Khamis, 3 April 2014

CROMOK - IMAGE OF PURITY

image of purity
hehehe.....akhirnya dapat juga aku miliki kaset ni,setelah hampir berbulan deal ngan rakan fb,dah ku iklankan cari kaset ni,tanya orang2 lama2,mereka upload pic,kasih tag sama aku,bila aku tanya harga berapa,dorang diam2,kompom mau kasih nangis hati aku,namun aku sabar,berkat kesabaran dan usaha yang tak putus2,serta rancangan membalas mesej2 nak mengelak,akhirnya sekali lagi aku berjaya.....yessss!!!

kaset ni adala kaset terakhir yang aku cari untuk band cromok ni,dan ini adalah pelengkap untuk koleksi aku,walaupun ada satu kurang,demo mereka kat australia tu,yang tu memang dimalaysia ni hanya satu saja aku tengok,ada kat blog krenmaut.,aku tak harapkan kaset tu,sebab bagi aku mustahil nak dapat benda yang sudah nyata mustahil..tapi kata search dalam lagu album karisma,tiada yang mustahil biarpun melastik kebintang..dengarkan teman jeritan sanubari ku semoga bangkit kembali...piwiiittt!!!

oh...untuk deal kaset ni memulanya dia upload dalam satu grup koleksi kaset lah,dalam fb,aku saja ja bagi komen andai kaset ni dia sudi lepaskan,tolong inform kat aku,dia pun balas dia cakap dia memang ada hajat nak tolak,dan dia rela nak tolak kat aku,apa lagi aku yang tengah teruja terus inbox dia,cakap rm berapa dia nak tolak,dia jawap rm7 ok ke katanya,aku macam kompius pula,rm7 ke rm70,hmmm bila dia kasih terang barulah aku yakin rm7,makanya aku kata kat dia ni,aku banyar rm20 lah,hantar poslaju,tiba2 dia cakap rm20 tu mahal sangat.. aku pun ikut dia saja lah, rm10..pastu senyap...

hari berganti hari,aku pi tagih juga,pastu dia cerita pula dia dah jual kat orang lain,hadoiii..lepas tu dia jawap lagi jangan risau dia ada simpan satu untuk aku,bersemangat aku balik dengar ayat tu,banyak juga lah masa2 berlalu,deal kaset ni,sehinggalah dia tag aku gambar kaset ni ngan kertas lukisan tu,katanya dia akan pos sekali,aku pun ianyakan saja,,minta acc bank dia pun dia tak bagi katanya dia nak hantar dulu,duit nanti kemudianlah. aku on sambil jig dengan dia kaw2 punya...

dipendekkan cerita,masa aku deman,kat rumah hari jumaat,jumaat aku cuti,biasa 4 hari seminggu ja keja,deman tahap sejuk gila2 ni,rasa cam kat dalam peti ais.menggigil seluruh badan,pastu orang umah pas bungkusan ni,pergh!! dalam hati aku,pelik juga,duit aku belum bayar dia dah hantar barang,tak apalah aku pun dah minta kat dia tapi dia tak nak,dan barang dah ada dalam tangan aku sudah..namun begitu aku belum mampu untuk mendengar sekadar menatap saja,aku letakkan dan sambung balik melayan deman tadi,(deman ni agak teruk sampai 3 hari aku bertarung,makan pun tak lalu,rasa air putih pun aku dah tak boleh rasa) ada 2 bungkusan datang hari yang sama,satu pos daftar..

bila dah aku beransur pulih dari deman yang hampir meragut nyawa ku tadi,aku pun dengar2 lah kaset ni,memang masih ok,lihat saja gambar tu,kecuali kotak kaset tu,yang nampak usang,inlay dia masih bekilat,macam baru,dan aku amat berpuas hati dengan kaset ni,rasanya ni 1press kali,ada satu kaset macam ni yang di tag kat aku tapi tulisan kat cover kaset tu bukan logo cromok,tulisan biasa saja,tapi untuk kaset ni logo cromok,ataukah ini 2nd pres,kalau 1 pres mesti warna putih kasetnya kan era tu rilis kaset musti kaset putih,tapi aku belum perna nampak pula kaset ni warna putih,lainlah demo kat austalia tu....

lagi bertambah menarik,dia sertakan lukisan tu,sebijik cam diprint dari gambar tu,tapi dia tulis ngan tangan,salute aku,respek beb...aku nak beli kan frame tu aku nak letak kat meja,senang lah aku tatap nanti..hahaha.. untuk sahabat yang melepaskan kaset ni untuk aku,aku ucapkan billion thanks untuk kamu,aku akan ingat sampai bila2 orang yang beri aku kaset ni... duit kaset ni dia tak nak dia nak trade ngan barang pula hahahahah layan....DN

11 ulasan:

  1. mat pih shredder? membe aku budak dungun.memang power melukis dia ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dari dialah aku dapat kaset ni.. dia tak nak duit pula,aku nanti hantar kat dia cd black metal us...

      Padam
  2. Dah complete la diskografi cromok ya bro?

    BalasPadam
  3. wow...berjaya juga akhirnya...tahniah!

    BalasPadam
  4. ada peminat muzik, dorang takkan ambik duit, pasal takde nilai duit kalau dah sama2 minat sesuatu..
    selalu dorang trade ngan cd lain ke hapa ke..
    atau kasi2 gitu je sebagai hadiah...
    kalau zaman dulu bootlegs nye zaman sebelum ada internet, kerja giler mintak ganti ngan cdr kosong haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah aku heran juga.. senin nanti aku postkan dia cd pula.. sama2 puas haha

      Padam
  5. Wujud lg kaset ni bro? Rasanya tdk akan dijual & klu dijual pun harga tdk mampu milik. Minta tolong dubbing boleh...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih ada dlm simpanan kaset ni. aku tak ada player double deck bro utk dubbing

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam