Khamis, 29 Mei 2014

Tayar...


Tayar nak pecah, ni pengalaman pertama aku, hari tu aku telanggar lobang, ingatkan tak dah apa2 berlaku, seperti biasa aku memandu macam biasa tiap2 hari, bila stering rasa bergetar dan membelok sendirinya, aku heran juga ni.. seingat aku dulu tak pena jadi macam ni, kalau dulu aku tak genggam stering ok saja, tapi sekarang ni aku kena genggam kuat, kalau tak kuat, stering aku berputar sendiri, 

hari tu aku hantar abang aku gi klia2, sampai saja kat rumah aku chek tayar, baru lah aku ternampak tayar belah kiri hadapan dah tekopek...adoii kata ku dalam hati.. duit lagi ni, lepas tu aku terus bawa ke kedai tayar, katanya kalau nak tukar satu nanti hilang keseimbangan, kena tukar 2 2, baru cun. dengan duit untuk berpesta ujung minggu ni aku berbelah dua juga nak buat ke tak, bila fikir2 ni kan kenderaan aku gi kereja, buat ja lah.. namun aku skip dulu tanya lain tempat. sebab aku tengok raut waja peniaga tayar ni macam nak nipu aku je.. 

nasiblah aku tak terus tukar, aku gi tanya ngan perodua tempat aku servis kereta, kata abang pomen tu, kalau tukar kat produa servis lagi mahal, sebab dorang ni pun ambil tayar kat luar, abang tu nasihatkan supaya buat kat luar saja.. esoknya aku google harga tayar dan macam2 yg berkaitan ngan tayar. aku tanya rakan2 grup msj, tanya rakan sekerja yg dah ada pengalaman.. wahahaha... kawan seorang tunjuk aku ada satu kedai jual tayar second ni, murah2 pula katanya.

balik kerja aku pergi, tanya kat peniaga tayar, katanya tayar second ada baru pun ada, aku terus cakap nak yang second dulu lah, sebab kalau boleh aku nak plan terus tukar 4 4 tayar ni nanti kalau dah beduit lebih. tayar secondnya murah siuttt rm35 ja siap pasang masih bebunga lagi..asikk.. wahhahaha dalam hati aku banyak siuk.. sabtu ni aku boleh enjoy berabis yahooo..... bilang orang jangan bertindak teburu2 biar lambat asal selamat.. pagi ni aku tengok tayar tu cun saja,, yess harapnya sampai dapat bonus nanti baru tukar semuanya... tamat.

4 ulasan:

  1. berhati-hati dengan tayar 2nd (terpakai) pastikan ia bukan tayar bunga tampal...

    BalasPadam
  2. tayar 2nd ni kalau untuk sementara ok la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sementara saja ni.. ada duit lebih nanti tukar 4 terus yg baru.

      Padam