Jumaat, 4 April 2014

RATOR - EVIL SYMPHONY

rator
akhirnya aku dapat memilikinya juga,lagu2 demo asal rator diriliskan semula dalam format asal,selepas label afterlife meriliskannya dalam format 7 inci (boleh dibaca disini).ini adalah kaset yang ku impikan suatu masa lalu,mungkin dulu perna terlintas dalam fikiran aku tak kan mungkin merasa demo kult ni dalam format asalnya,bila mana yang memiliki kaset asal demo ni tak ingin melepaskan dari koleksi mereka,tapi sekarang aku dah genggam dan  mendengarnya HAHAHA, macam tak percaya juga,mega salute untuk label dari sabah ni bomberhead,kerna meriliskan semula demo klasik ni..

kaset ni diriliskan semula terhad 300 pcs dan aku punya bernombor 038.kalau tampa bantuan kawan dari sabah mungkin susah juga aku nak dapatkan kaset ni,nasiblah dia tolong,aku dah kontek label yang rilis ni kaset,namun mesej aku tak dibalas hmmmm,terima kasih lah untuk rakan dari sabah ni,tampa mu payah lagi lah aku nak dapat kaset ni.

ada 4 lagu dalam kaset ni sepertimana  kaset yang asal,lagu dalam kaset ni total raw,dan keasliannya masih kedengaran dengan kuat,mungkin juga lagu dalam 7 inci tu macam ni soundnya hehe, 4 lagu ni memang cepat habis kena ulang beberapa kali baru kepuasan dapat aku rasakan..mungkin soundnya agak raw namun bila didengar dengan dibaca lirik lagunya barulah dapat difahami apa yang disebut oleh vokalis aaaaargh!

lepas ni aku nak beli seketul lagi lah nak simpan buat koleksi lebih,seronok pula aku menatap lama2 kaset ni haha..ada tertulis kat tape ni,this tape is for rator maniacs only if you not,dont try to get one.. sama juga tulisan ni kat 7 inci tu.. okey lah tu jelah aku bleh cetakan tentang kaset ni,terus terang aku betul2 gembira dengan kaset ni,seolah2 aku berada dalam era kegemilangan rator suatu masa lalu,bila mendengar kaset ni... total klasik betul... hail rator..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan