Khamis, 26 November 2015

nathias zine


nathias zine, sapa tak kenal kan, musti otai2 semua kenal. hehe.. aku yang baru ni pun perna memuja nama nathias ni, cehh ayat tu memuja ajaran sesat gitu hahhaaha... gurau2 geng, ni zine #9 isi muatan dalamnya adalah intebiu2 lama sekitar tahun 00 yg tak dapat diriliskan, terus terang aku belum baca lagi isi kandungan zine ni secara total, hanya sempat baca pembuka bicara saja, lepas tu letak tunggu ada mood baru baca, kegilaan aku membaca zine ni,mungkin sudah tumpul, kalau seingat aku, masa mula2 aku nak memiliki zine bawahtanah dulu, sgt2 lah mengujakan, sampaikan aku beli kamus oxford tu yg tebal, asal ada ayat yang aku tak tahu aku baca, skg ni boleh lah sikit faham walaupun tak tgk kamus lagi.. huhu

nathias zine klu ikutkan sejarah aku berjinak dalam metal, ini zine aku sgt2 impikan ada dalam koleksi aku suatu hari nanti, disebabkan masa lalu zine ni dah berkubur kan, jadi utk memilikinya adalah mustahil. perna dulu aku ofer ngan membe nak beli zine nathias,isu keberapa aku tak pasti yang pasti covernya hantu2 kuntilanak ni hahaha.. tak dijual juga oleh membe tu, dia pun sedar benda tu dah jadi artifak metal malaysia kan.

tahun 2015 ni, hari tu masa konsert wings 30 tahun kan, aku ada singgah kat kl thrash, sempat lah bertemu ngan pyan nathias ni, pengarang zine, kalau dia tak tegur aku mungkin aku tak kenal kot, bab aku kenal dia pun dalam alam maya saja, thanks bro sudi bergambar ngan aku. kenangan tu, sudah lama aku impikan nak bergambar ngan lejen antaranya bro pyan. dulu perna aku baca intebiunya di majalah empayar ke karisma kalu tak silap tajuk belenggu irama, sampai sekarang aku ingat ayat last tu, sekali terjun kelautan metal, biar mati lemas didalam nya gitu lah lebih kurang ayatnya... haha..

kalau korang yg belum sempat merasai atau memiliki zine nathias macam aku ni, patut korang usahakan, bab zine ni baru saja rilis boleh lah terus berhubung ngan pyan. dilaman berikut ni. EKSTRIM hellyeahh... atau fb beliau..

4 ulasan:

  1. Gamba pontianak tu pun da femes eh.kat intnet pun banyak gamba tu..kalo dpt royalti kaya dah dia.hahaha...

    BalasPadam
  2. Memuja. Hahaha. Nice word. Aku nak tiru la lepas ni..
    aku memuja dangut haha

    BalasPadam
  3. kenal penulis zine ni masa kat forum Metal Terus dulu2...

    BalasPadam