Isnin, 23 Februari 2015

9 ketul kaset DARKTHRONE

 aku nak cerita pasal kaset2 darkthrone ni, pertama sekali, sebelum aku memiliki kaset2 ni, aku memang ada rancang untuk membeli kaset2 yang ada jual kat grup jualan fb,di sebabkan harganya yang boleh tahan maka selalu saja aku skip, dan beli barang yang baru muncul depan mata. hari tu aku ada ternampak dalam grup jualan tu 5 atau 6 keping kaset darkthrone dijual dengan harga rm10 sekeping, banyak jugalah kaset2 metal yang dia jual. aku terlalu banyak fikir hari tu, nampak macam tak masuk akal juga kan dia jual kaset2 metal murah, hati aku berbelah bagi juga nak komen nak, aku fikir2 lama sangat, lepas tu aku inbox, katanya orang sudah sapu semua, kiayam betul lah kata hati ku. cakap dalam hati tak ada rezeki kali ni.

sapa sangka malamnya kawan aku mesej aku, katanya kalau ada kawan2 yang nak beli kaset2 darkthrone, aku ngan senang hati tanyalah kaset2 title apa yang dia nak jual, mana tahu title yang aku tak ada ke, haha kononnya aku ni sudah memiliki kaset2 darkthrone kan. sekali dia cakap ada 9 ketul, ngan gambar sekali, pergh!! kata hati ku jajaja.. lepas tu aku macam berminat ngan  2 3 ketul saja, tengok bajet kan, mana tahu kawan ni jual sebiji rm30 ka, bila dia cakap nak jual sekali, rm150. dengan perasaan yang bercampur aduk aku buntu dibuatnya, nak ke tak nak kan,lepas tu aku kira2 kalau ikut harga pasaran sekarang untuk kaset2 darkthrone ni paling murah pun rm30, lain lah kalau nasib macam penjual yang tak kapitalis diatas tu, senang2 saja dia tolak rm10 sekeping.

walaupun berat hati ku nak angkat, bila aku fikirkan balik, sama juga, kalau angkat satu2 lagi teruk bajet kurang2 pun mau rm300. ini sudah 9 ketul depan mata, tak kan aku nak lepaskan begitu saja.tak banyak cakap aku ambil, rm150, esoknya aku bankin kan duit, walaupun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulinya. lari bajet aku untuk bulan ni aargh.

hampir seminggu juga kaset ni baru sampai ke rumah, seperti yang aku perna cerita hari tu, kalau benda yang ditunggu2 pasti liat nak sampai rumah. cuba barang yang tak ditunggu, sehari sudah sampai. poslaju memang teruk lah servisnya sekarang, nasiblah sampai juga lepas penantian yang agak parah, sampai kan mood darkthrone aku pun sudah hilang. tapi bila saja aku pegang bungkusan, ngan tak sabarnya, aku play album soulside journey. ini pertama kali aku dengar lagu2nya dalam format original, jangan tak percaya, aku ada semua mp3 lagu2 darktrone ni, yang aku downlod dari utube gagagaga... tak mampu beli yang ori, tapi aku usahakan, dah minat kan makanya, ada juga yang jual depan mata sekali 9 album penting darkthrone dalam format kegilaan.

kaset pertama memang sangat bagus soundnya, amat megujakan sekali, walaupun keadaan fizikalnya yang sudah lusuh, namun sound masih segar, yang paling aku tak suka, bila mana kaset2 ni ada diantaranya di balut ngan soletep, apa kejadah punya cara ni, aku memang tak suka dan tak berminat ngan cara ni, tak ada keasliannya langsung, kalau ia pun nak selamatkan dari ditelan dimakan zaman, jangan lah sampai balut segala, kalau nampak menarik tu kan ok, ni bila sudah berusia, makanya soletep sudah berubah warna, nasiblah kaset soulside journey ni, boleh tanggal soletep kat kaset tu, selamat. yang lain2 aku tak berani nak buka. pengajaran kaset pertama tadi.

lagi pasal nama empunya pemilik kat kaset, ni pun aku memang tak suka, aku tak akan perna letak nama aku kat kaset, aku ambil maker, trus padam, hahaha ianya milik aku sekarang, dan aku benci melihat nama orang dalam kaset2 aku gagagagaga.. malam pertama aku hanya mampu dengar 2 kaset, dan terus tertidor. esoknya sambung lagi. dan ngam time ming cuti raya cina, makanya banyak masa untuk meneliti kesembilan kaset2 diatas. setelah diteliti diperhalusi, didengari, dibedah apa yang patut. dengan rasminya aku boleh katakan. aku berpuas hati dengan pembelian kaset2 ni. walaupun 5 pcs kotak kasetnya pecah, mungkin disebabkan oleh poslaju, dan juga kawan ni, aku sudah pesan bungkus elok2, takut benda2 cenggini terjadi. apapun nasi sudah jadi bubur.. aku sudah tanya kawan2 kalau2 ada yang jual kotak kaset2 yang kosong. ada kawan seorang ni, dia nak aku ambil byhand, tak ada masa lah nak g sana, kadang2 ja lalu sana, tu pun berbulan2. aku ni memang jenis tak suka tgk kecacatan pada koleksi kaset2 ku.. huhuhu.


ok gambar kat atas ni pula ada koleksi awal aku, ini saja yang aku perna beli, sebab ni aku beli terus depan mata, jaman tidak ada lagi internet. yang paling banyak aku dengar album kompilasi preparing for war. kesemua lagu2nya memang total layan. mentah ngan alunan yang begitu ikhlas.. album ravishing grimness memang total mengujakan aku, sebab ni pertama kali aku nampak dijual di kedai, masa dulu2, tapi sayangnya kaset ni dimakan oleh tape player aku.. rasa kecewa juga, masa dulu aku mana tahu yang daki2 kat head ngan roller tape tu punca tali kaset dimakan. biarpun kecewa, namun aku yakin pasti ada masanya aku terjumpa juga kaset ni, kalau jumpa memang terus rembat. hahaha
 
majalah ni kalau macam aku yang poser ni, sedikit sebanyak dapat membantu, mengenal darkthrone.

pengakhiran entri ni, rasanya aku nak pesanlah kan, kalau2 sapa2 yang nak jual kaset UNDER A FUNERAL MOON, sila lah tinggal kan komen, nanti aku mesej korang.. untuk album2 yang diriliskan dalam format cd tu, nanti2 lah aku berduit, buat masa sekarang layan sajalah mp3, kalau kena masanya, ngan harganya pasti akan ku sambar tampa belas gagagagaga.. kbai.

6 ulasan:

  1. Good deal ni. Ni kira macam ko nak mula kumpul satu band omputeh nama "A", tapi kalau satu2 mungkin mahal ke hapa kan, ngan packaging..
    so boleh try "A Lot", hah nanti ada orang jual banyak2 satu lot gitu..
    hah, kadang2 berbaloi...

    BalasPadam
  2. skrg kita jgn terburu2 bro...ramai sgt org dkt luar yg nk letgo barang peribadi dorg..bezanya mahal dan murah je...yg pntg kena ada perancangan...setkan bajet dan tunggu hingga umpan kena...hehehe
    sejarah aku beli tape darkthrone-panzerfaust(rm3 masi bungkus)thn 2008 dan album sardornic wrath(rm6 masi bungkus)thn2005...cuma sardonic membe pinjam smp hilang...

    BalasPadam
  3. Aku pun kalo beli rekod seken,kalo kat cover tu ada nama org lain pun aku padam jugak..tak suka.heheh..

    BalasPadam
  4. deaf - utk belian ni aku puas hati.

    nekro - banyak sangat saingan bro dalam grup jualan tu, kalau aku pandai ber ebay senang lah. skg ni harga kaset macam harga cd sudah. dan kegilaan kaset tu makin kuat.

    rafi - haha.. nampak macam kita pinjam barang org kan..

    BalasPadam
  5. lari bajet adalah perkara biasa dalam hobi duniawi macam ni...hahaha...tu nasib ko tak guna kad kredit...ni lagi penyakit...heheh...

    BalasPadam
  6. alamak. haha . poslaju tu cuai . ad sticker fragile tu aku lekat . kali dorg cabut lah tu. balutan kelam kabut tu haha

    BalasPadam