Rabu, 15 Januari 2014

SEARCH - ROCK N ROLL SELAMANYA

koleksi search yang seketul dua...not complete

Aku mula dengar search ni masa aku sekolah rendah lagi tahun 1998 macam tu,sebenarnya aku bermula dengar wings,sebab abang aku seorang peminat setia wings jadinya aku tumpang dengar,bila dia pasang lagu2 wings,search pula disebabkan oleh remaja kat kampong aku tu semuanya fanatic search,dari situ lah virus search ni melekat sampai sekarang,dulu aku hanya dapat mendengar sekali sekala saja search ni,time tu aku sekolah lagi duit poket pun cukup untuk tambang bas sekolah saja,bila remaja2 kat kampong aku ni dengar,time tu lah menyelit dengar sekali,pertama kali aku lihat search depan tv live konsert 2004  masa tu memang meletup lah,hari2 dapat tengok sebab remaja kat kampong tu memang tak perna bosan tengok,mereka ni memang fanatic habis lah,baju mereka saja hari2 pakai logo search buat sendiri punya hahaha…

Masuk tingkatan 3 aku jumpa kat laci meja aku cover album gema ditimur jauh,masa tu gembira sangat2,apa tidaknya logo album tu memang betul2 menarik..dari situ bertambahlah keinginan aku untuk memiliki album search,sampai lah aku habis sekolah tingkatan 4,aku tak ambil spm pun sebab bagi aku spm tu tak bawa makna pun dalam hidup wahahaha…aku melepak sepanjang tahun,rakan pergi sekolah aku asyik melepak,sampai lah satu masa ayah aku hantar ke semenanjung,katanya aku dah tak dah guna kat kat kampong tu,dari situ lah bermulanya kisah aku beli kaset2 search ni.

search mentari merah diufuk timur
Sampai kat semenanjung saja aku terus bekerja,dapat gaji pertama aku terus beli mini hifi,dan cari kaset2 yang aku rasa menarik,dan tidak lupa juga search adalah band utama yang aku nak beli semua albumnya,masa tu tahun 2005,nasiblah kedai2 kaset masih ada lagi,tiap kali gaji aku beli 2 3 album macam tu,asal aku Nampak kaset search saja aku beli,sampailah satu hari,aku beli kaset cromok dan dari situ aku mula kenal metal haha,yang ni cerita lain,nanti kat koleksi cromok aku cerita pula..

Focus untuk search ni,seperti dalam gambar,kaset2 tu saja yang sempat aku beli,walaupun bukan 1 press namun ianya tetap dalam analog,mungkin kalau aku remaja di tahun 80an mungkin aku memiliki kot album 1press,apapun aku bersyukur juga sebab masih sempat merasa era kegemilangan  kaset ni,mungkin bukan era kegemilangan tapi hari2 terakhir analog,..dan untuk cd pula aku beli awal tahun lepas,sebabnya makin banyak aku tengok dekat pasaran,harga pun murah,beli untuk buat koleksi peribadi..kalau ada rezki lebih memang nak kolek pula semua versi cd…

search bikin wilayah
Mungkin dalam koleksi search aku ni,ada beberapa album search yang aku tak miliki,album seperti dipintu sepi,berpaling dan search live,tiga album ni memang tak dah jual masa aku mula2 beli album search ni,kiranya benda tu memang dah pupus kat pasaran masa tu,3 album tu memang rare harga sekarang pun cecah ratusan ringgit,itu pun jarang jumpa juga,sebabnya yang ada memiliki pun hanya orang2 lama saja.. mereka tak jual pun hahaha… dari dulu aku cari sampai sekarang tak jumpa kaset tu,kalau ada rezki tak kemana kot

kaset search sepuluh tahun
Dan untuk 1 press punya aku ada satu saja,kaset karisma yang tu aku dapat trade dengan kaset may hakikat,dan aku ada tiga versi keluaran yang berbeza,haha..cd karisma tu aku ada beli dulu tapi abang aku dah ambil,mungkin disebabkan aku belum masuk lagi dengan sound dari cd ni aku asyik focus untuk kaset saja.

Sebetulnya aku perna melupakan search ni buat seketika,sebabnya aku menemui satu jenis muzik yang betul2 buat aku gila,dan dari muzik ni juga aku hampir kehilangan semua koleksi kaset search ni,nasiblah masa aku hantar semua kaset2 search ni kat abang aku,selepas 2 tahun macam tu aku datang balik untuk ambil semula,amat mengecewakan juga beberapa album search aku ni hilang,dan ada diantaranya cover dah tak ada,berkat usaha aku dengan gigihnya aku mendapatkan kembali,seperti album fenomena rock n roll pie tu harga tiap satu aku beli rm35,nasiblah dapat dengan harga macam tu,untuk kaset double trouble dan langit dan bumi,cover untuk kaset tu aku print dari internet saja,aku dah cari yang ori tapi tak ada,dan untuk rock n roll pie live n loud versi kaset tu,cover aku buat sendiri haha…

cinta buatan malaysia - gothik malam edan
Dan jika aku di beri pilihan yang mana satu album search yang paling aku minati,aku betul2 tak dapat nak buat pilihan sebabnya bagi aku kesemua album search ada kelebihannya tersendiri,dan untuk cover album aku pilih album gema ditimur jauh,cover album ni betul2 menarik bagi aku dan amat nostalgic hahaha

Lepas ni aku masih mencari lagi kaset2 search ni sampailah kehari ni,dan kecintaan aku terhadap search kembali seperti memula aku kenal band ni,harapnya ketemula apa yang aku cari.

4 ulasan:

  1. saya pun minat Search jugak, enjoy bila dengar atau tengok dorang

    BalasPadam
  2. Terbaik boss.. Saya start layan Fantasia bulan madu.. Tengah top. Kalau dengar lagu tu teringat kena ragging 30 min cari bola golf tuan hilang, tahun 1985/6 kot masa tu darjah 4-5

    BalasPadam