Khamis, 30 Januari 2014

NEFTARAKA - MACABRE

band black metal yang paling cepat ku hadam muziknya,nama band juga tidak kurang hebatnya senang saja diingat,aku mengenali neftaraka dari majalah tempatan,masa memula tu memang susah sikit nak cari stuf mereka,sekarang ni senang saja asal ada rm semua boleh dimiliki.
neftaraka macabre
demo tape ni rilisan awal tahun lepas dan aku memilikinya dengan harga rm20 termasuk pos laju,kalau nak pos lambat harga rm15 saja,kalau byhand rasanya rm10 kot...dalam demo ni ada 4 lagu satu lagu kaver dari band darkthrone,plus intro dan outro ada 6 trak semuanya haha..sound untuk demo ni sama macam rilisan mereka terdahulu,cuma ada sedikit melodi di lagu sex and roll,lagu lain memang black metal hutan..

jika pendengar nak muzik yang bersih jangan berharap banyak sangat untuk neftaraka,sebabnya muzik bawaan mereka ni hanya akan masuk dengan mereka2 yang memiliki keistimewaan hahahaha macam aku kot riak sikit!! hahaha,tak lah sekadar ingin bergurau saja,tidak dinafikan semuanya boleh mendengar black metal,untuk menghadamnya bukan semua boleh.. nak layan lagu metal ni bagi aku makan masa hampir setahun baru aku memahaminya,itu pun disebabkan minat sangat dengan black metal.. dah lari tajuk dah hehe

okeylah neftaraka antara band black metal paling low profil di tanahair ni,walaupun muzik mereka setanding muzik band2 luar,neftaraka terus mengekalkan prinsip mereka,jika dilihat saja rilisan mereka dalam metal arkib cukup menbanggakan,untunglah sapa yang mengikuti band ni dari awal,macam aku ni hanya sempat memiliki rilisan terbaru mereka,namun aku masih juga berusaha,kalau ngam dengan time,terlihat rilisan neftaraka yang aku belum ada,pasti aku laburkan rm untuk memilikinya... jajaja..

(kejap saja masa berlalu,dah nak masuk bulan 2,harapnya bulan 2 nanti aku bertemu dengan kaset yang aku ingin miliki.. selamat bercuti jumpa lagi dibulan hadapan)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan