Memaparkan catatan dengan label Humiliation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Humiliation. Papar semua catatan

Isnin, 22 Ogos 2016

Humiliation - Honourable Discharge




Ini adalah album terbaru dari humiliation, mengikut apa yang aku tahu, album ni bakal rilis penghujung september ini, tiba2 pula dapat mesej album baru ni sudah mula dijual, aku pun rembat lah sekeping haha.. untuk album 2016 ni, line up mereka ada penambahan lagi seorang di posisi bass, berbanding album tahun lepas mereka berempat saja. harga sekeping cd ni agak mahal sikit berbanding rilisan sebelum ni, rm40 termasuk poslaju, mungkin sebab cd import gitu.. tapi berbaloi lah buat penggemar humiliation.

ok sedikit ulasan pandangan aku pada album ni, apa yang aku dengar pada album ni, ianya tak berat seperti album2 lepas, kurang kuat alunan perangnya haha.. memuatkan 10 lagu tampa intro, dimulakan dengan trek pertama storm from the north, soundnya tidak seperti yang aku jangkakan, kurang berat, sesekali aku mencari2 juga bunyian bass yang berbunga2 gitu namun belum lagi ku dengari, bass baru kan musti lah nak dengar dia punya mainan tu haha.. keseluruhan album ni sapa suka humiliation ni memang suka lah kan akan rilisan2 nya, tapi bagi yang baru mau dengar mereka ni, musti akan perasaan 10 lagu tu macam sama saja gitu. untuk album ni aku pilih trek ke enam a single ship action ianya mengujakan di halwa telinga ku. harapan agar ketukan drum tu dilajukan sedikit supaya feling perang tu dapat dirasai dengan penuh keterujaan seperti bom2 di medan perang meletup.. k itu saja

support military death metal

Selasa, 12 Januari 2016

Humiliation - bullet storm


Ini adalah keluaran terbaru dari kem tentera death metal tanahair. aku sambar ni masa gig mamatfest hari tu, bersempena ngan gig tu, split cd ni dikeluarkan. ada 2 lagu baru dalam ni, dengan barisan line up yang beraksi di mamatfest hari tu, sound dalam ni, kurang berat..berbeza ngan album tahun lepas.. bagi selera aku ni, cd ni memuaskan halwa telinga ku aaarghhh..play ulang2 sampai puas..2 lagu je gantung beb...!!


dorang split ngan band ni, band jepun TASTE, yang ni main brutal death, kejam sangat muziknya..aku tak bleh nak hadam... bukan selera aku.. masa tgk live dorang hari tu, mmg layan.. utk sound cd ni. aku dgr sekali je...bagi penggemar sound brutal..bagus rasa ni band...woarghhh!!!


Ini lah bentuk cdnya dan dalamnya.. bagi pengemar humiliation, rasanya wajib beli cd ni, sebabnya buat pertama kali humi rilis split dalam format cd, selalunya dorang akan rilis dalam format 7" saja.. lagi2 cd ni terhad 300 cetakan saja seluruh dunia.. hohoho.. k itu je ceritanya.. nak tunggu album baru humi tahun ni... good luck buat mereka utk tour jepun nanti.... terbaik boh...

Jumaat, 14 Ogos 2015

HUMILIATION - UNDER THE SIEGE OF INVASION



Salam semuanya,, ni nak cerita sikit, cd terbaru ni, 2 hari lepas mendarat, cd yang sangat mengujakan bagi aku., ini adalah album terbaru dari humiliation tentera death metal tempatan, album ke enam dari mereka, selepas tahun lepas album battalion yang memecahkan gegendang telingan aku. album baru ni memperkenalkan barisan line up baru, dengan pengunduran bass ngan guitar, seperti dalam gambar, guitar diambil ahli oleh general amir. manakalah asraf bertindak bermain guitar/bass..

album ni menghidangkan 10 lagu, jika battalion 2014 , muziknya agak perlahan, bagi album ni pula sound mereka ditambah kelajuan sedikit, dengan melodi guitar yang mengasikan..haha

cd ni akan menjadi playlist aku utk bulan ni, harap2 ada persembahan pentas di kl nanti, utk album ni, kalau korang nak dengar lagu2 dalam ni pergi saja ke link ni deepsend pastikan beli yang ori support band tempatan kita.. hellyeahh 

