Khamis, 12 Januari 2017

Bahan bacaan

Novel Tenggelamnya Kapal Van Der wijck

Novel Merantau Ke Deli

2 novel ni yang menjadi bahan bacaan aku 2 minggu lepas, karya hamka yang semua sudah pasti mengenali. aku baru saja berkesempatan baca novel tenggelamnya kapal van der wijck, walaupun sudah lama aku idamkan nak bacanya, selepas tengok filemnya tu. ceritanya sama saja ngan filem tu cuma novel ni lebih detail lagi lah dia punya penceritaan tu, novel merantau ke deli pula tu bagus juga dia punya jalan cerita kisah sepasang suami isteri yang diuji bertali arus. makin suka aku baca karya hamka ni. satu saja perna aku baca dulu itu pun kat surau tempat aku ada satu buku hamka kat rak tu, sikit2 aku baca sampai lah abis. ohya dekat tesco tempat aku tinggal ni ada kedai buku, hari tu tergerak hati tanya buku hamka, tak sangka pula ada banyak kat situ. selalu aku singgah belikan mizi buku mewarna boboiboy ngan ultraman saja. lepas ni senang lah nak beli buku2 karya hamka ni. ada beberapa tajuk lagi yang ada kat sana, kalau berekesempatan memang aku rancang akan beli. tapi tengok ada novel baru keluar ni nampak macam menarik pula, aku nak dulukan yang ni lah. nanti aku share sini lagi apa bahan bacaan aku selepas aku habis baca. hehe.. k itu je beb. nak kembalikan zaman remaja dulu suka baca buku. huhu!

14 ulasan:

  1. aku nampak memang ada banyak buku-buku Hamka yang diterbitkan semula...memang best kalau dapat kumpul semua...

    BalasPadam
  2. Buku hamka bagus..banyak cite best2.ko try baca di bawah lindungan kabaah.tu pun best

    BalasPadam
  3. Hamka mesti ada selit tentang hal2 berkaitan adat yang mungkin bercanggah dgn agama kan? Aku belum pernah baca novel2 Hamka.. Cuma pernah baca buku Teguran Suci (ulasannya di SINI) dan sekarang cuba membaca buku Ayahku yang dibeli tahun lepas (terbitan PTS) tapi lambat pulak nak habiskan.. Huhu

    Buku Ayahku tu tentang ayah Hamka sendiri dan perjuangannya sebagai golongan awal Kaum Muda di Indonesia yang melakukan tajdid (pembaharuan) dalam urusan agama supaya berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah serta bebas daripada perkara yang direka-reka. Antara buku Hamka yang selalu disebut2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayahku tu aku akan baca tunggu giliran..

      Padam
  4. terbaik lah geng, aku dah cakap Hamka memang best. bro baca sejarah hidup Hamka, macam mana dia membesar di Maninjau, punya la cantik tempat tu...google lah. semua tu beri inspirasi utk menulis.



    [iklan]
    http://pckokak.blogspot.my/search?q=hamka

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok bro thanks info, posting2 kamu pasal hamka pun banyak memberi aku pengetahuan juga.

      Padam
  5. Buatlah library kat rumah kalau belum buat. Ambik je rak kayu atau beli rak kayu letak buku. Segala buku pun letak je. Perpustakaan library rumah. Macam aku pernah cakap, aku tak heran rumah kau tv besar ke, sound sistem hebat ke, rumah besar bangalow ke, mewah sofa kau ke, tapi kalau aku gi rumah kau ada rak buku2, walaupun aku tak minat buku2 yang dalam rak tu pun, aku salute.
    Ilmu is for everyone. Nabi cakap Iqraq. Bacalah. Dengan ilmu, kita diri kukuh, kita tak takut sapa2 pun, pasal orang tahu mereka tak boleh bodohkan kita walau pun sapa kita dalam status masyarakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu hari nanti aku teringin juga ada ruang membaca kat rumah aku yang dipenuhi buku2 bro. in sya allah satu hari nanti, aku akan tanam cakap kamu ni dalam hati aku.

      Padam
  6. http://bukuygkubaca.blogspot.my/2011/10/aku-mendakwa-hamka-plagiat-skandal.html


    Panas dulu bende nie.. sbb karya nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. benda plagiat/ciplak ni biasa. ini sastera je, bukan macam buku ilmuah ada nota kaki. kadang manusia menyangka ini 'cerita' dia.. hingga lupa 'cerita' ini semua aturan Tuhan. Tuhan akan balas berdasarkan niat masing-masing. btw, menarik, thx infonya, aku nak cari buku tu :)

      Padam
    2. mati2 aku fikir siap translate lagi maksud plagiat tu, rupanya ciplak baru faham.

      Padam