Memaparkan catatan dengan label junction. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label junction. Papar semua catatan

Jumaat, 27 November 2015

junction - petualang


ini adalah junction album petualang, album yang membuatkan aku teruja utk memilikinya, sampaikan aku beli ketiga2 album rilisan semula tu, kalau nak beli kasetnya memang jangan harap nak dapat harga yang di inginkan bak kata sahabat tu, harga kaset2 lama ni, harga2 yahudi hahaha...

aku ada kenalan yang dia ni pure sataniknya minatnya ngan band2 metal memang gila antara org yang dibenci dan disanjung oleh segelintir metalhead kat malaysia ni, tak payah lah aku sebut namanya biar korang berfikir sendiri, siapa kah satanik itu, ohya aku perna cerita ngan dia, klu2 dia dgr muzik rock, katanya ya, metal2 juga musti dengar rock, dan dia pun bermula dengan muzik rock sebelum dia jumpa muzik yang betul2 ngan dijiwanya, muzik metal, sampaikan dia sanggup jadi satanik utk menampakkan ketrueannya hahahaha

band junction ni lah antara band yang dia sebut, dia suruh aku dengar muziknya katanya best, berat gitu. dia tak suruh aku dgr lagu slownya, mungkin dia maksudkan album penentuan tu kali, sbb aku ada ckp aku ada lihat album best of junction ni jual kat kedai. jangan beli katanya hahaha.. album petualang ni dia maksudkan. perna juga aku beli zine bawahtanah, dan editor zine tu siap mention nama junction petualang, sedang dia dengar, itu juga menguatkan lagi aku utk mendengarnya., walaupun utube ada tapi aku ni jenis, mmg tak masuk sgt, kadang2 apa kita dengar di utube tu, jauh sgt beza rasanya dari kaset cd.

tahun 2015, di war2kan utk rilisan semula album2 lama bawa emi ni, nah musti yg jual kaset2 mahal2 tu, tersentapkan, hahaha.. ingatkan kaset tu akan menjadi buruan, sbbnya tak kan diriliskan semula, samalah nasibnya ngan album2 search hari tu. dah dapat versi cdnya, kenapa harus diburu versi kasetnya. hahaha

panjang juga aku taip hari ni ya..haha.. ok2 sikit lagi. 3 album junction aku beli, hanya 2 saja aku sempat dgr, sbb album arah tu patah cdnya, dan membaca rebiu dari blog2 rakan2. aku putuskan utk tidak membelinya semula, sbbkan juga album penentuan punya rasa tu, aku terus mual ngan junction. nasiblah ada album petualang ni, dan akhirnya aku dapat enjoy dengar lagu2 nya, nak harapkan album lain2nya tu, memang hambar hahahaa.. ok walaupun tak semua lagu dalam ni masuk dalam gegendang telinga aku, boleh aku katakan hanya satu lagu saja, trek kedua LA tu yang mengoncang kalbu, irama dgn rentak lagunya ngam. kira album ni ok lah, boleh lah. enjoy sikit2. mungkin ini kah yang dimaksudkan oleh si satanik diatas tu.

nota - buat mereka yang punya kaset2 lama tu, jangan risau masih boleh jual ngan harga ratusan, sbbnya diluar sana pasti ada yang mengimpikan nya, dalam 1001 musti ada seorang yg betul2 ingin memiliki nya hehehe

k itu je lah.

Selasa, 24 November 2015

junction - penentuan


ohya semalam sempat mendengar cd ni utk kali keberapa aku dah lupa, cd ni aku beli seangkatan ngan album arah yang patah tu, beli ketiga2 album yg diriliskan semula, sudah kempunan mendengar album arah, lepas dengar album ni, makin kecewa juga lah, bab dia punya jiwang dilagu pertama tu, membuatkan halwa telinga aku susah nak terimanya. disebabkan kecantikan cover depannya ni, aku menyangkakan album ni best rupanya sebaliknya.

tapi semalam aku dgr balik, ada feeling juga lah, mungkin mood aku semalam jiwang2 gitu, aku boleh dengar sampai ke trek 10, nak kata layan tak juga tapi ok lah, dengar2 begitu, mungkin bagi org lain lain juga seleranya kan, musti ada yg akan kata album ni ngam dijiwa, itu selera masing2 lah kan, lepas ni aku tak berani lagi beli album rilisan semula ni tampa mendengarnya terlebih dulu dari utube, hehe.. macam junction ni petualang tu saja bikin aku teruja nak membelinya. cd tu nanti aku cerita kat entri lain.

k lah itu je ceritanya.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Junction - arah

Salam semuanya.. apa kabar.. hehe.. ni ada cerita sikit pasal cd baru junction yg aku beli tempoh hari.. ada 3 album yg aku beli. Tak banyak masa skg ni. Tgh berjuang ngan pekerjaan baru yg memelukan setiap saat tenaga.. ini pun aku taip pakai henpon.. buat masa ni mmg tak dpt lagi lah nak berblog guna pc.. huhu.

Kempunan nak dgr album arah.. buka2 plastik cabut dari tgh trus patah.. ini pertama kali terjadi selama aku berCD. nasiblah cdnya lokal masih belambak lagi. Klu cd rare kan nak nangis ohhh...

Heran betul aku kenapalah boleh patah cd tu. Ketat sgt nak cabut pun susah.  Klu aku ada duit lebih baru aku beli. Itu pun tgk lah cemana. Bab 2 album junction lagi tu aku dah dgr. Tapi tak mencengkam jiwa ku. Mcm bukan selera aku saja junction ni.

Sampai skg aku nak dgr cd2 terbaru aku beli. Mmg tak ada masa. Balik kerja mmg penat nak mampus. Mungkin juga band junction ni maksa keadaan ku skg...

Ok lah kawan2.. sampai sini saja entri ini. Harap ada masa mcm pagi sabtu ni... kbai semua..