Jumaat, 27 Februari 2015

neftaraka / al azazhil - amidst the deepest of voidness

split 2015
 haha.. bungkusan semalam mendarat, ngam aku dirumah balik kerja setengah hari. terus ada masa melayannya dengan penuh ke terujaan.. teruja sikit saja, sebab aku balik dari servis kereta singgah kat kedai 7e terjumpa buku komik. yang ni nanti aku cerita bila abis baca nanti.ok terus kepada kaset split ni, ini adalah rilisan yang aku tunggu2 juga, disebabkan 2 band dalam split ni, adalah band yang tersenarai dalam list 30 band wajib support. walaupun aku tak punya koleksi lengkap untuk kedua2 band ni. aku baru follow ok haha

split ni menghidangkan 10 buah lagu, side A untuk neftaraka dan side B al azazhil, lagu pertama dari neftaraka from the unknown winds sudah biasa aku dengar, aku ingatkan kaset ni kan macam kaset kompilasi lagu2 lama saja, bila aku perhati ada lagu yang aku tak ada dan tak perna dengar, trek ke 3 judulnya ophoytha, ni lagu baru ke lagu lama, tak tahu lah kan tapi bagi aku ni lagu baru, dan satu lagu cover dari bathory woman of the dark desire. puas hati 5 lagu yang terhidang dalam side neftaraka ni, pure 666 alunan black metal hutan.

untuk side al azazhil 2 lagu pertama, rasanya aku baru dengar, ni pun lagu baru rasanyalah, bagi aku, sebab ini pertama kali aku dengar dari kaset ni, trek 4 dan 3 sudah selalu dengar, aluanannya, dan lagu terakhir cover song dari as sahar, as i seek the anvil, dibawakan dengan alunan mereka sendiri, seingat aku lagu ni dari demo as sahar tak silap. apa yang menariknya side al azazhil, kalau neftraka membawakan raw black metal, al azazhil pula bermelodi sedikit, seperti perna aku taip kat entri2 lepas pasal band ni, dorang ni mempunyai sound tersendiri, dengar saja sudah tahu itu band al azazhil. layan ke 5 5 lagu yang band ni persembahkan..


keseluruhan kaset ni memang berbaloi dengan harga rm21 temasuk harga poslaju semenanjung, dengan disertakan patches, apa lagi dengan sound kedua band ni yang cukup pure black metal bawaan mereka, ianya menghiburkan. ohya seperti sedia maklum rilisan kaset2 tempatan memang cukup terhad. jadi jika sapa2 kawan yang berminat ngan kaset ni boleh kontek casus luciferi di fb nya, label ni meningkat naik dengan rilisan2 yang cukup mengujakan, semoga maju jaya, tak sabar nak memiliki pula as sahar santau 20 year box tu.

5 ulasan:

  1. hilang terus penat kalau dapat bungkusan yg ditunggu-tunggu..

    BalasPadam
  2. dia perasaan masa bukak envelope tu yang best...hanya yang beli secara pos akan faham perasaan tersebut...hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..masa nak bukak sampul tu tak boleh nak di gambarkan dengan kata2 perasaan tu
      .heheh..

      Padam
    2. apalagi kalau bungkusan yang kita tunggu2, dia punya rasa tu mmg tak dapat nak digambarkan...

      Padam
  3. Always love your writing.. a true fan and supporter.

    BalasPadam