Rabu, 23 November 2016

Neftaraka / Bane - Necrodeath Ritual




Kaset ni aku baru dapat semalam, sudah sekian lama aku mengimpikannya, akhirnya dapat juga aku miliki. split tape neftaraka dan bane ni rilisan 2011, terhad 66 keping sudah lama sold out, hari tu terlihat di fb orang share gambar2nya, komen saja bertanya mana tau ada lebih, tak sangka pula dapat mesej, ini kaset ada lebih..aarghh ianya mengujakan aku, aku terus saja minta acc bank dan buat bayaran... dengan hati yang gembira aku dapat memiliki antara kaset yang ada dalam radar aku untuk dimiliki.

split ni ada 8 trek 4 utk neftaraka 4 utk bane, bane ni band dari serbia, dorang main black death metal. sangat padu muziknya, berlainan dengan neftaraka muzik mereka mentah dan kotor, black metal hutan katakan, namun begitu muzik neftaraka seperti sebelum ni aku katakan, aku cukup terhibur dengan alunan muziknya, berbeza dengan orang lain, ambil contoh kawan2 terdekat aku mereka tak dapat hadam muzik neftaraka. tapi hari tu aku siap promosi lagi rilisan terbaru dari neftaraka, mungkin esok sampai lah tu bungkusan. harap dorang gembira dan suka bila mendengar yang aslinya.

4 lagu dari neftaraka ni 3 dari nya sudah ku dengar dan ada dalam rilisan koleksi aku. satu saja lagu tribute to mayhem tu aku baru dengar.. untuk bane pula ini pertama kali dengarnya, muziknya layan ngam juga dengan selera aku. dalam bungkusan aku ni disertakan cdr sekali, aku ingatkan satu kaset tu saja aku dapat. dapat cdr tu bertambah gembira hati hahaha

ada beberapa lagi rilisan neftaraka ni dalam radar aku, harapnya aku akan dapat memilikinya jua suatu hari nanti.

k itu saja.. jumpa dihalaman seterusnya. haha

7 ulasan:

  1. Dari serbia yer Bane tu..mesti diorang ni peminat batman.pasal bane tu nama penjahat dlm komik batman

    BalasPadam
    Balasan
    1. just call me bane smbl sedut oksigen...hehehe

      Padam
  2. Post pendek yang ganas dan informatif. Serbia, pelik orang orang nye. Semacam kaum ni.

    BalasPadam
  3. oopps, lupa lak nak promote.. hihih
    jom singgah ke blog yusrina bro, ada kisah terbaru Bon JOvi.. ayuhh

    BalasPadam