Jumaat, 6 Mei 2016

neftaraka - digital blasphemy



Akhirnya dapat juga aku memilikinya, hari tu aku melepas untuk mendapatkannya, disebabkan barang terhad saja, nasiblah ada label dari serawak bawah masuk ep ni, aku sudah order sebulan lepas ep ni, semalam baru mendarat, sangat2 menggembirakan jiwa raga ku hehe!



ini adalah ep terbaru dari neftaraka, ada 4 lagu dalamnya satu lagu saduran dari silencer, lagu2 dari ep ni boleh saja di dengarkan dalam bandcamp label yang merilis ni disini pasti mengujakan jika anda pencinta irama gelap, bagi aku setiap rilisan neftaraka yang aku terima, aku akan puashati dengan segala2nya, ntah kenapa, muzik mereka walaupun sound agak kotor, namun melodi dalam kesuraman kegelapan tu aku dapat rasakan, ianya buat aku tenang seketika bila mendengar rilisan neftaraka ni, untuk ep ni lagu digital blasphemy tu aaaaarghh rasa macam nak bunuh diri gitu ahaha...

aku rancang nak beli cdnya saja, disebabkan ianya diriliskan juga dalam format kaset aku pun beli lah sekali, buat koleksi gitu, sound kaset tu agak mendap sikit..lagu ketiga saja soundnya kuat. oklah buat koleksi, klu ikut hati aku nak sambar kedua2 versi kaset tu, sebab ia diriliskan dalam 2 warna hitam dan putih.

okeylah itu saja coretan kali ini, mengharapkan yang terbaru kejutan dari band neftaraka ni... hail B.M.H death to all.....

6 ulasan:

  1. fuhh..! black metal ni... huhu! keep it up bro D'arsil

    BalasPadam
  2. memang syahdu baca posting blog seseorang peminat yang menulis. Bukan penulis yang menulis kerana kerja nye menulis - NO PASSION.
    Errr Vinyl sambar jugak la nanti. Complete nanti. haha.

    BalasPadam
  3. Trend skang ni banyak jgk album metal ni rilis piring hitam.. tp harga tu aih membunuh tul..

    BalasPadam
  4. Rekod 7 inci ke tu?lawa packaging dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. cdr tu bro packaging dia macam rekod 7'

      Padam