Selasa, 3 Februari 2015

pembersih head tape / swan alcohol

hari ni aku nak ceritakan perihal alcohol ni. aku ni kira kebaruan ok, tak perna2 dalam sejarah aku berkaset ni aku beli alcohol pengelap pencuci untuk tape player aku.seingat aku bermula dengar kaset ni pada penghujung 2004 klu tak silap, mungkin juga 2005.itu pertama kali aku beli pemain kaset atau tape player. bayangkan dari tahun tu sampai lah sekarang aku tak perna guna benda ni.banyak juga kaset2 aku yang hancur dibelit dimakan oleh tape player aku dulu2, masa tu mana aku tahu daki2 dalam headtape tu boleh mengakitbatkan tali kaset berbelit, lama kelamaan aku sudah mula faham.

sebelum aku miliki alcohol kat atas tu, aku terlebih dulu berexperimen mengunakan macam2 bahan untuk mengelap headtape aku, antaranya yang aku gunakan, baby oil, bedak jonshon, tisu, serta gunting untuk menggoris daki2 yang tebal tu, ianya memang boleh digunakan tapi ada efek jangka masa panjang untuk kaset2. jadi aku ambil keputusan untuk tak gunakan bahan2 terlarang tadi. hanya tisu saja yang aku gunakan hingga kini. tisu dapat membersihkan sedikit saja daki2 yang melekat, daki2 kekal memang payah nak tanggal, jadinya bila sudah ada orang memporomosikan alcohol ni, aku teringin pula nak tray.

harga untuk sebotol ni rm16 termasuk poslaju, aku ingatkan harga ni dah cukup murah, rupanya2 harga asal untuk alcohol ni rm3.90 saja huhu..ada kawan cakap beli kat tesco shah alam saja, malas punya pasal order saja lah, lagi satu kawan aku baru bagitau yang alcohol ni ada jual kat belakang perumahan aku huhu.. tidak mengapalah, lagipun sebotol ni boleh bertahan 3 ke 4 bulan rasanya lah, sebab kerja tisu pun masih digunakan juga, alcohol ni untuk daki yang kekal kat headtape.

cara2 nak guna dia senang saja, celupkan kapas dalam alcohol, gunakan kapas pembersih telinga tu, (apa nama benda ni aku tak tahu.) lepas tu lapkan saja kat headtape tu sehingga bersih, ini pertama kali bagi aku, jadi aku biarkan dulu selama 5 minit baru pasang kaset, takut alcohol belum kering hehe. bahagian besi roller tu, yang tu guna tisu saja pun ok. alcohol ni. seperti yang aku kata, kegunaanya hanyalah untuk daki yang kekal, yang tak dapat nak ditanggalkan oleh tisu muka.

untuk sound pula ianya memang bagus lah, tengok kepada kaset cemana keadaannya, kalau kaset tu bepungus, memang total bunyian akan timbul tenggelam lah walaupun headtape sudah dicuci bersih. sebab utamanya dalam kaset tu ada pungus sudah pasti ianya akan tertinggal kat atas headtape. mungkin satu side saja, lepas side kedua tu ianya lancar sound macam biasa. nahhh aku kan baru gunakan alcohol ni, ada nak tambah apa2 lagi yang aku tak tahu. huhu

11 ulasan:

  1. Old skool ni..alcohol yg ni la mmg penting kegunaan nya dulu.masa aku ada mini compo n walkman dulu benda ni mmg wajib ada..kalo cuci headtape mmg kena guna ni bagus..player video tape aku dulu pun guna ni jugak.

    BalasPadam
  2. aku masih ada lagi benda alkohol ni, lama tak beli baru. aku ada alternatif kalau takde alkohol ni pakai spray pencuci cermin tu pun bagus. kasi spray sikit kat kain pastu lap kat head pastu foward lap batang besi tu pulak hehe... spray pencuci cermin ni jenis jadi wap gitu.. banyak kegunaan spray pencuci cermin ni, macam2 benda bole cuci.. termasuk pita kaset, vinyl, helmet, meja, lantai dll...

    BalasPadam
  3. camna aaa nak cuci keset yang berkulat. saya buat macam ni :- Titiskan alkohol pada kapas di tali tape tu lalu, pastu rewind.fast forward berulang kali. pastu cuci head radio tu memang berkerak punya disitu. ada keset TETAP berbunyi tenggelam timbul

    ada alternatif lain kah? kasi kongsi bro huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kaset berkulat susah juga nak dapatkan semula sound asalnya, kena selalu play saja, biar kotoran tu tanggal sendirinya.

      aku tak perna cuba pula cara sapu ngan alcohol. cara aku bedah kaset tu lapkan kulat sebelah menyebelah, pasang balik dan playkan.

      Padam
  4. haha.Bro, ni kau beli dari brade FB Love Is tuh kan? mmg agak mahal jugak nak dikira dr harga asal.RIP off la dia tu.hehe. Kat Tesco Shah Alam area mana ye bro? Mau cari lak weekend nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya bro, aku ingatkan harganya mmg macam tu, 1st kan aku beli benda ni. haha tak apalah sudah tebeli. kat shah alam tu, taip saja tesco shah alam, dalam kedai jual barangan letrik. ni info pun dari bro ellyrok aku dapat. kawan aku ada juga bagitau aku kat port klang pun ada juga., lokasi aku belum tahu lagi

      Padam
  5. dulu2 member ajar...kalau alcohol abis...time darurat...guna jer air liur...hahaha...tapi seriusly...memang aku pernah buat....hahaha...

    BalasPadam
  6. Krik pakai guntjng t.. biar betik

    BalasPadam