Selasa, 6 Disember 2016

Samartary - From Hell..To The Grave




SAMARTARY band ini berasal dari kedah, dorang main black thrash metal, cd ni adalah rilisan semula dari album mereka yang rilis 10 tahun lepas versi kaset, dijadikan cd buat pertama kalinya dan disertakan sekali dengan demo mereka deadly black hole 2003, lagu2nya boleh lihat pada gambar atas ni. band ni masa mula2 aku kenal musik metal ni adalah nama band ni naik juga masa tu dalam fikiran aku, sebabnya aku ada terbaca juga beberapa artikel mengenai band ni dalam majalah2 yang aku beli dulu. kira band ni melihat pada namanya tu samartary ada kemelayuan situ, aku ni dulu jenis suka ngan band2 metal yang ada unsur2 melayu gitu, masa mula2 dulu kan isu black metal panas, setan2 segala... tu tak seram ke dengar musik ada unsur2 setan, aku dulu seram siuttt nak beli kaset iron maiden pun aku belek2 lama sebelum aku beli sebabnya takut masa tu ada unsur setan pemujaan dalam lagunya haha.. tinggal kenangan semua tu, sekarang ni aku sudah tahu lah ianya hanya sekadar muzik halwa santapan telinga dan hobi duniawi... berbalik pada album samartary ni. lama dah aku tak dengar kasetnya, naik lupa juga aku dibuatnya, disebabkan kebelakangan ini aku banyak buat kerja lebih masa nak dengar musik pun agak terhad, apalagi nak selongkar polybox kaset aku tu nak cari kaset album ni, kononnya nak buat perbandingan. mendarat saja bungkusan cd ni dirumah beberapa hari lepas, buka saja cd ni, aku sudah kecewa dengan inlaynya, kertas jenis apakah digunakan ini kemek dibuatnya kertas tu. pastu dalam inlay pun gambar dari kaset tu di print aaarghhh teruk beb, aku memang jenis yang suka tengok inlay ni sambil dengar musik dapat macam ni, ianya tak bagi kepuasan pada aku utk inlaynya. kan lebih elok letak gambar2 samartary yang tak perna dilihat. apapun pihak label harus ambil berat pasal ni, ini pandangan aku personal k utk org lain tu selera masing2. untuk lagunya pula dan sound dalam cd ni. kita lupakan pasal versi kasetnya sebab aku sudah lama tak dengar kaset tu, seperti aku cakap kat atas tadi. untuk pertama kali dengar cd ni. apa yang mengujakan aku, ini antara satu2nya band yang aku tahu mengcover lagu band Blackfire, 2 lagu beb,.. musik utk cd ni, memang teruk rakamannya, ntahlah kenapa boleh di panggil album. ada juga aku dengar musik black thrash tapi tak macam ini soundnya. melodi memang dengar dengan petikan gitar drum dan jeritan vokalis dan cd ni ianya macam tak seimbang. aku cuba juga dengar guna headphone sebab dengar guna ni sound akan lebih jelas lagi. namun soundnya tetap kotor... aku tau lah ada antara kita yang memuja sound macam ni. aku pun memuja juga sound kotor macam demo rator tu haha. tapi berbeza utk ini. utk demo 2013 tu, ok ianya mantap sudah nama demo kan sound lagi bagus dari lagu2 dalam album tu. bagi pencinta musik yang melodi..asyik gitu ini cd bukan utk halwa telinga kamu aku jamin ni hahaha. tapi bagi mereka yang memuja rakaman sound lama ini sesuatu yang indah.. pure bestial black thrash gitu...


Ada semangat nak menaip panjang2 kali ni hahaha.. seperti gambar di atas sekali lagi aku join pembelian cd secara berjemaah dapat harga diskaun rm18. harga pasaran cd ni rm30 termasuk poslaju seluruh malaysia. save bajet situ kan haha... disebabkan pembelian secara berjemah juga cd ni tak masuk list terus beli saja, mengikut list aku skg ni banyak tak terkira cd2 yang aku nak beli. jadi cd ni buat koleksi sajalah utk menjadi playlist sepanjang minggu memang tidak lah, mungkin album ni tunggu mood yang betul2 ngam dengan keadaannya baru lazat didengar.

k itu sajalah.. 

7 ulasan:

  1. Selain muziknya.inlay pun penting juga sebenarnya.aku paling menyampah kalo beli cd mahal2 inlay nya sekeping.sakit betul hati

    BalasPadam
  2. syabas d'arsil teruskan membeli CD black metal, dengan secara berjemaah tu bro, kipidap heheh

    BalasPadam
  3. well done. Aku pernah nampak logo band ni dulu, stand out.

    BalasPadam
  4. betul tu bro pendapat ko psl sound dlm rilisan ni sama mcm kaset yg aku dgr dulu...kita ni peminat sound raw tp sound dlm rilisan ni mcm x kena kan..

    BalasPadam
  5. perkataan SAMATARY ni mengingatkan aku filem horror based on novel Stephen King "Pet Samatary". huhuhu! Aku suka sound album ni. mengancam. dulu ada beli kesetnya tapi xboleh dimainkan sebab melekat. argh!!!!!! bab inlay, ya aku kecewa... patutnya bubuh la gambar banyak2, sejarah penubuhan band dan nota kaki dari frontman.

    Aku suka kalau versi re-released ni dari band Deceased. Contoh album "The Blueprints of Madness". frontman dia si King Fowley akan membuat nota sejarah album tu direkod. macam-macam cerita dapat didengari dan penghayatan lagu jadi lebih mendalam. aku suka macam tu.

    BalasPadam