Isnin, 28 April 2014

XPDC - LIVE IN CONCERT 2014


konsert bersempena 25 tahun penubuhan xpdc,yang agak mengecewakan bagi aku, ini adalah 1st aku menyaksikan band ni beraksi, jadi aku mengharapkan lebih dari mereka pada malam tu, namun apa yang berlaku tak seperti apa yang aku bayangkan, sepatutnya konsert ni akan menjadi konsert yang paling gempak bagi aku,namun ianya tidak memberi kepuasan langsung, dan buat aku terfikir pelaburan aku untuk ke konsert ni sia2 saja. apakan daya nasi dah jadi bubur, aku tak salahkan xpdc 100%, atas kehambaran konsert ni,


aku gerak dari klang 7pm, bersama 4 orang rakan, memandu ke sepang internasional circut, rasanya sejam lebih perjalanan diambil untuk kesana, sampai kaki aku sakit, mungkin sebab dah berapa bulan tak jalan jauh, sampai ke sepang, jam 8 lebih macam tu, sempat juga aku terfikir, mungkin kami datang ni show dah bermula, tak banyak juga kelihatan, peminat kat depan pintu, dan kereta pun tak sesak sangat masih banyak paking, lokasi ni bagi aku memang sesuai untuk mengadakan konsert, sebab senang nak cari paking, duit untuk paking pun rm10 sekali masuk.


semasa berada diluar menunggu kereta kawan lagi, kami sempat melepak kat depan pintu, aku tertanya2 juga, kenapa tak masuk, namun aku diamkan, sebab rakan2 masih menunggu rakan yang belum sampai, kedengaran juga sound berkumandang dalam tu, jam 9 macam tu kami masuk, lepas saja tiket kena scan dan dibenarkan masuk, perasaan gundah gelana terus hilang, sebabnya kejap lagi bakal menyaksikan band lagenda main buat pertama kalinya. rock n brutal...!!



dalam perjalan menuju,ke stage, kelihatan peminat yang agak mengejutkan aku, aku ingatkan paling kurang pun 10k, apa yang aku lihat malam tu, lebih kurang 2k macam tu, rasanya tak patut band sebesar xpdc ni mendapat kehadiran peminat macam tu, kebanyakan peminat sedang duduk bersila dihadapan stage,dan ada juga yang duduk ditepi, bila sound man ni memainkan irama tecno, macam tak ngam pula, ditambah bunyi bising lumba kereta kat sebelah pagar,punyalah membingitkan telinga, kepala aku naik sakit juga dibuatnya.

menanti sesuatu yang tak pasti rasanya jam dah masuk 10 malam, masih tak kelihatan juga xpdc, maka banyaklah peminat2 ni yang menjerit memekik memaki hamun, namun tiada juga xpdc, seolah2 konsert ni bakal dibatalkan, siksa juga menanti bila dalam flyer tertulis konsert bermula 8.45pm sudah lewat dari masa yang sebenar, agak mengecewakan.

jam10 lebih baru kelihatan mc diatas pentas menenangkan peminat, dan mc ni mendapat makian dari kebanyakan peminat,lepas tu baru kelihatan 3 kereta masuk dan terus menuju belakang stage, bercerita pasal stage nya memang cikai sangat, tak ada cover belakang nampak lori kat belakang tu puiik.. lepas tu baru lah sound man ada otak sikit, pasang lagu metallica enter sandman dan sad but true, ada enjoy sikit lah, jika dari tadi dia buat macam ni kan best juga, ni pasang lagu clubbing, ingat yang datang ni kaki clubbing kah!!, sound man suck.


jam 10 lebih dah masuk jam 11 dah, baru kelihatan ahli xpdc,kat atas pentas, yang aku kenal cuma izo saja, bass nya aku tak kenal, dan juga ada gitaris muda, yang membantu,drumer pula bukan amy, lepas tu mereka memainkan instrumental 3 lagu, amy dan mael belum kelihatan diatas pentas, rasanya 3 instrumental ni final sound chek kali, buang masa dan agak membosankan, rasanya kalau terus mainkan lagu2 dapat lah juga merasa enjoy,.

