Isnin, 7 April 2014

TARANTULAH - WAR BRUTALITY

tarantulah - war brutality
melihat nama band ni agak kompius juga kan,namun jangan disalah tafsir pula, band ni berasal dari kuala lumpur,memainkan irama punk dan dicampurkan sedikit elemen metal. dan ini adalah demo kedua dari mereka,demo ni mengandungi 6 lagu yang begitu berat untuk didengar,haha.. lagu pertama war brutality memang cukup brutal,brutal kearah sound punk yang raw,aku cukup kagum dengan susunan lagu ni, ini bukan tarantulah yang aku dengar dalam demo pertama mereka dulu,muzik untuk demo ni cukup bagus dari segi lagu2 sound produksinya pun menepati apa yang aku harapkan,lagu kedua apa erti kita kawan,lagu ni memang layan,lagi hebat dari lagu pertama tadi,intro saja kau ni kawan jenis apa nak berkira dengan aku..hahaha..seperti aku cakap rentak lagu ni memang layan,mungkin kalau lagu ni dibawah secara live,kompom chaos dengan pelanggaran sesama sendiri. demokrasi itu dusta,lagu ketiga,dimulakan dengan intro dipetik dari filem tiga abdul,adengan semasa pembahagian harta selepas ayah mereka meninggal.. lagu ni seperti 2 lagu diatas tadi, lagu ni pun sama juga dengan irama punk yang menberontak,aku rasa lagu2 tarantulah ni memang ngam dipersembahkan secara live,terasa pula aku nak moshing bila mendengar lagu2 mereka ni,selepas lagu ni mereka meneruskan dengan lagu provakasi itu dusta. dan disambung dengan lagu hellbangers,tribute untuk budak2 klhellbangers,dan juga semualah hellbangers kat muka bumi ni.dan diakhiri dengan lagu mati hidup semula,dengan lagu terakhir ni,aku rumuskan demo ni memang terbaik dari tarantulah,tidak rugi pelaburan aku untuk support band ni,jika sesapa yang inginkan cd ni bleh berhubung dengan mereka,harga untuk cd ni rm15 siap poslaju.. dan untuk tarantulah teruskan perjuangan,satu lagi aku harap demo ni harapnya diriliskan semula dalam format kaset,sebab bagi aku sound macam ni akan menyerlah kalau dalam format kaset hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan