Jumaat, 25 April 2014

ESOK KE KONSERT XPDC 2014

cerita hari jumaat,dan salam jumaat buat rakan2 blogger sekalian,, haha aku nak cerita pasal hari ni lah, bulan lepas aku ada terfikir nak turun kreator atau xpdc, fikiran aku berkecamuk juga dibuatnya, lepas tu aku buat keputusan, aku tak turun dua2, senang, 

hoye...semalam, kawan mesej aku, katanya nak tiket presale xpdc ke, aku apalagi, on sajalah, suruh dia bayar dulu tu tiket, time konsert nanti aku bayar balik, hohoho// aku nak pergi ke konsert xpdc lah, macam tak percaya lagi ni, namun pagi ni aku ada tanya dia, jam berapa gerak esok, katanya jam 6, hehe dan menguatkan lagi, dia dah ada 9 tiket huhu...

last sekali, harapnya esok macam dirancanglah, dapat tengok band xpdc, buat pertama kalinya, hehe, kalau tak jadi pun tak apa, ni bukan band pujaan hati, dengar alah kadar saja, sebab lagu xpdc malar segar dan lagu jiwangnya tahap menusuk kekalbu, dan paling best lagu2 nya senang nak bawa karaoke.

malam ni aku nak dengar dua album xpdc yang ada dalam koleksi timur barat dan brutal harapnya ada lah lagu2 dalam 2 album ni mereka persembahkan,dapat lah nyanyi bersama 

oh oh sukarnya aku mengerti hidup penuh ranjau duri
pilu rasa dihati
oo oh
bila kah datang menjelma kedamaian
la la la..

itu saja yang aku ingat,lagu ni aku selalu nyanyi bila aku dilanda masalah hehe

dengar kata mereka nak bawa 30 lagu malam tu dan ada lagu cover dari metallica,macm best jer!!
tamat.....

9 ulasan:

  1. Mael ni tak kisahlah kalau live dia kelaut ke apa...tapi aku tetap suka...

    tunggu ko punya review ajer la...

    BalasPadam
  2. zaman funfair dulu2, opening & closing (encore) song musti 2-3 lagu metalika..

    BalasPadam
    Balasan
    1. esok bakal sejarah dalam hdp ku,sebab 1st aku akan tgk band ni depan mata... kalau jadi pergi,sebab pre sale kami ni ada diskaun...

      Padam
    2. aku konsert dia tak penah pegi, tapi funfair banyak kali sangat dah... mael punya vocal memang ke laut suara dia tak sama langsung macam dalam kaset or CD.... hahahaha anyway, memang layan habis itu jam...

      Padam
  3. Ini pun kena banned.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana mungkin.. yang ni band mesia lah.. lagu2 pun malar kluar radio...

      Padam
  4. bro boleh tape tak?
    antara kenangan manis aku sebagai peminat lagu2 XPDC ialah..
    kat Singapore
    SEARCH KENA JADI OPENER, WARM AUDIENCE LA KIRA UNTUK DORANG!!!!! HAHAHA.
    Dan malam tu, XPDC like Ali said, satu kampung turun!!.
    They split up 1 jam, lineup V6
    Lepas tu terus Amy dan Zuar takeover warm up
    terus lagi satu 1 jam, lineup Brutal.
    Then ramai2 masuk balik unplugged (except for zuar), for another 30 minits.
    One of the best show ever kat Indoor Stadium Singapore.

    And to have XPDC play that type of incredible show kat sama tempat Metallica main satu masa dahulu, dan segala tok nenek band rock pun main kat situ, is amazing!!
    Aku tape satu show, aku upload satu show kat youtube, memang Ali live is so superior.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti aku usahakan tape utk kamu nanti...

      Padam