Memaparkan catatan dengan label As sahar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label As sahar. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Ogos 2016

As sahar - santau (boxset tape 2016)

kotaknya besi gitu

kaset di dalam

bertambah mengujakan kasetnya hitam

disertakan sekali patches,button, stiker

Kita layan gambar saja lah kan, ini boxset harganya rm50 siap poslaju, terhad kepada 100 salinan saja.

sangat mengujakan bagi aku rilisan ni, melihat pada apa didalam boxset ni, berbaloi lah untuk aku miliki dan simpan buat koleksi. lagi pun ini pertama kali aku memiliki rilisan seumpama ini. siap kotak besi segala gitu. menarik lah..

aku tak nak cerita panjang2 tak ada edia hahaha.. 

ni aku ada terbaca 2 rebiu pasal ep ni,

satu digipack cd https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=6&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjpouqPwLvOAhVKLY8KHSTVB0gQFggoMAU&url=http%3A%2F%2Ffaithcraftmobile.blogspot.com%2F2011%2F10%2Fas-sahar-santau-blackwinds-productions.html&usg=AFQjCNEXvvWdtOs0LwR1JeENvPKCPjgiVw

satu pula ni versi asalnya https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjpouqPwLvOAhVKLY8KHSTVB0gQFgg3MAc&url=http%3A%2F%2Fpckokak.blogspot.com%2F2015%2F06%2Fas-sahar-santau-ep.html&usg=AFQjCNERyac_IL7QdEn4uP9aGn-L_rVm5Q

boleh baca pautan kat atas ni untuk ulasan ep ni secara terperinci. 

Khamis, 2 Julai 2015

backpatches AS SAHAR bloodhood.. hellyeahh...


haha.. ini adalah hasil terakhir yang aku beli masa pelepakan hari tu, sebetulnya ni saja yang aku order. last2 terbeli dua kaset tu, untuk projek aku seterusnya aku jangkakan jaket aku ni siap paling lambat pun bulan 10 ni, terbayang2 aku pakai jaket ni nanti masa tgk wings live stadium merdeka bulan 10 ni HAHAHA.. kalu sapa2 lihat mat metal pakai jaket backpatches as sahar ni, tu aku lah tu wahahaha.. ohya ni official ni dari as sahar, masa rilis mula2 harganya rm45, hari tu aku dapat harga rm20 je... hellyeahh.. selebihnya tinggal cari patches2 kecil. lepas siap nanti aku tunjuk kat korang ya hahahaha kbai.

Isnin, 29 Jun 2015

AS SAHAR - CASUS LUCIFERI 1997


As sahar - Primitively Eastern Wind / Meditation Embun Pagi


Salam semuanya dan selamat berpuasa.. kali ni nak cerita pasal kaset as sahar ni, hari tu masa kami lepak kawan seorang buka jualannya, banyak kaset2 yang dia jual, harganya pun boleh tahan haha. masa aku lihat kaset ni aku terus pegang, haha kawan2 lain pun nak juga ngan kaset ni. kira aku bertuah juga malam tu. harga kaset ni rm30. dapat diskaun rm25. kira berbaloi lah, walaupun aku tak fikir pun nak beli kaset. kan nak berehat buat sementara waktu. disebabkan sudah depan mata, sayang nanti kalau dilepaskan.


untuk info kaset ni, aku kompius sebenarnya apa juga bezanya kaset yang satu lagi tu ngan yang baru aku beli ni., masa mula2 memang rasa macam tu, bila sampai rumah aku selidik, rupanya memang berbeza. kaset yang baru ni adalah gabungan demo dan ep, manakalah yang satu tu, demo saja. sound kaset ni memang mantap, kalau nak bandingkan ngan kaset yg aku ada tu, rasanya kasar sangat sound yang satu tu. korang boleh buka metal arkib klu nak tahu bezanya dgn lebih detail lagi.

tambah sedikit cerita, sebenarnya aku nak lengkapkan koleksi kaset2 as sahar ni, cam kaset cromok. aku ada plan lah, cam band sil khannaz, ftg aku nak lengkapkan koleksi ni., cuma itulah kan bajet ja tak mencukupi, kadang2 tu bila bajet dah ada barang lain pula timbul...

hurmm rasanya itu je cerita hari ni huhu.. 

