Jumaat, 20 Jun 2014

HUMILIATION - FACE TO DISASTER

Cd ni adalah rilisan pertama dari band humiliation, ianya EP yang mengandungi 4 lagu, rilisan tahun 2009, diriliskan oleh nebiula production. mereka ni memainkan irama death metal. apa yang aku boleh katakan sound yang mereka hidangkan dalam EP ni ianya cukup menghiburkan, sound yang setanding ngan band luar negara yang memainkan irama macam ni... salute..
ni aku nak cerita sikitlah, sapa sangka band ni akan pergi jauh seperti apa yang mereka capai sekarang ni, mulanya masa ep ni rilis terfikir juga, band ni seperti band2 lokal yang ada kat tanahair ni, rilis ep terus senyap, rilis demo terus senyap, dan macam2 lagi lah. tapi untuk band ni aku tersilap, mereka terus pandang ke depan, dengan pencapaian yang mereka sekarang ni, tiada satu lagi band metal di bumi malaysia ni yang harus dibanggakan, bagi aku humiliation ni harus diberikan support berabis, walaupun aku ni lebih suka kepada muzik yang ada unsur2 gelap, aku cukup respek ngan dorang ni, dari 2009 hingga kini mereka terus mengeluarkan material, bukan calang2 sound yang mereka hidangkan, bagi mereka yang meminati irama death metal kat bumi malaysia ni, harus lah bersyukur sebabkan adanya band seperti humiliation ni. itu saja lah selebihnya boleh google hahaha... nanti lepas ni aku nak tampal semua rilisan mereka ni yang ada dalam simpan, kbai

2 ulasan: