SABBAT LIVE IN KUALA LUMPUR MALAYSIA 2014
Gig sabbat di kuala lumpur ni hampir menemui kegagalannya, namun harus dipuji kesungguhan organizernya,diatas tindakan pantas mereka untuk meneruskan persembahan sulung band lagenda black / thrash metal asia,berlangsung dengan jayanya dibumi malaysia ni.
Akhir2 ini scene bawahtanah sudah
tak selamat lagi untuk band2 luar beraksi di kuala lumpur, selepas
kreator,jasad, dan yang terkini sabbat, mendapat tentangan dari manusia ntahlah
apa tujuan mereka ni menghentam scene metal, apakah mereka ni takut dengan
syaitan black metal, tak takut dengan syaitan disko, dan banyak lagi syaitan
dimuka bumi malaysia ni,.. kebabian apakah sudah dalam kepala hotak mereka yang
mengomplen ni, jika mereka ni nak jadi hero masyarakat penyelamat bangsa
penegak agama,patutnya mereka turun ke kelab malam, merasa sendiri apa ada
dalam tu, berapa ramai anak gadis yang melayani, memujuk kita meneguk air
setan, patutnya ini yang patut ditentang habisan2 berbanding dengan gig metal
yang hanya berlaku sebulan sekali itu pun tak membabitkan band luar, manakalah
kelab malam buka 365 hari, pukitai betul lah orang2 ni.. aku cukup sakit hati
dengan sifat manusia begini..oh mungkin katanya yg tu ada lesen kali boleh buat
untung untuk negara,,tapi jangan kau lupa, gig metal hanya dipenuhi oleh lelaki
mungkin gadis 2 3 ketul ja, itupun ikut teman boyfren mereka.. fuck kaki
komplen....
ini bukan ulasan gig sudah hahahha,,, berapa ramai yang murtad balik dari
gig sabbat semalam, berapa ramai yang dah tak tau mengucap.. oh sesatnya muzik
yang kami dengar ini. kesian betul kaki komplen,walaupun kau komplen gig sabbat
tetap berjalan, dengan jayanya.
mungkin masalah venue saja yang menjadikan gig sabbat tidak berlangsung
seperti diharapkan disebabkan venue di rumah api, kalau yang dah biasa turun
rumah api, mungkin keadaanya santai saja, bagi yang pertama kali kesana, ianya
cukup menyeksakan,begitu lah apa yang aku rasa, stage hanya selebar 3 meter,
dan setinggi 1 tin cola, nak mencari lokasinya juga cukup payah, berbanding
dengan solaris, ianya cukup nyaman dari segala aspek, bukan nak menghentam
rumah api ok, rumah api tempat paling sempoi dalam arena bawahtanah abad ini.
hail rumah api.. haha..
korang kenal kan sabbat tu sapa, dimana lavel dorang, nasiblah band ni
masih mengekalkan spirit underground,dan tak kisah beraksi dimana
sekalipun..ini lah band underground sejati, total respek dengan mereka yang
cukup sempoi.
lupakan permasalahan dan terus kehari kejadian,, aku gerak dengan 4 orang
rakan, memandu ke ampang, dan selamat sampai kelokasi dengan selamat walaupun
ada sedikit ralat mencari paking.. tak banyak kelihatan metalhead datang, jam
menunjukan jam 3 lebih.. namun lama kelamaan metalhead sudah kelihatan memenuhi
venue, sebelum gig bermula hujan lebat turun, serentak gig bermula dimulakan
oleh band nightwolf, dengan persembahan thrash metal rocking fucking hell
dengan begitu bersahaja, iwan dari band lobotomy menggalas tugas vokalis,
berbakat sungguh iwan ni..suara juga sedap.. arrgggggggHH... tak lama aku
menyaksikan mereka, bahang panas dalam venue sudah mula membalut tubuh, peluh
terus membasahi kepulusuk tubuh.. aku mengambil keputusan untuk keluar,
disebabkan tak tahan panas dan aku nak save energi untuk band sabbat dan
barbalans.. 2 band ni aku nak tengok.
diluar hujan masih lebat aku berehat mengambil udara segar.. masuk kembali
band insacred dari serawak sudah mengganass dengan alunan irama black death
metalnya yang begitu pure.. headbanging masih berterusan dibahagian depan
support band ni.. aku salute mereka ni walaupun sudah mandi peluh masih lagi
bertahan.. salutan to all bangers.. hari tu.. korang memang terbaikkk...sama
juga dengan band nightwolf tadi, aku hanya menyaksikan separuh saja aksi
mereka, walaupun aku belum banging, namun kepanasan dalam venue cukup untuk aku
keluar sekali lagi.. duduk disofa luar, muzik insacred mereka masih
berkumandang, dan jelas kedengaran.. aku menarik nafas dan merehatkan kaki.huh!
habis saja band insacred! beraksi, maka mc petang tu mengumumkan, sabbat akan
mengambil ahli pentas, aku yang dah cukup rehat, terus masuk dan mengambil
lokasi yang sesuai untuk banging.. kali ni aku dihadapan sekali terlihat kat
belakang ahli2 sabbat tengah menukar pakaian, hehehe... vokalisnya hanya pakai
cawat.. cawat berspike.. memang cukup kult..
hampir 20minit sabbat mempersiapkan diri dan final setting... masa ni
kesemua metalhead yang hadir masuk ke dalam venue.. sudah pasti datang gig hari
ni, ingin menyaksikan kehebatan band dari matahari terbit ni beraksi depan
mata... kalau selalu tengok utube saja dan dengar lagu2 mereka,tapi kali ni
impian itu menjadi nyata.. sabbat depan mata.weii..
sabbat memulakan persembahan dengan begitu bertenaga sekali, aku tampa
menghiraukan bahang kepanasan venue terus menghempaskan rambut ni mengikut
rentak muzik sabbat persembahkan.. aaaaaaargh!!total black thrash metal.. sungguh
mengasikkan, crowd sudah bergila, kesemuanya sudah terkena penangan muzik
sabbat.. lagu demi lagu sabbat persembahkan.. kelihatan juga, diwaja2 sabbat,
menahan bahang panas hahaha... mereka meneruskan persembahan seperti sebelumnya,
tampa belas kasihan mereka menghamburkan irama black thrash metal buatan mereka, aku
yang dihadapan tampa kipas penuh sesaknya, dibasahi peluh.. mengambil keputusan
untuk,keluar mengambil udara, macam nak pitam ku rasa...
aaaaaaaaarghh!! selepas merehatkan diri dan melepaskan beberapa lagu aku
masuk semula, kali ni sabbat pula surender sudah.. ku lihat drumernya macam dah
tak larat nak meneruskan.. faham2 lahkan,.. ni rumah api.. sudah kompom berapi2
dalamnya.. atas dasar pro, mereka..meneruskan persembahan dan mengakhiri
persembahan mereka malam tu, dengan lagu penutupan heavy metal hunter.. heavy
metal malaysia heavy metal kuala lumpurrrrrrrrrr....dengan dibantu oleh iwan
dari band nightwolf.. lagu dari band metalucifer ni betul2
aaaaaaaaaarghhhhhhhhh!! heavy metal hunterrrrr.... yeaaaaaaaahhhhhh...
bersama patches klhellbangers,, salute ling |
aku keluar dan melihat sendiri apa benar ada polis.. namun tiada polis,
tercari2 juga aku polis dimana.. rasanya time ni baru jam 8malam, aku tak
tengok jam sekadar meneka.. apa yang boleh aku katakan ini sesuatu yang tak
bagus.. selain barbalans ada beberapa band lagi yang belum main.. apakah gig
diberhentikan seketika... tidak, ianya tamat serta merta aaaaaaaaaarhhh pukitai
betul...
cukup kecewa juga aku, apapun aku terima nya dengan rela hati seperti
rakan2 yang lain.. selepas itu kami ke lokasi hotel penginapan sabbat dan
barbalans serta band2 lain.. kat sini sempat meminta sain kat poster percuma
semasa pembelian tiket.. hehehe.. macam gadis2 yang meminta sain kepada artis
pujaan mereka... cewahh,, sabbat cukup sempoi.. tak kisah melayani kerena
metalhead yang berebut2 nak bergambar dengan mereka... tak lupa juga barbalans..
yahh akhirnya ada juga gambar kenangan aku bersama satu2 metalhead yang paling
aku sanjung di daerah kelahiran ku.. max barbalans tengkiu... kamu memang
terbaik..
lepas tu kawan ajak pergi makan kat bukit bintang.. pergh!! 1st aku kesini
waktu malam.. total sesak ngan manusia...selepas minum bergelak ketawa ngan
line up barbalans.. masa tak mengizinkan.. mereka terpaksa balik ke hotel,..
apapun walaupun 2 lagu saja aku dapat dengar malam tu, aku dapat satu kenangan
berharga dalam sejarah aku bermetal, dapat melepak bersama barbalans,sabbat
ianya memang tak perna aku fikirkan,,,,aaaaaaaaaaarghhhh!!!!!!!...
nota-fuck off and die.. to kaki komplen...
Fuckaaarrgghhhh pukitai for those who complaining and reporting!!
BalasPadamGig kecik mcm ni pun ada jugak yg kacau ke?adoi laa..
BalasPadamdengki punya pasal...
Padamkult fucked up aaarrgghhhh legend
BalasPadammaknanya kalau Sabbat nye schedule lambat sikit, then tak main la dorang ye? . Pening la aku tengok orang nye mentaliti terhadap muzik gini.
BalasPadambetul tu.. nasiblah organizer suruh main awal.. kalau tak melepas..
Padambrek faiyaaa! kegemaran korawk ni
BalasPadamp/s: "di imbus" - aku blur mula2
hahahaha brek faiyaaa... sempoi..lagu tu dalamlist dorang.. imbus tu hehhehehe
Padam