Sabtu, 14 Februari 2015

METALHEAD MOVIE

HAHA.. aku nak cerita pasal movie ni, ada kawan bagi link kat aku, pastu aku g cari kat utube, tak jumpa pula, tengok online dapat pula. haha. mengujakan juga filem ni pada aku lah, tak tahu pula pada kamu yang sudah tgk.. total masa nya aku ngadap leptop 90 minit..

ceta nya kan memang biasa2 saja, tapi dia punya scene2 tu menarik, dengan latar belakang sejuk2 gitu, ohya rasanya ni era 70an ke 80an trus ke era black metal. mengisahkan keluarga yang tinggal di iceland, ntah mana tempat ni, norway ka, malas mau kaji. haha. mulanya kisah kanak2 dorang ni, lepas tu kan kisahnya baru bermula tau., apa aku merepek ni, menaip sambil dengar lagu dio holy diver kakaka...

begini lah kasih ringkas, pertama scenenya kan, seorang budak pempuan ni g panggil abang dia yang peminat heavy metal, dia ni bekerja adiknya ni panggil lah kan, tapi abangnya buat2 tak tahu, tiba2 terlanggar batu tu traktor, dan abangnya terjatuh, rambut panjang abis lah terbelit rambutnya kat tu pengisar rumput, nah masih berputar tu isi kepala bila adiknya sampai kat tempat kejadian. dari sini lah babak2 trauma yang melanda keluarga ni. termasuk mak bapaknya, memang kehilangan besar lah anak lelaki mati kan.

yang adik perempuannya ni lagi lah tak bleh terima, dia masuk bilik abangnya tu kan, penuh ngan poster antaranya iron maiden, motorhead, metallka, memang sempoilah, adiknya ni trus mendapat tonik, dan membakar baju2nya yang berwarna. dia pakai lah pakaian abangnya yang serba hitam. nampak memang betul2 metalhead lah kan, zaman ni, masih heavy metal lagi, dia masih kecil.

kiranya cerita ni tekanan persaan ngan trauma lah kan. slow ja jalan ceritanya. pelakon utamanya yang perempuan ok, si adik haha. sampai lah dia besar kan, tak ada kawan tak ada boyfren, kira kehidupannya total pada heavy metal.

di pendekkan ceritanya, bila mana muzik black metal dari norway meletus kan, keluar tv pasal bakar tu gereja, dia trus berminat, macam ngam saja dia punya jiwa tu penuh memberontak, dan menyalahkan tuhan mereka atas kematian abangnya. nah.. mulalah seharian2nya pakai corpse paint. nak tahu lebih lanjut aku rasa baik tengok sapa yang minat metal. dia ada bakar gereja tempatnya tau., memang evil, ngan ada pemuzik yang tertarik ngan dia punya demo.

endingnya agak kurang menarik... tgk lah hahaha

8 ulasan:

  1. Thank you for sharing.
    Wahhh.. dunia dunia macam2.

    Aku paling dekat ngan benda2 gini masa tengok emperor. Dalam hati, siot la ni pembunuh ada, tukang bakar gereja ada, tapi relek je atas stage. Hahaa.

    BalasPadam
  2. Tq.nanti aku nak tgk kat youtube.mcm menarik jek.

    BalasPadam
  3. dah masuk list untuk ditonton...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti kasih rebiu ya.. aku tak pandai sangat nak susun ayat haha.

      Padam
  4. jangan lupa babak dia mengamput di kandang hahahahaha!

    BalasPadam