blasphemy tu aaaaarghh rasa macam nak bunuh diri gitu ahaha...

aku rancang nak beli cdnya saja, disebabkan ianya diriliskan juga dalam format kaset aku pun beli lah sekali, buat koleksi gitu, sound kaset tu agak mendap sikit..lagu ketiga saja soundnya kuat. oklah buat koleksi, klu ikut hati aku nak sambar kedua2 versi kaset tu, sebab ia diriliskan dalam 2 warna hitam dan putih.

okeylah itu saja coretan kali ini, mengharapkan yang terbaru kejutan dari band neftaraka ni... hail B.M.H death to all.....

Selasa, 29 Disember 2015

Neftaraka - Raw Ist Law



akhir2 tahun ni, ada juga cd yg buat aku gembira, ini cd antara cd yang aku impikan ada dalam koleksi aku, akhirnya ianya menjadi milik aku, aku cukup gembira...haha... cd ni kawan kepada kawan aku yg jual rm15 gitu, tak tunggu lama aku terus rembat saja, syukur ianya rezeki aku..yeayyy sangat2 mengujakan cd ni bagi aku...

cd ni adalah ep neftaraka tahun 2009, ada 5 trek dlm nya, kira tiga lagu lah tolak 2 intro outro tu,hehehe.. soundnya mmg sedap bagi selera aku, aku sudah cerita kan ini band black metal tempatan yang bikin aku teruja tenang senyum bila mendengarnya...lagi satu cd ni terhad 66 keping saja.. aku ingatkan aku tak akan dpt memiliki cd ni, tapi benar lah kata org, klu rezeki kita ianya pasti datang bergolek depan mata... hehehe

Rabu, 9 Disember 2015

Neftaraka - death to all





ini pula cd yang mendarat beberapa hari lepas, aku ingatkan aku sudah publishkan, check punya check tiada, makanya aku buatkan terus lah ceritanya. neftaraka ni, antara band black metal tempatan yang aku minat, kira termasuk dlm band yang aku puja,. jadi apa2 rilisan yang mereka riliskan aku berusaha utk mendapatkannya, jika di tunggu lama2 pasti melepas, sbb selalunya mereka rilis ni amat2 terhad, perna juga aku melepas satu rilisan mereka ni...aaaarghhh.

death to all ni, perna diriliskan dalam format kaset, aku tak ada kaset tu huhu.. aku terfollow neftaraka ni, agak lambat sikit, tapi tak apa, dengan adanya rilisan cdr ni, ianya sedikit sebanyak dapat membantu, melengkapkan koleksi yang sedia ada, bukan takat lagu2 dari kaset tu, dalam cdr ni, ada penambahan 2 lagu baru. ohyee,,

lagu2 dalam album ni, diambil dari reharsel dan juga live dorang, tak dinyatakan dalam inlay kat mana tempat lokasi dirakamkan, cuma fuck you dia bagitau huhuhu.. dalam metal arkib rasanya ada. apapun aku puas hati dengan rilisan ni, ianya menghiburkan, walaupun soundnya agak kotor, namun halwa telinga ku dapat menghadamnya dengan begitu indah sekali. ini lah aku katakan muzik black metal tempatan ngam dengan selera ku. ok doakan aku dpt kasetnya kbai.

Jumaat, 27 Februari 2015

neftaraka / al azazhil - amidst the deepest of voidness

split 2015
 haha.. bungkusan semalam mendarat, ngam aku dirumah balik kerja setengah hari. terus ada masa melayannya dengan penuh ke terujaan.. teruja sikit saja, sebab aku balik dari servis kereta singgah kat kedai 7e terjumpa buku komik. yang ni nanti aku cerita bila abis baca nanti.ok terus kepada kaset split ni, ini adalah rilisan yang aku tunggu2 juga, disebabkan 2 band dalam split ni, adalah band yang tersenarai dalam list 30 band wajib support. walaupun aku tak punya koleksi lengkap untuk kedua2 band ni. aku baru follow ok haha

split ni menghidangkan 10 buah lagu, side A untuk neftaraka dan side B al azazhil, lagu pertama dari neftaraka from the unknown winds sudah biasa aku dengar, aku ingatkan kaset ni kan macam kaset kompilasi lagu2 lama saja, bila aku perhati ada lagu yang aku tak ada dan tak perna dengar, trek ke 3 judulnya ophoytha, ni lagu baru ke lagu lama, tak tahu lah kan tapi bagi aku ni lagu baru, dan satu lagu cover dari bathory woman of the dark desire. puas hati 5 lagu yang terhidang dalam side neftaraka ni, pure 666 alunan black metal hutan.

