Memaparkan catatan dengan label Kumpulan MAY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kumpulan MAY. Papar semua catatan

Selasa, 15 November 2016

May - Rahsia



cd may rahsia ni disambar macam biasa, walaupun agak liat nak belinya, itu hari ini pula yang menjadi pilihan hati. dilema dan hakikat tu nanti2 lah, membaca blog2 kawan2 ulasan pasal album ni, memang mengujakan jugalah, ditambah lagi kulit albumnya cantik aku suka tengok. senarai lagu dalam cd ni hanya satu saja yang biasa aku dengar, gadis bertudung putih, seingat aku lagu ni zaman karoke kat atas centre point klang tu, kawan aku selalu bawa. masa tu lagu versi live planet hollywood tu betul kata namanya tu hahaha... lagu2 lain tu ada juga aku dengar kat utube, kurang mengancam, sebab tu aku selalu skip juga cd ni. tapi bila dengar cd ni perghhh di punya sedap tu lain macam sound kebabomm dengan melodi yang padu mungkin ada kurang pada lagu slownya tapi layan jugalah, keseluruhan album ni aku suka dengar lagu2nya sound mantap beb, betul kata korang tak rugi belinya dan dijadikan koleksi cd2 rock lama.

k itu saja... 

Jumaat, 24 April 2015

MAY - WIRA CYBORG


Pertama sekali nak kata WOW utk sound kaset ni..kenapa wow memang terbaik lah bagi aku, lain juga penangannya album ni. dulu aku ingatkan ini kaset aku perna beli, rupanya yang aku perna beli tu album ediologi. dari situ aku rasa may selepas mus hambar,, rupanya aku silap, beberapa minggu lepas aku selalu dengar lagu2 rock melayu kat utube. album ni ada juga aku baca kat blog berteromber. tak sangka pula soundnya macam begini. masa dengar kat utube tu aku tekan wira cyborg, memang terbaik nye sound. fuhhh dengar sampai habis memang layan, terus layan semua lagu2 dalam album ni. terhibur aku beb.

lepas tu kan kalau sudah aku terdengar album yang aku rasa bagus. aku akan listkan kalau terjumpa memang akan di usahakan dan disambar jika ianya dalam bajet. kan hari tu aku ada pergi kl, ini adalah hasil kedua yang aku beli. harganya rm15 je. klu mengikut apa yang aku tahu, kaset2 ni harga pasarannya rm50. untunglah kan dapat harga macam tu, walaupun masa hari aku beli tu tali kasetnya agak berkulat. bila aku lihat keadaannya mmg kulat boleh tanggal. beli sajalah. lepas saja sampai dirumah, aku bersihkankan. memang tanggal kekotoran warna putih kat tali kaset ni., sebelum play aku pastikan ianya selamat dari kekotoran. sound boleh tahan masih segar. lepas saja habis kedua belah side kaset ni, tali akhir terputus, hurmm kecewa, bila aku bedah, wow pecah lah gulungan dia warna hitam tu. aku terpaksa tukar, nasiblah aku banyak stok benda tu. jadi kerja pun makin mudah, cuma nak pasang tali tu ngan benda putih kecil tu agak payah nak masuk. apapun aku berjaya pasang hahaha.

keseluruhan kaset album ni memang terbaik soundnya, lagu2nya best, terfikir juga aku suara yanzen ngan muzik may, bertembung begitu asyik sekali., soundnya heavy giler lah. tak cam album2 rock yang aku dengar. ni 1st juga dapat album malay sound macam ni, terbaik kebabom dia punya feeling tu. rasanya itu sajalah ceritanya. nanti last cd hasil dari rds tempoh hari aku akan taip juga. haha. lagi satu sabtu ni ada gig. kat penylane.. hurmm 

Jumaat, 27 Jun 2014

MAY - HAKIKAT

SPECIal edition katanya hehe.. (C) 2003, album terbaik rock melayu diantaranya adalah album hakikat ni bagi akulah.. kalau nak diceritakan, pertama kali dengar album ni, masa tu ngan kawan2 sebaya dekat kg aku dulu, ntah cemana mereka boleh dapat album hakikat versi kaset masa tu, mungkin salah seorang dari rakan kami ni kot, abang dia punya,  mengingat kembali ke masa lalu ku cehhh.. album hakikat ni boleh kata tak payah tgk lirik pun aku dah boleh hafal dah semua lagu2nya, dulu masa kanak2 aku lah yg jadi vokalis geng2 melepak aku, bukan remaja k, tapi kanak2 belasan tahun kot wahahaa... banyak betul kenangan album ni kalau aku ingat balik,, kami berenam masa tu, yang tinggal sekarang kami berdua saja kat kl ni, yang lain2 masih kat kampung huhu.. apadahhh aku cerita bukan pasal cd ni pula.. hohoho.. oklahh album ni special sebabnya ada 4 lagu tambahan dipetik dari album juara2 rockk.. sebab tu kali dikatanya special.... dipendekkan cerita album ni aku perna ada versi kaset warna putih lagi.. aku p trade, disebabkan nak jadi true black metal buang semua kaset2 rockk yehaaaaa.... rupanya menjadi true itu amat merugikan...  itu sajalah album ni memang layan tiada satu pun lagu yang tak best, tak kira lah heavy lagu melelehnya... semuanya i like ittt aha aha...

