Khamis, 30 Januari 2014

DAMOKIS - GRINDING MOTHER WHORE

aku ni bukanya pendengar tegar irama grind ni,disebabkan damokis ni band pertama aku saksikan di gig,bila dah berpeluang memiliki album sulung mereka,dan tetarik dengan sound mereka dan tidak aku lupa masa memula turun tengok gig suatu masa dulu,band ni banyak buat lawak atas stage terutama si vokalisnya,.

dulu ingatkan muzik metal ni memang betul2 kejam dan real macam apa yang terpapar dalam cover album rupanya mereka juga manusia normal macam aku.. cd kat bawa ni aku beli masa kat gig penylane,memang perna dengar dan dapat flyer album ni rilisn,tapi disebabkan aku berminat dengan irama yang lebih hensem aku simpan dalam radar saja..cd ni dalam tahun diriliskan juga aku beli..dan ini antara koleksi grind yang paling berharga dalam simpanan aku,ada juga satu lagi cdr damokis dalam simpanan,nanti rajin aku selongkar tampal kat sini nanti.
damokis
lagu-lagu dalam album ni memang banyak ada 17 lagu kesemuanya tapi hanya 30minit dah abis,tiap satu lagu hanya berdurasi 1 minit keatas.irama grind memang macam tu kalau lagu berdursasi 5-6 minit maunya sivokalis hilang suara sebulan hahaha... terus terang sampai sekarang ni,cd ni belum terhadam sepenuhnya,hanya dengar sekali sekala,disebabkan lambakan rilisan terbaru yang masih belum terhadam sepenuhnya.mungkin satu hari nanti cd ni akan diutamakan bila ada masa2 rehat dan lapang

lagu mudah diingat dalam ni tajuk lagu lantai enam,tajuk memang sempoi namun sukar untuk dimengertikan,irama keseluruhan tak lah sekata produksinya bagi telinga aku. jika pasang saja album ni memang sekejap habis,macam tak puas tapi tak bikin ketagih macam album2 yang aku ada dengar sekali memang tak puas nak dengar berkali,baru puas hahaha..

apapun bagi pendengar supporter local scene,harus ada album ni dalam simpanan tak kira lah black metal ka thrash kah heavy doom,janji sepporter local scene,harus anda memilikinya sebab utamanya cover album nampak susu wanita hahahaha 18sx huhu..

lagu dalma ini cd
1. Return of the Goldilocks 01:50  
2. Crime Watch 01:17  
3. To Know U is to Kill U 01:54  
4. Fundamentalists 01:42  
5. Strengthen the Weakness 02:20  
6. Highway Chaser 01:38  
7. Grinding Motherwhore 02:05  
8. Lantai Enam 01:35  
9. Habitat for Humanity 01:38  
10. Zeal in Obidience 00:30  
11. Proclaim the Victory 01:46  
12. Doomed to Stay, Stay Infested 01:07  
13. Night of the Ultimate Dracula 01:15  
14. Goldilocks Strikes Back 02:08  
15. That's Hell 02:47  
16. Decomposed 01:29  
17. Brutal Existance (radio edit) 03:05  
 rupanya lagu akhir ni 3minit beb wahahahaha

2 ulasan:

  1. !st.time tengok dorang perform terus aku sangkut...

    BalasPadam
  2. tengok mereka 1st kat one cafe gig campur.. bila tengok showmanship mereka memang sempoi..di tambah lagi dengan jenaka memang terbaik..
    aku agak susah juga nak hadam cepat muzik grind ni,support termampu saja... hail damokis...

    BalasPadam