untuk side al azazhil 2 lagu pertama, rasanya aku baru dengar, ni pun lagu baru rasanyalah, bagi aku, sebab ini pertama kali aku dengar dari kaset ni, trek 4 dan 3 sudah selalu dengar, aluanannya, dan lagu terakhir cover song dari as sahar, as i seek the anvil, dibawakan dengan alunan mereka sendiri, seingat aku lagu ni dari demo as sahar tak silap. apa yang menariknya side al azazhil, kalau neftraka membawakan raw black metal, al azazhil pula bermelodi sedikit, seperti perna aku taip kat entri2 lepas pasal band ni, dorang ni mempunyai sound tersendiri, dengar saja sudah tahu itu band al azazhil. layan ke 5 5 lagu yang band ni persembahkan..


keseluruhan kaset ni memang berbaloi dengan harga rm21 temasuk harga poslaju semenanjung, dengan disertakan patches, apa lagi dengan sound kedua band ni yang cukup pure black metal bawaan mereka, ianya menghiburkan. ohya seperti sedia maklum rilisan kaset2 tempatan memang cukup terhad. jadi jika sapa2 kawan yang berminat ngan kaset ni boleh kontek casus luciferi di fb nya, label ni meningkat naik dengan rilisan2 yang cukup mengujakan, semoga maju jaya, tak sabar nak memiliki pula as sahar santau 20 year box tu.

Selasa, 10 Februari 2015

baju neftaraka


belakang
baju rasmi neftaraka - raw ist law, keluaran eastern myth records 2015. aku nampak saja flayer baju ni trus order haha, pertama sekali aku memang kurang kan beli baju2 ni, bila melihat design terbaru ni, ianya agak ringkas saja, tapi menarik minat aku. harga baju ni rm40 siap poslaju. disertakan sekali kad yang cantik tu.huhu tak banyak nak diceritakan kawan, aku sekarang tengah menanti bungkusan yang akan menggembirakan ku. hahaha.. itu sajalah k bai.

Isnin, 12 Mei 2014

NEFTARAKA - MORTS

neftaraka
akhirnya sampai juga cd ni ke tangan aku selepas berbulan terkandas dengan kawan, nasiblah semalam kawan seorang hantar cd ni dengan aku kalau tak mungkin sampai gig sabbat nanti baru ambil,itu pun kalau aku turun.

ohya hari tu aku ingat dorang main kat budak jahat 2 sabtu ni, gembira juga nampak nama band ni kat flyer last minit tak jadi main huhu.. belum rezeki aku lagi nengok dorang ni, neftaraka ni salah satu dalam list aku nak tengok live, dan antara band black metal yang menjadi pujaan hati ku hehe... ohya untuk sound dalam album ni semestinya gelap dan pekat, aku amat menyukainya, bila time pasang saja, lepas tu limpang2 sambil mengadap siling, sungguh mendamaikan hati,.. ada 8 trak untuk album ni, yang aku cerita tadi versi kasetnya, sebabnya kaset tu aku dah miliki terlebih dulu.. hahaha

lagi satu semalam aku play juga sekali cd ni, semuanya macam biasa ok tak dah calar, soundnya tak sangkut semuanya good..namun feel tu kurang sikit, berbanding versi kasetnya.. sebolehnya aku nak kolek semua rilisan neftaraka ni, apakan daya aku terlewat untuk memiliki rilisan awal mereka yang sekarang sudah menjadi rare, tak ada sapa kah nak jual kat aku, cd law is raw saja tu pun cukup lah... sesapa ada baca ni email aku k.. aku betul2 nak cd tu huhu.. caww...


Khamis, 30 Januari 2014

NEFTARAKA - MACABRE

band black metal yang paling cepat ku hadam muziknya,nama band juga tidak kurang hebatnya senang saja diingat,aku mengenali neftaraka dari majalah tempatan,masa memula tu memang susah sikit nak cari stuf mereka,sekarang ni senang saja asal ada rm semua boleh dimiliki.
neftaraka macabre
demo tape ni rilisan awal tahun lepas dan aku memilikinya dengan harga rm20 termasuk pos laju,kalau nak pos lambat harga rm15 saja,kalau byhand rasanya rm10 kot...dalam demo ni ada 4 lagu satu lagu kaver dari band darkthrone,plus intro dan outro ada 6 trak semuanya haha..sound untuk demo ni sama macam rilisan mereka terdahulu,cuma ada sedikit melodi di lagu sex and roll,lagu lain memang black metal hutan..

jika pendengar nak muzik yang bersih jangan berharap banyak sangat untuk neftaraka,sebabnya muzik bawaan mereka ni hanya akan masuk dengan mereka2 yang memiliki keistimewaan hahahaha macam aku kot riak sikit!! hahaha,tak lah sekadar ingin bergurau saja,tidak dinafikan semuanya boleh mendengar black metal,untuk menghadamnya bukan semua boleh.. nak layan lagu metal ni bagi aku makan masa hampir setahun baru aku memahaminya,itu pun disebabkan minat sangat dengan black metal.. dah lari tajuk dah hehe

okeylah neftaraka antara band black metal paling low profil di tanahair ni,walaupun muzik mereka setanding muzik band2 luar,neftaraka terus mengekalkan prinsip mereka,jika dilihat saja rilisan mereka dalam metal arkib cukup menbanggakan,untunglah sapa yang mengikuti band ni dari awal,macam aku ni hanya sempat memiliki rilisan terbaru mereka,namun aku masih juga berusaha,kalau ngam dengan time,terlihat rilisan neftaraka yang aku belum ada,pasti aku laburkan rm untuk memilikinya... jajaja..

(kejap saja masa berlalu,dah nak masuk bulan 2,harapnya bulan 2 nanti aku bertemu dengan kaset yang aku ingin miliki.. selamat bercuti jumpa lagi dibulan hadapan)


Isnin, 26 Ogos 2013

NEFTARAKA - MORTS

MORTS
kaset ni dah lama pun aku nak beli,masa metalcamp 5,waktu kaset dan cd ni diriliskan,aku mmg nak sambar,disebabkan masa tu bajet aku tak cukup jadinya aku lupakan buat seketika hasrat utk memilikinya,dan bila aku ada lebihan bajet maka aku pun carilah kaset ni kat distro2,dlm fb nasiblah ada satu membe ckp yg dia masih ada extra copy utk kaset ni,tampa fikir byk aku pun deallah dengan lincahnya.

kaset ni menghidangkan 8lagu termasuk 2 instrumental,seperti rilisan yg lain yg ada dlm koleksi aku,musik mereka masih lagi sama,dan betul2 melekat kat dlm telinga aku ni..aku rasa bertuah sbb masih sempat lagi memilikinya huhu.. total hell...
utk lagu dlm kaset ni
1. Rituale 02:25   instrumental
2. Sufferance 03:39  
3. Morbid 07:33  
4. Legions (Silverian Kvlt) 05:15  
5. Pandemonium 06:22  
6. F.O.A.D.A 03:26  
7. Anttarra Solitude 07:48   instrumental
8. Morts 05:10  




Selasa, 20 Ogos 2013

MISANTHROPIC CONGREGATION CHAPTER II

Nosferiel / Neftaraka / Omen / Immolate / Symphony Jimbalang
teringin sangat nak memiliki ni sampai cd kawan aku nak beli,tapi dia tak bagi dia pun sayang dgn cd ni kepunyaannya tu.aku pun cari2 lah dgn distro yg ada kat dlm fb pastu terjumpa juga akhirnya.bajet utk cd ni rm20 termasuk kos penghataran register pos,diterbangkan dari serawak.
belum buka
bungkusan ni bikin susah hati aku saja,apa tidaknya aku dah rancang pun yg bungkusan ni akan sampai sebelum raya.tapi yg sampai hanya bungkusan dari metalzone saja yg ni sangkut lepas raya baru mendarat tu pun tunggu 2minggu lepas raya baru mendarat.. sebelum bungkusan ni mendarat tiap hari aku jejak kat tack n trek pos,sampaikan aku hilang selera sudah nak tunggu adoiii lepas ni aku tak kan order lagi item sebelum raya sbbnya parah nak menanti huhu...
kotak keras cd blum nampak lagi
dlm fikiran aku cd ni pasti jewel case pecah mcm yg aku order dgn sesetengah distro,tapi sangkaan aku silap cd ni tak pecah langsung apa tidaknya cd tu dibalut dgn kotak keras kalu berat sekilo ble tahan lagi tak pecah cd tu haha,aku respek betul ngan distro ni cara dia menghargai barang pelanggan mmg dia titik beratkan hail to EVP
dlm cd
sampai rumah habis mandi dan etc aku pun pasang la cd ni dgr dgn mood yg bagus... lagu2 dari band yg ada dlm cd ni mmg menghiburkan dah nama black metal musik mana ada tak bising mesti bising dan hanya mereka yg meminati saja ble hadam dan enjoy hasil seni black metal. aku tak nak bandingkan muzik sapa paling best dlm cd ni bagi aku cd saja dah buat aku gembira inikan pula musiknya..aku tak payah tgk pun trek keberapa dgr musik aku da tau band apa hahahaha lagu2 dari band ni aku dah perna dgr dah pun hehe

lagu2 dlm cd ni
1. Omen - The Glorius Zenith 04:06  
2. Nosferiel - Mercoless Daimon Skullsplitter 04:32  
3. Neftaraka - From the Unknown Wind 01:56  
4. Symphony Jimbalang - Fear the Holocaust 03:39  
5. Immolate - Sea Devil Worship (666 Kaul) 03:40  
6. Omen - Eternal Toward Infernal 04:32  
7. Nosferiel - Blood Sucking Vandal 04:02  
8. Neftaraka - F.O.A.D.A 03:31  
9. Symphony Jimbalang - Ancient Dark Spell 04:06  
10. Immolate - Immolate in the Night Clewoon 04:47  

support local scene and fuck you kata neftaraka HAHAHA

Selasa, 30 Julai 2013

NEFTARAKA - ETERNAL HARSH

neftaraka
bungkusan dari sabah akhirnya mendarat juga,mungkin agak lewat aku memiliki album ni,tapi itu bukan satu masalah sebab music ni tiada tarikh luput.dgn harga rm15+pos daftar.tapi aku tambah rm5 lagi hantar dgn pos laju,pos daftar ni leceh sikit dah la lambat bila sampai suruh kita pergi ambil kat pejabat pos,malas aku.muzik dalam kaset ni total layan tiada istilah bagi aku muzik mereka ni tak sedap semuanya masuk saja hahaha.. menghidangkan 9 lagu,cukup memuaskan halwa telinga ku,lepas ni aku nak cari lagi rilisan2 neftaraka yg aku blum miliki.. harapnya ketemulah.

lagu2 dlm kaset ni

1. Into the Dead Confession

2. Eternal Harsh

3. Rassuk

4. From the Unknown Winds

5. S.T.V.R.M

6. Between Wood, Blood & Semen
 
7. Too Old Too Cold (Darkthrone cover)

8. Forgotten (live)

9. Ophoytha


hail NEFTARAKA

Rabu, 24 Julai 2013

NEFTARAKA - THE BLISSFUL DELIVERANCE EP 2013


NEFTARAKA - THE BLISSFUL DELIVERANCE EP 2013

bungkusan yang aku tunggu pun tiba,senang deal ngan distro yg cepat buat proses penghataran,banyak distro kat malaysia ni ambil sambil lewa saja main ikut suka hati mereka saja nak hantar bila,sepatutnya barang dah ada sipembeli pun dah bayar apa mau tunggu lama,tak kan tunggu sampai 20 dah bayar baru nak pos sekali,disini aku saja nak ambil peluang ni,nak luahkan kekecewaan aku pada sesetengah distro ni,tampa pembeli siapa lah kamu,banyak sudah aku mark distro kat malaysia,perna satu hari sampai 3 bulan aku tunggu,bayangkan saja macam mana penderitaan,kami pembeli ni tak boleh buat apa hanya mampu menanti dengan penuh seksa.. aku harap ada lah pihak distro yg baca post ni hahahaha

kan dah lari dari tajuk post ni huhu,sebenarnya aku cuma nak kongsikan barang yang aku baru dapat saja dlm blog ni,bermula may 2013 yg lepas2 tu aku malas nak cerita sbb aku dah lupa apa yg nak aku catatkan dalam ni,nak kata review cd,aku bukan pandai dalam bidang tu,aku dah fikir masak2 ini bukan review muzik yg aku dgr ianya hanya perkongsian cerita aku sahaja huhu

cd neftaraka ni aku miliki semalam,balik rumah bungkusan dah ada,aku mmg dah agak sebab distro NEKRO X tu dah infom aku barang dah pos hari isnin,klu pos laju jawabnya hari selasa barang mendarat lah.aku order sekali ngan baju tu,memang berbaloi dengan harga rm40,dapat baju button stiker dan cd..

apa yang menarik lagu2 neftaraka yang aku dgr, memang tidak mengecewakan,cd ni pun total menghiburkan aku,tapi sayangnya rasa 4 lagu tu macam sekejap saja,nak putar 3x baru puas. itu saja lah utk post hari ni,

tiap kali dapat bungkusan mesti gembira
item ni rilis 100 pcs saja no aku 36 hehe
muzik mereka sama seperti band luar.. hail NEFTARAKA