Isnin, 3 Mac 2014

MAY - 25th ANNIVERSARY

discography limited edition MAY 25th anniversary..

aku dapat tahu rilisan ni dari blog ku di halaman rindu bila aku terbaca dan terlihat,memang aku terus tertarik,sebabnya jarang2 band rock malaysia yang buat buku cerita sendiri mengenai perjalan band.

nak dijadikan cerita,hari sabtu lepas aku plan nak ke kuala lumpur mencari cd2 cromok dan sewaktu dengannya.masa aku berada di lebuh raya menuju kuala lumpur,aku lihat kereta memang slow dihadapan dan berderet sejauh mata memandang,terpaksa aku ubah haluan dan masuk susur ke bandar shah alam,tak jadi aku nak ke kL huhu.

sampai kat bandar shah alam aku terus masuk alam central,mencari cd2 kat sana,hampa juga tak ada yang menarik perhatian.aku teruskan ke pkns..dekat satu kedai menjual cd ni aku terlihat cd iron maiden a matter of life and death,dah lama juga aku cari cd ni,bila aku terlihat may 25th ni aku terus angkat dan bayar. dalam kepala aku rasanya aku harus beli ni sebab nak tahu juga cerita2 band may ni, lupa aku terus nak beli cd,bajet pun terhad dan aku terus balik selepas beli may 25th.dalam  perjalanan baru aku terfikir gig untuk esoknya..wahahaa... duit trun gig pun dah tepakai untuk ni.hmm tak apalah,lagipun lokasi gig memang susah nak cari,kalau kat area kl senang sikit,aku lupakan nak tengok gig.
harga aku bayar rm89.90 mak aii mahal gila,tak tau lah aku harga sebenarnya sebab aku tak terfikir pun akan membelinya,ianya secara kebetulan saja.lepas ni aku akan search harga untuk may 25th ni. sampai saja aku kat rumah aku terus buka,dan belek2 halaman lihat gambar2,tak baca lagi,aku terus pasang dvd,ohya ianya sesi interview dengan anggota band,menceritakan macam2 jugalah,ada diselitkan 2 video klip. menjadi milikmu dan darah perjuangan,lagu darah perjuangan ni memang heavy soundnya.

ini pula pendapat aku,untuk limited edition ni,ianya memang bagus juga untuk sesebuah band,tapi alangkah indahnya jika klip video lama2 may ni diselitkan sekali,lagi mantap rasanya.. untuk bukunya pula bagi aku tak sampai sejam baca dah habis,kira pengenalan tu agak ringkas dan padat juga. halaman yang banyak cerita pasal rakaman rilisan album dari juara2 rock 1,2,dan 3 hingga lah kealbum pertama dan yang terakhir ni. banyak juga info aku dapat dalam ni,rasanya tiga album awal may ni yang paling bagus,dari segi lagu memang sedap2 belaka. kalau jumpa versi cdnya nanti aku beli tiga album awal mereka ni.hehe.

dalam ni ada satu cd satu dvd satu buku,kira ok juga sebab album dalam ni lagu2 segar2 belaka,aku menyukainya.adakah patut terfikir pula aku nak lelong balik kat toko hahaha..namun aku berubah fikiran baik aku simpan benda ni,mana tahu akan menjadi rare suatu hari nanti boleh lah aku tayang2 dengan penuh riak hahahaahaha...

ok aku ada snap beberapa halaman dalam buku ni boleh lah lihat,banyak juga gambar2 klasik may dalam buku ni..hehe

halaman pertama ada dvd melekat kat siring buku
pembuka kata dari aziz votex from the east,atau wartawan utusan malaysia.
catatan sepanjang perjalanan 1986 - 2011


apa kena dengan pc ni,asyik gambar tunggang tebalik saja,okey ni saja yang dapat dikongsikan huhu...
lepas ni harap ada lah orang yang rilis ceta cromok dalam buku lagi mantap...hehehe