Memaparkan catatan dengan label Hellstorm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hellstorm. Papar semua catatan

Selasa, 21 April 2015

HELLSTORM / AXECUTER - FROM HELL COMES THE STORM OF THE AXECUTER



Split 2015 antara band hellstorm sabah malaysia ngan axecuter brazilian wahaha... sangat mengujakan dan dinantikan rilisan terbaru dari hellstorm oleh aku dan juga mengikut setia mereka.. hari tu perna buat entri single terbaru mereka yang ada lagu legion of destroyer tu kan ngan baju putihnya yang mantap lawa tu logo kambing hahaha.. utk split ni band axecuter menghidangkan 4 lagu.. lagu2 dari band ni aku tak dapat nafikannya, ianya best layan boleh buat aku banging sendirian rasanya, banging hanguk2 je.. bestlah band ni. ohya rasanya aku perna dengar kat utube band ni suatu masa lalu. aku ingat sebab tu cover album yang makan epal tu wahahaa.. tak sangka betul dorang split ngan band hellstorm yang maha ganas ni haha.. sebetulnya aku tak mau cerita lebih2 bab axecuter.. susah juga nak taip namanya. aku beli cd ni pun sebab hellstorm kalau bukan hellstorm aku tak beli geng.haha

terus ke band hellstorm, sebetulnya aku masih berharap dapat versi kaset album pertama mereka dulu masa rilis tu, masalah betul gara2 order aku dah masuk bebulan tak hantar, lepas tu offer aku suruh angkat kasetnya, cemanalah aku nak angkat sedangkan order aku tak dihantar lagi;. tu sebab utamanya aku tak dapat kaset tu. harap ada maniak hellstorm di luar sana yang sudi tolak kaset tu. hurmm

sedikit luahan hati mana tahu line up hellstorm sejuk hati mau bagi kat aku kaset hellstorm kan hahaha sok sendiri geng apa ada hal aku mabuk nescafe siakkk.. giler pahit aku bancuh nescafe ni. teruja gile2 rasanya nak menaip ni. mata pula dah merah cemanalah boleh dapat bancuh nescafe cam ni sokkk...uda2 lah teruskan ke hellstorm.. maaflah ya ni bukan rebiu. ni cerita aku saja, apa saja yang aku rasa masa menaip ni aku akan taip sesuka hati tampa memikirkan apa saja lah wahahahahaaaaa ok tamat

dlm cd tu hellstorm menghidangkan 6 trek. lima berlagu dan satu intrumental.. betulkan aku klu salah... ohya makan masa juga cd ni aku dengar, disebabkan bizi sikit ngan jadual kerja yang ketat kena tido awal dan macam2 lah. tapi aku dah abis dengar 2 kali cd ni. utk hellstorm aku hanya tetarik pada lagu trek no 7. ianya ada feeling banding ngan trek yang lain., yang aku rasa macam tak masuk tak ngam dia punya sound tu. bunyi drum macam tak serentak ke apa ntah lah tapi aku tak dapat feelingnya geng... bunyi sound keseluruhan pula masih cara lama gaya rakaman album ribut neraka. kalau nak kata total maut cam lagu2 dalam album ribut, rasanya tak lawan lah lagu2 dalam split ni. kurang sengatnya. harap rilis akan datang tu akan lebih evil jahat.. biar ngam dengan namanya hellstorm yey... itu sajalah. apapun support utk hellstorm 666 bah. 

Khamis, 14 Ogos 2014

BAJU - HELLSTORM, LEGION OF DESTROY

Baju bersempena promo 2014 dari hellstorm... haha baju ni aku ordering sebelum raya lagi time puasa..sampai kat rumah time tu aku cuti raya lagi, hehe poslaju, jarang2 sekali aku dapat sain sendiri bungkusan aku, dalam bungkusan ni ada 2 helai baju satu kawan aku punya, dapat plak tu patches free hahaha..
buka saja terus basuh, pesan kawan yang rilis ni baju suruh cuci dan sterika dulu baru pakai, memang patut cuci lah, masih berbau kedai kurang enak rasanya.. ohye tag baju ni gildan made in bangladeath.. lepas ja aku cuci ok ja baju ni, tak ya sterika pun..ok lah dengar kabar MCD hellstorm ni tak rilis tahun ni, kena tunggu tahun akan datang lah jawabnya..

ayat kat belakang baju ni memang evil.. baju ni tak sesuai dibawa jalan2 ke tempat awan, kakaka.. aku selalu saja beli baju yang aku tak pakai pun, masa turun gig saja pakai baju evil2 cenggini, ok lah baju pun aku nak ceritakan HAHAHAHA

Khamis, 19 Jun 2014

HELLSTORM - RIBUT NERAKA 666


Cd ni rilisan tahun 2011, band ni pula ditubuhkan tahun 2003, asal sandakan sabah. walaupun ditubuhkan tahun 2003 tapi ahli2 dalam hellstorm ni bukan orang baru dalam pergerakan scene disabah. ribut neraka666 ni adalah album pertama hellstorm, mereka ni memainkan irama thrash metal, lagu2 dalam ni penuh ngan riff gitar yang menarik, kedengaran juga lah melodi rock dalam album ni, untuk lirik pula total kata2 kufur, dalam album ni ada 8 lagu, 4 lagu pertama soundnya agak berbeza ngan 4 lagu terakhir, dengar cerita 4 lagu akhir ni guna drum mesin. kesemua lagu2 dalam ni memang layan, bagi aku lah lagu pertama deaththrash666 dan evil crusader, 2 lagu ni cukup mengacam kalbu.. menarik aku suka..

ohya lagu evil crusader ni cover song dari kumpulan may, lagu pelayaran yang diubah liriknya kelebih kejam dan soundnya juga memang laju, betambah ganas lagu pelayaran ni, rasanya lagu cover ni menambah perasa untuk album ribut neraka 666 ni...

ohya aku sebenarnya dah lupa cara nak masukkan video utube dalam entri ni, hahaha aku tray lah kalau kuar video tu itulah lagu cover song pelayaran versi hellstorm... layan video kat bawah kalau belum perna dengar lagi cemana ganasnya lagu pelayaran versi hellstorm ni.. kbai

Rabu, 11 Jun 2014

HELLSTORM - PROMO 2014

promo 2014 ni sudah menampakkan bahawa ribut form hell akan melanda lagi...aaaaaaarghh!! aku betul2 teruja bila mana menjadi salah seorang penerima promo ni. no 17/30 Hahaha.. promo ni juga dedikasi buat army dalam grup legion of destroy, bersempena satu track pra dengar dalam promo ni bejudul legion of destroy, sound lagu baru ni masih lagi seperti lagu dari album pertama ribut neraka 666, nanti aku catatkan album tu dalam post entri seterusnya... bukan itu saja, ada instrumental, vokal belum masuk lagi untuk satu lagu ni, total belum final soundlah kira ni mentah lagi... hellyeh!! betambah menarik apabila 3 lagu rakaman live masa gig nunslaughter disabah dimuatkan dalam ni promo, cukup2 memuaskan. 1 lagu live tu cover lagu dari metalucifer aaaaaaaarghhh!!!!!!! tak sabar aku mau memiliki mcd terbaru nanti..