Selasa, 10 Mac 2015

as sahar - phenomistik

hari tu cerita pasal kaset dcromok, kaset dubbing. ni lagi satu temannya kaset dubbing tu. sebenarnya banyak pilihan kaset2 dubbing yg orang jual tu, kaset phenomistik ni juga yang aku nak beli. ni sama kes macam kaset2 lain, disebabkan harganya yang melambung makanya terpaksa di skip, bila kaset dubbing ni jual rembat saja lah dari tak ada langsung kan. haha tapi memang benar lah dia punya feeling tu kurang bila dengar kaset ori ngan tak ori, sama juga cam cdr ngan pro cd.

album phenomistik ni aku sudah ada cdnya, Lp nya pula aku rancang nak beli, last2 aku tertarik ngan benda lain, abis tabungan utk lp phenomistik dilupakan. hajat tu memang nak beli, tengoklah kan kalau sempat. rasanya sempat lagi kalau sampai hujung tahun ni, LP2 metal tempatan ni, pasaran dia kurang juga. klu rilis 100 pun payah nak abis. tapi kalau sudah 5 tahun memang rare gilababi sudah harga pun jadi double.

kakaka napa pula aku cerita pasal lp, ok lah sampai disini saja catatan kali ni, kalau aku jumpa harga masuk akal, memang aku sambar lah utk kaset2 pilihan aku yang masih banyak dalam list utk dimiliki. ohya nak tahu pandangan aku pasal album ni, kalau ada rilisan black metal tempatan, (ni kira tempatan lah kan sebab mereka ni lebih famos kat malaysia) hahaha album phenomistik ni memang mantap, sound dia asyik.dan mengasikkan huhu kbai.

Selasa, 4 November 2014

AS SAHAR - LIVE MYSTIKAL EXALTATION

Ini adalah rilisan terbaru dari as sahar, diriliskan bulan lepas oleh label baru casus luciferi , dengan harga rm26 siap poslaju, ini bukan lah album baru as sahar, seperti tajuknya LIVE, album ni boleh dikatakan album live dan juga single 2014, lagu2 live dalam ni dirakamkan sewaktu tour silumanial asian tour 2013, dan satu single rakaman terbaru dari line up baru as sahar. album live ni rakaman soundnya agak raw, namun masih kedengaran bunyian vokal gitar, boleh didengarkan suara dalam album ni berbeza rentaknya dengan lagu2 dalam album as sahar, mungkin disebabkan gaya penyampaian vokalis baru ni yang agak berbeza, suara yang penuh ngan kemarahan... untuk lagu singlenya, as sahar cuba untuk mengekalkan alunan dari album phenomistik, agak kurang menjadi, dan lagu terakhir skroll in kapan, vokal dari malik haneal, ianya mengujakan kan aku untuk mendengarnya, haha... rupanya lagu ni diambil dari album live yang aku tiada,.. kesimpulannya, support karya as sahar, laungkan as sahar, harap album penuh nanti lagi dasyat soundnya..

Khamis, 2 Oktober 2014

AS SAHAR - BAKU KARAMA

akhirnya aku memiliki juga album ni, hari tu aku pergi cheras nak sambar cd HUMILIATION yang baru rilis tu, tak sangka pula aku ada kaset ni dijual, tak banyak fikir terus rembat tampa memandang kaset2 lain yang ada kat situ wahahaa...beberapa hari ni kaset ni menjadi playlist pilihan, sedap lagu2 dalam ni kaset, sebelum ni dengar beberapa saja lagu dalam ni, ada 10 lagu dalam album ni yang berentak rock, lari dari muzik asal as sahar, bukan lagi as sahar lah senang ceta wahaha... patut pun ramai geng2 true tak boleh terima perubahan oleh as sahar dalam album ni, kabar angin juga bertiup kencang keluarnya malik dari as sahar, sebab perbalahan dari album ni, kabar angin sajalah... dulu album ni kena fuck, tapi sekarang sapa ada cd album ni memang bertuah lah, jadi buruan sudah album ni, kira rilisan cult dari as sahar,... apapun one vox gitar tinggal kenangan, tiada lagi one dalam as sahar, selamanya... hohoho...

Khamis, 25 September 2014

AS SAHAR - BOMOHYMNS OKULTIKA

Ini adalah rilisan istimewa dari as sahar, aku ingatkan album kompilasi lagu2 dipetik dari album penuh mereka. rupanya ini adalah album live dan split as sahar, side A rakaman live di penang tahun tidak dinyatakan pula, ada 4 lagu, sound memang sebijik macam tgk mereka live, manakalah side B pula 4 lagu yang diambil dari split bersama hayagriva - beyond firmanent sesuatu yang menarik minat aku, sebab aku tak ada album split tu, harga kaset ni rm30, aku minta diskaun dpt lah rm20, tak masuk pos, nasiblah aku ada beli kaset iron maiden, terus saja cakap kat penjual ni, selitkan saja kaset ni dalam bungkusan kaset pertama aku beli kami terus deal total rm37 utk 2 kaset cukup mahal rasanya tapi tak apa janji puas memiliki kaset ni.,.. itu sajalah cetanya, banyak juga kaset aku beli bulan ni,.. tunggu akan ku publishkan satu persatu.. rasanya sampai bulan depan kot tidak abis.. haahaha simpan dalam draf dulu, sehari publish satu ye dok hahaha

Khamis, 11 September 2014

AS SAHAR - CASUS LUCIFERI


intro...as sahar adalah salah satu band yang unggul dengan irama black metal acuan nusantara, siapa yang tak kenal as sahar jangan ngaku black metal lah hahahaha.....
kaset ni aku beli dari kawan, sama seperti kaset impiety hari tu, disebabkan aku nak lengkapkan koleksi kaset2 as sahar aku, makanya kaset ni menjadi pilihan utama, harganya rm15 ja byhand, walaupun terpakai, soundnya masih ok, kira puas hati lah, ni sebenarnya demo as sahar,dirilis semula, sound dalam ni cukup berhantu, sound 90an gitu.. total hail lah bagi aku,. ok itu sajaLAH cetanya..jajaja.

Khamis, 10 Julai 2014

AS SAHAR - DEVILLATION MASTER 'DEMO 1994


These tracks had never been released in any form before.

(P)1995 (C)2003 RARE N'UNRELEASED - DIGITALLY REMASTERED, kaset ni memang aku  suka dengar soundnya  mentah, bermelodik serta bising..aaaaaaaaarghh.. ada 5 lagu dalam demo ni, rasanya ini lah era as sahar yang extrim, lihat saja imej mereka muzik tak ya cakaplah total hell rasanya,, betul aku tak tipu, ada juga beberapa kaset2 as sahar dalam simpanan aku, tapi yang ni soundnya melekat dalam hati ku. 

Sabtu, 7 Jun 2014

BEST OF AS SAHAR

Kalau hari tu as sahar no 1 yang ni pula best of as sahar, lagu2 dalam keduanya pun berbeza, kalau kaset no1 tu menghimpunkan lagu2 dari kompilasi as sahar, kebanyakannya. untuk best of ni pula, lagu2 nya di ambil dari lagu2 terbaik as sahar dari setiap rilisan mereka, sebelum keluar album tir, rilisan yang menarik untuk dimiliki huhuhu..

nak tambah cerita sikit, seingat aku masa memula bemetal, aku sempat beli best of voci, best of ni, ada tiga band yang rilis serentak, sil khannaz, voci, ngan as sahar, posternya pun aku masih simpan, hanya sil khannaz saja aku belum beli. itu ja kot.. wHAAHA

Selasa, 3 Jun 2014

AS SAHAR - [ NO .1 ]


Kaset ni aku dapat dari gig sabbat hari tu, nampak saja aku terus rembat tak bagi can wahaaha.. as sahar ni boleh kata aku punya favret band juga, ada juga lah beberapa rilisan yang ada dalam simpanan aku, untuk kaset ni aku belum ada lagi.. antara menariknya kaset ni, ianya menghimpunkan lagu2 terbaik as sahar, serta lagu2 yang susah nak didapati, dari album rock mereka juga ada lagu diselitkan, serta lagu anak2 palestin.. yang begitu rare, bagi aku lah... cukup sempurna kaset ni.. aku menyukainya.. Hail as sahar..

Selasa, 29 Oktober 2013

AS SAHAR - JAANN

JAANN
rilisan tahun 2005 dan baru sekarang aku milikinya,walaupun aku perna tgk dlm format digi namun disebabkan bajet yg tak mengizinkan terpaksa juga aku lupakan utk memilikinya..
bila mana aku terlihat kaset ni seperti biasa,alang2 sudah depan mata harga pun rm10 saja beli lah sebelum ianya ghaib dlm pasaran huhu... as sahar ni salah satu favret band aku juga...


ada beberapa lagu yg disertakan lirik,utk lagu2 dlm kaset ni aku blum dpt menghafalnya lagi..kalau phenomistik punya hmmm lagu2 senang dihafal.... kalau ada rezki mmg nak beli semua rilisan as sahar ni.tengok bajet juga dan masa huhu...

1. Ajmaun 04:13  
2. Beradu Pada Pangkal Hawar 03:15  
3. Sumangat As-Sahar 05:23  
4. Jeluas 02:38  
5. Ranting Duri 04:02  
6. The Fire 04:23  
7. Dari Jaann 03:56  
8. Lilitan Sandarmalam 03:13  
9. Saka 03:46