jam 11 baru lah amy masuk dan peminat yang hadir memanggil2 namanya, kalau tadi peminat banyak memaki, kali ni mereka sudah rasa teruja, namun ada juga segenlintir yang sudah panas sambil menjerit nak kan show dimulakan terus, bila saja mael naik kepentas, dan dimulakan dengan lagu ntah apa apa ntah memang total bomm.. rasanya inilah xpdc, tahun 2000 ramai orang serebuh, macam tu lah liriknya, aku pun turut sama menyanyi, dan semestinya headbanging, haha, kami yang 12 orang lebih banging bersama, lepas saja lagu tadi lagu heavy lagi dorang bawa, lupa aku tajuknya rasanya lagu ni dari timur barat, tak pun brutal, sebab dua album ni aku dah selalu dengar, (henpon aku habis bateri masa ni,tak sempat nak taip nota2 penting,apa yang aku taip sekarang ni mengikut pengalaman terus semalam) 3 lagu heavy tak pun 2, lepas tu baru lah mael berbicara, dan peminat menjerit2 nak kan lagu taknak dah cakap2, dah lewat sangat dah, masa pun terhad saja, show ni akan berakhir jam 12 sebab permit memang macam tu rasanya.

lepas saja mael berbicara, mereka membawakan lagu2 slowrock mereka, di medleykan agak tak patut baru saja bermula sudah dihidangkan dengan lagu berentak slow yang di sambung2. untuk lagu heavy tadi aku memang tak peduli sangat pasal vokal mael ni, namun bila dah lagu slow, baru lah aku percaya yang mael tak sesuai nyanyi live, kelauuut dia punya suara, bila lagu hentian ini cinta kenangan silam didendangkan aku agak terhibur juga, walaupun suara vokalis memang timbul tenggelam, nasiblah alunan melodinya menusuk ke kalbu. jadi layan.

bila lagu medley habis, aku dan rakan2 yang lain nak kan lagu selendang merdeka, atau lagu heavy yang lain, namun tidak menjadi, mereka membawakan lagu2 yang tak malar segar untuk fan yang follow mereka alah kadar, disebabkan sound yang heavy banging saja lah janji enjoy. lagu apa nak dikata, di tepi pantai ada juga mereka bawa, memang menghiburkan sekali lagi walaupun suara mael tak sedap huhuhu tetap enjoy.

dalam enjoy tadi tiba2 mael cakap, show ni memang kalau boleh dah dibatalkan, demi peminat mereka yang hadir mereka tak sanggup mengecewakan peminat mereka,jika benarlah cakap mael dorang tak dibayar oleh orgenizer show untuk konsert ni memang sesuatu yang amat tak patut,kemungkinan rugi besar kot, macam tak percaya juga, band xpdc dan masuk lagend macam ni deal ngan organizer yang tak berpengalaman, buka mata lah sebelum buat deal ka, ni tengok apa dah jadi, dah macam tengok kat fun fair pun ada, tak meriah langsung.

bila mael cakap masa sudah diberhentikan untuk show ni, agak hambar juga, ada yang kata mereka akan bawa 30 lagu, tapi tak sampai 10 lagu dah masuk lagu penutupan, hadoiii.. dah lah menanti punya lama dapat dengar 12 lagu saja macam tu, memang agak mengecewakan, masa sudah jam 12 lebih rasanya, jadi mereka terpaksa memberi 3 lagu untuk penutupan, lagu terakhir tu, aku lupa lah tajuknya, heavy juga muziknya bila dah dicakap lagu terakhir, maka kaos lah dengan moshing dari budak2 metalhead hahaha melepaskan kemarahan mereka dengan lagu terakhir ni, aku lihat izo macam tak dah mood dah nak petik gitar, lepas saja lagu tu terus habis dan tak banyak kata mereka lemparkan mungkin terlalu hampa dengan konsert ni, mael pun terus turun stage, pergggh banyak kekecewaan dari kenangan manis menyaksikan konsert ni.

jika dikatakan show ni berjaya, rasanya tak, sebab bagi aku ini show sudah gagal, tiada kepuasan, main agak lambat, lagu 11 ke 12 saja rasanya itu pun dimedleykan, peminat yang hadir tak memberangsangkan, mungkin pemilihan lokasi yang agak jauh jaraknya, kan elok buat saja kat kl, buat dalam stadium tertutup ke, ni open air, sound pun tak siuk sangat, kalau lagu heavy semuanya ok lah, walaupun vokal hancur tetap layan.

aku balik pun dah malas dah nak bawa kereta, sempat lah bergambar2 ngan, kawan, untuk bro deaf, aku minta maaf sebab tak dapat tape satu lagu, ada aku tape setengah lagu guna henpon kawan, tangan aku lenguh, sampai dua minit,.. nanti lah aku tanya rakan aku kalau dia ada rakam video, nanti kalau ada aku bagi masuk youtube,

 sampai saja aku kat rumah dah nak jam 3 pagi, dah lah tak ada air memang parah bertambah2..  tamat

19 ulasan:

  1. Ohh.. begini ceritanya... btw, liputan yang jujur dari seorang peminat muzik metal/rock..

    BalasPadam
  2. Sedihnye aku baca... macam kena main2 lak xpdc ni. Mungkin gitaris belia tu anak izo. With all due respect, xpdc lineup brutal mahupun v6 punye album2 dan lagu2 sedap. Sedih jadi macam gini.

    BalasPadam
  3. Mungkin XPDC dah tak boleh tarik crowd macam dulu2...tambah sedih bila benda2 macam ni berlaku...

    BalasPadam
  4. dah la penat, konsert tak best, balik rumah takde air pulak ye... hmmm parah2..

    BalasPadam
  5. "sound pun tak siuk sangat"

    hahahaa~ ayat

    BalasPadam
  6. terkedu jugak bila baca ayat "show ni memang kalau boleh dah dibatalkan, demi peminat mereka yang hadir mereka tak sanggup mengecewakan mereka"...

    BalasPadam
  7. lepas Kreator...XPDC pula..hahaha apalah nasib muzik metal di Semenanjung Malaysia.

    BalasPadam
  8. Letih menunggu sampai 3 jam tu..tapi organizer memang tak patut la buat mcm tu..mentang2 xpdc selalu main kat funfair,bayaran pun dia nak main cincai je..band ni dah tahap legend dah

    BalasPadam
  9. Kesian2..tkena lagi dengan "penganjur yang hanya pikir duit smata".

    BalasPadam
  10. Masa konsert ni sedang berlangsung, aku kat rumah trfikir jugak..

    "Sekarang ni mesti XPDC tengah mengegarkan pentas kat Litar Sepang". Mmm...sayangnya aku xdapat pergi sb keta hantar bengkel.

    Tp bila aku baca tulisan ni, memang AGAK MENGECEWAKAN AKU, KERANA XPDC DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN.

    BalasPadam
  11. Terima kasih "uvianhell696.blogspot.com" kerana menulis tentang XPDC Live in Concert at Litar Sepang 26 April 2014. Dapat juga aku tahu tentang konsert tu..walaupn xde liputan kat TV (media hiburan Malaysia).

    "Amat mengecewakan aku, apabila kumpulan XPDC yang berseni ini diperlakukan sedemikian".

    BalasPadam
  12. "Jika aku berpeluang menjadi penganjur, konsert khas akan aku anjurkan untuk mu XPDC. Akan aku sediakan pentas, sound system yang pergh sangat siot, dan akan aku promosikan mu dengan liputan media untuk memaklumkan kepada peminat mu yang memang masih ramai menantikan aksi slow rock ballad metal mu di pentas. Akan aku carikan lebih ramai manusia yang ikhlas bekerja bukan kerana raja kertas semata-mata’.

    “Hentian Ini ramai yang mengaku Kita Peng-Yu, tapi sebenarnya Haprak, Bahalol dan Ntahapahapantah. Berjanji Ntahye Ntahtidak, rupanya Pelesit Mata Sebelah. Dalam mengharungi Titian Perjalanan, XPDC perlukan Semangat Perjuangan Harmoni, hati yang Cekal bagi menghadapi Talam Dua Muka yang gilakan Raja Kertas. Aku Masih Di Sini, menulis sedikit Curahan Rasa tentang Rasa sentuhan XPDC”.

    BalasPadam