Jumaat, 19 Disember 2014

Koleksi kaset ku Dan cerita ntah apa2 ntah kata xpdc..

atas permintaan... aku susun lah kaset ni semalam, snap nak tampal kat blog ni.. bukan nak riak ok, apalah sangat koleksi ku yang setahun jagung ni, jika nak dibandingkan ngan koleksi2 kawan2 yang lain. hehe.. seperti dalam gambar ni, ini saja yang ada dalam simpanan aku. kaset2 yang aku tak dengar, aku dah lelong tempohari.. laku cam goreng pisang panas.. kalau ni nak lelong kompom berebut orang nak..haha
aku nak cerita sikitlah k, bila aku bermula beli kaset ni. aku mula beli kaset guna duit sendiri, pada tahun 2005 penghujungnya. masa tu apa yang aku tahu hanya search saja. tak perna terlintas pun nak dengar band2 lain apatalagi metal.. metal ni aku ingatkan dulu masa jaman sekolah, ianya bukan muzik, macam geng gitu lah aku ingatkan.. bila isu black metal tu meletup, orang lain sibuk takut ngan kejadian pemujaan syaitan ajaran sesat bagai.. cuba ngelak utk menjadi hamba kepada metal, terutama sekali black metal lah kan., apa saja suara growl kasar gitu musti orang mark black metal kecuali bandi amuk yey yey... haha aku pula tertarik utk mendengarnya..

masa aku mula2 beli kaset dulu, aku beli sekali ngan player mini hifi macam mana aku ada skg ni, masa tu 2005 masi murah, rm100 saja siap ada vcd cd radio kaset, boleh main semua. sound tak ya ckap lah bunyinya macam atomik bom meletup, teringat aku masa aku pasang kuat2, orang ketuk pintu hostel aku beb, sebab masa tu aku seorang saja keja malam, yang lain2 keja pagi, yang ketuk ni bukan main marah lagi orang cina, gengster cam along gitu.. siap marah2 aku.. nasib time tu aku rasa diri budak lagi., umor baru abis spm, tapi aku tak ambil spm k huhu. aku minta maaf kan pakcik cina tu, dan aku stop pasang pelan2 saja.. antara kenangan manis juga, tahun 2005-2007 kedai kaset sekitar klang masih ada jual, kat giant jusco pun masih disusun dirak, speedy aku belum kenal, dulu punya mana ada tgk jenama kedai ni. aku masuk saja. masa kegilaan black metal aku terbeli tu kaset panggilan pulau puaka.. memang best aku dah ceta ni dalam entri lain boleh cek.

aku dulu rock ok banyak geng2 rock kapak. ditambah lagi keluarnya filem rock oo tu. tapi sayangnya aku saja yang beli kaset ni, semua kawan2 tu. dorang lebih kepada berfesen.. kiranya aku gerakan solo lah walaupun kawan2 aku ni rock kapak seluar warna warni, cam era 80an tu siap skap ikat kat peha haha tapi memang ohsem lah dorang klu jalan ramai2, aku masa ni gaya metalhead sudah walaupun aku tak menyedarinya..simple baju hitam rambut panjang seluar jeans.. yey

mengarut dah entri ni..kakaka ok kembali ke cerita asal tadi., pasal koleksi kaset ni. kembali ke era 90an jaman aku kecil2 lagi. mungkin masa ni lah aku minat ngan kaset ni, melekat sampai skg. ni semua jasa abang aku lah. klu abang aku tak layan kaset kompom aku jenis yang ambil mudah saja, layan mp3 percuma gitu. syukur lah aku dapat satu rasa yang aku sukar utk gambar kan bila aku beli mendengar kaset2 ni.ianya mendamaikan hati. biar pun rakan2 sekerja orang rumah nyindir2 aku saja yang dengar kaset jaman skg ni tapi aku ok.. sbb aku tahu masih ramai lagi orang yang sejiwa ngan aku ni. aku ni kira generasi terakhir pencinta kaset ni... apakah lepas ni ada lagi generasi baru. ntahlah bukan aku seorang lah aku maksudkan, maksudku sapa2 geng2 kanak2 era penghujung 90an,, mereka dan aku nilah pencinta kaset. ada beberapa kenalan2 aku kat fb yang betul2 minat ngan kaset ni, aku respek mereka ni, aku banyak ambil inpirasi dari koleksi2 mereka ni..

ada juga yang mempertikaikan, bukan ori pres sekadar ada kan, jangan dipertikaikan koleksi seseorang tu, benda ni bukan boleh beli ngan air liur gitu, kalau aku sekarang ni berumur 40 tahun jangan kan 1st presing LP bagai tu maybe aku ada lah HAHAAHA ngan bangganya kan aku ceta kakakaa.. generasi baru apa yang tinggal tu semuanya rilisan semula mustilah beli yang tu, mana ada lagi 1 pres ada pun harga cekik darah sapa mampu, orang berduit pun kalau tak ada minat feeling ngan benda ni dorang mana pandang. bagi aku ini semuanya satu anugrah juga, walaupun hdp susah2 gini adalah juga benda murah2 ni dapat memberi kegembiraan di dunia ni..cehhh korang faham tak apa aku taip..

kalau boleh aku nak buat cam novel ni., ok lah tak mau lah taip banyak2.. kasih ending lah sini. ini sudah penghujung 2014 kan. nanti aku cerita last entri pasal kaset ni. apakah aku teruskan membeli atau stop. dan bertukar ke hobi yang lain.. hehe.. jawapan macam pasti sudahkan.. ok lah saya akhiri entri ni dengan kata2 maaf seikhlas hati kalau2 ada tertaip kat atas menyinggung hati perasaan... aku bukan riak aku tahu apalah sangat ni, benda saja ni teman kat dunia ni, esok2 mati gak.. buat apa nak ego kan. kalau2 ada teman sekepala tu satu bonus bagi aku... ok lah kbai. jumpa lagi di halamaan akan datang..

6 ulasan:

  1. power bro ko punye collection. Aku punya dah mengecil dan semakin mengecil. Tapi sekarang dah kembali mendengar kaset sebab player dah ok. hahha

    BalasPadam
  2. Pelan2 kayuh bro...menjelang umur 40 mau penuh satu dinding koleksi ko nanti...hahaha..

    Respek!

    BalasPadam
  3. kau pergi gig nebiula minggu dpn tak?

    BalasPadam
  4. Post syok sendiri yang sangat best.
    Aku suka. haha

    BalasPadam
  5. Rhoma irama mmg legend..heheh..ini semua passion bro.. Kadang org tak faham minat kita. Hobi n selera masing2 kan.. Tapi skang ni ramai yang suruh aku minat hobi yg aku tak suka, berselfie kat facebook! Hahaha..

    BalasPadam
  6. hobi ni (apa2 saja jenis hobi) selagi boleh diterima oleh orang rumah, biasanya makin maju dan laju...

    kalau mereka yg masih bujang, ayat di atas boleh diabaikan

    BalasPadam