Jumaat, 26 September 2014

HUMILIATION - BATTALION

Apa lagi yang nak dikatakan, band ni begitu pro aktik, dengan rilisan2 yang tak perna ada hentinya, terbaru ni album penuh kelima dari humi dengan judul battalion, menyerang lagi dengan dentuman2 bom old skool death metal.. menghidangkan 11 lagu satu intro the malayan emergency, lirik masih lagi memfokuskan perang perang dan mungkin tidak akan berenti disini, jika album tahun lepas soundnya kedengaran agak bersih, utk battalion ni soundnya kembali ke sound asalnya, raw sedikit, gaya vokal pun sedikit berubah, hampir menyamai album kedua mereka, yang aku anggap album terbaik setakat ini yang aku dengar dari humi ni, aku tak kata album ni tak bagus, ianya belum dihadam sepenuhnya, masa pertama kali aku dengar, ianya sudah memandai untuk aku katakan wow.
sebetulnya aku tak sabar nak menyaksikan album ni dipersembahkan live depan mata, sapa yang perna tengok mereka live musti tahu cemana dasyatnya sound yang mereka hidangkan, kalau cd sudah sedap bayangkan sound live yang berlipat kali ganda bisingnya,.. aaargghh!!!

tak payah cakap banyak ayuh support tentera death metal tanahair kita ni, semoga tour mereka tahun ni sukses dengan jayanya.. Hail HUMILIATION MILITARY DEATH METAL.

Cd ni aku beli byhand saja, disebabkan aku excited nak memilikinya aku sanggup merempit ke kL masa gig september moon hari tu, lepas saja beli ni aku terus balik, rm30 byhand pos rm36.. hahaha

Selasa, 23 September 2014

HUMILIATION - DAWN OF WARFARE

Asyik..
risau juga aku tak dapat memiliki album ni, setelah aku terlihat kat page band ni, mengatakan album ni dah sold out, perasan risau tu kian membara, nak kepastian lagi aku inbox tanya album ni kot2 masih ada, katanya memang sold out lah,, huhu... aku belajar sesuatu lagi, lepas ni no more tunggu tunggu..

aku ada tanya beberapa distro kat fb tanya album ni kot2 ada, ada satu distro tu, kata dia tengok dulu, aku yakin macam ada saja dengan dia, bila di balas msej ku, ternyata dah dijual juga.. hampa kecewa hati wahahaha.. lepas tu aku tanya kawan seorang ni, dia ada tapi utk koleksi dia saja, bila aku tanya dia pun nak jual, tak tunggu lama deal dengan harga rm30 siap poslaju, kalau dia ckp 50 pun aku bayar hahaha...terima kasih kawan..
dawn of warfare ni album pertama humiliation rilis 2010, lagu2 dalam ni memang old skool death metal.. setelah dapat ni lengkaplah cd mereka dalam koleksi aku hahahaah.. rasa gembira juga, keinginan utk beli vinyl 7'' dorang tu ada juga, tengok lah cemana,.. album baru pun aku dah rembat awal2 nak hadam dulu baru publish kat sini.. Hail....

Jumaat, 12 September 2014

HUMILIATION - SEEK TO SURVIVE

Masa trun gig ada depan mata tak teringin aku nak rembat cd ni, sibuk nak kejar stuf lain, skg baru nak beli guna pos, ni bukan dari band aku ambil, dari distro, walaupun hari tu aku ada beli baju tour tak pula aku beli ni sekali hah., campur cd ni ada 4 sudah album humiliation ni dalam peti besi aku, hajat dihati nak lengkapkan,buat koleksi..yang parahnya album pertama dah sold out itu yang aku risaukan mana nak beli mana nak cari benda tu, harap2 satu distro ni ada stok lagi album tu...arrrgghhh!!
seek to survive ni album kedua humi, lagu2 dalam ni kedengaran menarik bagi aku, sound total death metal lah kan, aku ni tak banyak album death metal, jadinya humi ni lah band death metal yang begini muziknya yang pertama aku dengar, tak kisahlah kan, acuan muzik macam ni dah belambak kat luar, sekurang2nya mereka ni diterima disana, yang paling bestnya tema perang dorang ni..
ceta ikut suka hati aku lahkan.. sebetulnya aku start beli album ketiga, lepas tu baru aku beli yang lain2 ni, walaupun dah berapa kali aku tgk band ni beraksi, kenapalah aku tak beli saja album2 awal band ni, sekarang ni memang payah betul aku nak cari, tengoklah aku nak beli 7 inci tu nanti kalau sempat, dan kejar band ni seberapa yang boleh, aku nak jadikan band ni cam cromok atau search hahahaha.. ok lah.. ayuhlah kita support tentera death metal kita ni.. mari berperang ngan dorang ni hahaha... lagi satu teringin pula aku nak beli baju askar tu, yang cam jaket sodom tu, wahahaha ok lah bye...

