Jumaat, 27 November 2015

junction - petualang


ini adalah junction album petualang, album yang membuatkan aku teruja utk memilikinya, sampaikan aku beli ketiga2 album rilisan semula tu, kalau nak beli kasetnya memang jangan harap nak dapat harga yang di inginkan bak kata sahabat tu, harga kaset2 lama ni, harga2 yahudi hahaha...

aku ada kenalan yang dia ni pure sataniknya minatnya ngan band2 metal memang gila antara org yang dibenci dan disanjung oleh segelintir metalhead kat malaysia ni, tak payah lah aku sebut namanya biar korang berfikir sendiri, siapa kah satanik itu, ohya aku perna cerita ngan dia, klu2 dia dgr muzik rock, katanya ya, metal2 juga musti dengar rock, dan dia pun bermula dengan muzik rock sebelum dia jumpa muzik yang betul2 ngan dijiwanya, muzik metal, sampaikan dia sanggup jadi satanik utk menampakkan ketrueannya hahahaha

band junction ni lah antara band yang dia sebut, dia suruh aku dengar muziknya katanya best, berat gitu. dia tak suruh aku dgr lagu slownya, mungkin dia maksudkan album penentuan tu kali, sbb aku ada ckp aku ada lihat album best of junction ni jual kat kedai. jangan beli katanya hahaha.. album petualang ni dia maksudkan. perna juga aku beli zine bawahtanah, dan editor zine tu siap mention nama junction petualang, sedang dia dengar, itu juga menguatkan lagi aku utk mendengarnya., walaupun utube ada tapi aku ni jenis, mmg tak masuk sgt, kadang2 apa kita dengar di utube tu, jauh sgt beza rasanya dari kaset cd.

tahun 2015, di war2kan utk rilisan semula album2 lama bawa emi ni, nah musti yg jual kaset2 mahal2 tu, tersentapkan, hahaha.. ingatkan kaset tu akan menjadi buruan, sbbnya tak kan diriliskan semula, samalah nasibnya ngan album2 search hari tu. dah dapat versi cdnya, kenapa harus diburu versi kasetnya. hahaha

panjang juga aku taip hari ni ya..haha.. ok2 sikit lagi. 3 album junction aku beli, hanya 2 saja aku sempat dgr, sbb album arah tu patah cdnya, dan membaca rebiu dari blog2 rakan2. aku putuskan utk tidak membelinya semula, sbbkan juga album penentuan punya rasa tu, aku terus mual ngan junction. nasiblah ada album petualang ni, dan akhirnya aku dapat enjoy dengar lagu2 nya, nak harapkan album lain2nya tu, memang hambar hahahaa.. ok walaupun tak semua lagu dalam ni masuk dalam gegendang telinga aku, boleh aku katakan hanya satu lagu saja, trek kedua LA tu yang mengoncang kalbu, irama dgn rentak lagunya ngam. kira album ni ok lah, boleh lah. enjoy sikit2. mungkin ini kah yang dimaksudkan oleh si satanik diatas tu.

nota - buat mereka yang punya kaset2 lama tu, jangan risau masih boleh jual ngan harga ratusan, sbbnya diluar sana pasti ada yang mengimpikan nya, dalam 1001 musti ada seorang yg betul2 ingin memiliki nya hehehe

k itu je lah.

8 ulasan:

  1. aku dah nampakk dah kat kedai cd Petualang ni..
    aku intend nak start ngan Bloodshed, lepas tu Desire..
    tapi rasanya aku sambar la Petualang ni ada peluang besok lusa.

    BalasPadam
  2. 11 LA tu bagi yang sebaya aku pasti tau apa kebendanya benda tu kat Jalan Ampang dulu2...yang metal satanik pun ada terjebak sama...hahahah

    BalasPadam
  3. evolusi dr cintan menjadi berat...yg biasa dn slalu kita dgr dr berat ke cintan...

    BalasPadam
  4. 11LA tu pun aku tau apa maksudnya..heheh..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Album ni mmg metal... ade yg ske ade xske... cmtu la selera peminat... namun hanya sebuah album...rasanye klu mereka wt lbh lgk album cmni sudah tentu junction ni bleh la dikenang sebagai metal legend band skang...

    BalasPadam
  7. salam mana nak cari album arah area kl

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm area kl dekat campbell tingkat 1 banyak jual sana album2 rilisan semula. sebelah sogo

      Padam