Isnin, 6 Januari 2014

BLAST FROM THE PAST 2014

blast from the past

Gig yang teramat aku nantikan,ahad 05/01/14 gerak dari klang jam 1 petang ditemani oleh 3 orang rakan semetal,dan sampai ke lokasi kejadian publika kuala lumpur lebih kurang jam 2 petang,perjalanan yang memakan masa sejam,walaupun aku kurang sehat namun itu tidak jadi masalah,sebabnya aku teruja sangat nak menyaksikan band2 yang bakal beraksi,selain dapat bertemu dengan rakan2.

Untuk gig blast from the past ni,barisan band yang bakal beraksi tidak payah lah diperkenalkan dari mana asal usul band ni dan apa jenis muzik yang mereka bawa,semuanya sudah tahu kalau tak tahu juga malu lah mengaku metalhead hahaha

Band yang beraksi kali ni memang aku total sanjung dan meminati mereka walaupun ada diantara band yang beraksi ni aku masih belum lagi memiliki sebarang album mereka atau apa2 rilisan yang mereka riliskan sebabnya aku bukan lahir di era kegemilang mereka,namun aku tengah usahakan juga hehe

sil khannaz
Tepat jam3 petang acara pun dimulakan,band pembukaan sil khannaz,jangan aku diperhinakan kau tahu siapa aku,akulah sil…sil khannas. Sedikit lirik lagu yang mereka persembahkan hari tu,mereka membawakan lagu2 dari album conception of madness,dan juga 2 lagu dari album gerbang kayangan,memang total kaos dibahagian hadapan pentas banging tak ingat dunia dah aku tengok hahaha..sil khannaz mengakhiri persembahan dengan lagu gerbang kayangan.. klu tak silap aku hehe

Sebenarnya henpon aku tertinggal kat rumah,sedar2 saja dah sampai publika,jadinya aku tak ada buat catatan penting dalam nota henpon.apa yang tercatat dalam cerita ni byhead saja hahaha

as sahar
Selepas sil khannaz,as sahar mengambil ahli pentas, aku terus kebahagian hadapan pentas untuk banging haha,dimulakan dengan intro dan disusuli lagu Silumanial Dansacration klu tak silap sebab aku tengok list lagu kat kertas dihadapan ekolucifer gitaris as sahar ni,mereka membawakan lagu2 dari album phenomistik dan mengakhiri dengan lagu wajid tinggam.. vokalis as sahar memang sangat kejam diatas pentas betul2 menghayati lagu2 dengan cara penyampaian yang tersendiri.

necrotic chaos

infectious maggots
Selepas band as sahar aku keluar sekejap,dan tak sangka jumpa dengan kawan2 lain dan ajak minum,aku pun terus on saja,dan tak sempat menyaksikan band ketga iaitu band necrotic chaos,band ni main brutal death metal,walaupun tak dapat melihat namun muzik mereka kedengaran keluar sebabnya kami melepak kat belakang saja,lepas minum aku ajak makan sebab dari tadi belum makan apa2,kami pun gerak ke kedai mamak dan pekena roti kosong buat alas perut,dalam hati aku kena makan cepat2 ni takut melepas band seterusnya,habis makan aku bergegas keatas meninggalkan rakan2 yang lain.aku sampai ke atas band necrotic chaos dah habis main dan band yang tengah beraksi kedengaran memang dah tahu dah,suara vokalisnya saja macam bunyi pengisar,band infectious maggots,band ni memang aku minat ni kali kedua aku lihat aksi mereka,vokalisnya memegang dua micropon warrrghhh!! Memang power,macam manalah dia buat suara macam tu,kompom besoknya hilang suara hahaha..apa pun total respek,

the pilgrims
Selepas band infectious maggots,kali ni band bukan metal tapi punkrock the pilgrims,haha band yang memulakan persembahan dengan adengan filem do re mi,tribute to lagend sua sue ka morning..walaupun crowd rata2 metalhead,band ni dapat support dari crowd,metal tak metal kena lagu churaliya lagi mosh pogo sing along memang sempoi,persembahan yang menghiburkan dari the pilgrims,selepas band ni masa rehat diumukan dan acara akan bersambung dengan 2 band lagi.

brain dead
Selepas rehat aku begegas masuk kedalam venue sebab kedengaran sudah bunyi sound,band yang aku tunggu2 brain dead,sebelum bermula persembahan seperti the pilgrim dan juga band sil khannaz, mereka juga dimulakan dengan adengan filem do re mi,agak tak sabar juga aku sampai rasa meluat tengok adengan tu wahahahaa.. apapun layan sajalah…brain dead terus memuntahkan irama death metal yang begitu padu,lagu pertama ni aku lupa tajuk dia apa,tapi lagu mereka persembahkan total dari album from the ecstacy,lagu seperti impious mortal,unholy sin,mereka persembahkan keadaan dalam venue memang agak padat masa brain dead ni main,kebanyakan metalhead masuk kedalam tak kira baru atau lama,yang lama memang tak banging lah generasi baru tak boleh dikawal sudah haha..banging nonstop besok kompom mc..ingatkan persembahan brain dead habis rupanya ada kejutan bila mana lan bye mengumumkan yang dia punya idola iaitu shahrin drummer asal brain dead akan beraksi mengantikannya untuk lagu seterusnya..wow untunglah dapat menyaksikan line up klasik era demo mereka,memang ternyata betul katanya lan bye,shahrin ni memang hebat,hentakan double paddle mengiringi 2 lagu terakhir…perghhh!!! Puas hati rasanya dapat menyaksikan brain dead hahaha

suffercation
suffercation satu lagi band yang belum perna aku tengok..yang ni memang wajid aku tengok untuk melengkapkan diskografi metal ku hehe…suffercation membawakan lagu2 dalam album day of darkness,malam tu mereka berlima..line up asal mungkin vokalis dan drummer saja,aku sangat kagum dengan vokalisnya tenang saja tapi suara memang mantap wooorghh!!… mereka mengakhiri persembahan dengan lagu killer mereka satan cries.. dan mengakhiri gig blast from the past…tamat






Tiada ulasan:

Catat Ulasan