Rabu, 10 September 2014

MILITARY FORCE TOUR 2014

haha azam tahun ni nak kurangkan beli baju, tapi nampak gayanya terbeli juga baju2 ni, satu lagi baju yang menarik minat aku utk dimiliki.. disebabkan baju ni utk tour, aku sanggup keluarkan bajet utknya.. haha aku ada juga beli baju tour 2012, masih dalam simpanan dan aku suka memakainya..

lagi, utk baju ni agak nipis juga banding ngan baju 2012 tu, harga baju ni rm35 masuk pos sekali.. hmmm apalagi ya, band ni cukup pro aktik, setiap gig tour pasti keluar baju, aku pun sampai tak terfollow sudah.. sukses lah nanti buat tour mereka... kbai.

Jumaat, 20 Jun 2014

HUMILIATION - FACE TO DISASTER

Cd ni adalah rilisan pertama dari band humiliation, ianya EP yang mengandungi 4 lagu, rilisan tahun 2009, diriliskan oleh nebiula production. mereka ni memainkan irama death metal. apa yang aku boleh katakan sound yang mereka hidangkan dalam EP ni ianya cukup menghiburkan, sound yang setanding ngan band luar negara yang memainkan irama macam ni... salute..
ni aku nak cerita sikitlah, sapa sangka band ni akan pergi jauh seperti apa yang mereka capai sekarang ni, mulanya masa ep ni rilis terfikir juga, band ni seperti band2 lokal yang ada kat tanahair ni, rilis ep terus senyap, rilis demo terus senyap, dan macam2 lagi lah. tapi untuk band ni aku tersilap, mereka terus pandang ke depan, dengan pencapaian yang mereka sekarang ni, tiada satu lagi band metal di bumi malaysia ni yang harus dibanggakan, bagi aku humiliation ni harus diberikan support berabis, walaupun aku ni lebih suka kepada muzik yang ada unsur2 gelap, aku cukup respek ngan dorang ni, dari 2009 hingga kini mereka terus mengeluarkan material, bukan calang2 sound yang mereka hidangkan, bagi mereka yang meminati irama death metal kat bumi malaysia ni, harus lah bersyukur sebabkan adanya band seperti humiliation ni. itu saja lah selebihnya boleh google hahaha... nanti lepas ni aku nak tampal semua rilisan mereka ni yang ada dalam simpan, kbai

Isnin, 17 Jun 2013

HUMILIATION - TURBULENCE THE DEEP


HUMILIATION - TURBULENCE THE DEEp
album penuh keempat mereka,kali ini bukan lagi rilisan ultra hingax,rilisan kali ini telah dirilisan oleh label baru mereka iaitu DEEPSEND yang berpangkalan di luar negara, aku dapat cd ini dari vox mereka bear bee byhand,di gig 25 year as sahar hari itu,dan sempat bergambar lagi hehe,tak banyak yang diceritakan tentang cd ini,walaupun ada kawan yang suruh komen sikit tentang ini cd,bagi aku ianya tetap sama death metal tiada perubahan langsung dari segi muzik bawaan mereka,harga untuk CD ini rm30 ringgit sahaja cukup berbaloi, ada 11 lagu dihidangkan dalam ini cd 1 outro

-no return
-operation obeo one
-phosphorus shell
-calibrated chaos
-bachok's invasion
-sea denial
-home front
-total war
-order of battle
-the deadly double
-submerged at the seabed (outro)

kali ini arwork untuk album mereka menggunakan gambar kapal selam yang sedang melancarkan nuklear bom huhu, album ini memang senang diterima halwa telinga muziknya tak bingit,jika anda metalhead malaysia anda wajib mendengar band ini dan support!! orang luar sahaja support mereka kenapa kita tidak,mereka adalah tentera death metal tanahair kita,dan aku syorkan anda tak akan rugi kalau membeli album mereka,total headbang!!