mystikult |
pembunuh bersiri is back,album baru au revoir - mystikult yang ni
mengandungi 9 lagu, ceta dulu lah cemana aku dapat kaset ni,sebenarnya
begini,masa ianya rilis bulan lepas,time kemarau pula aku huhu,namun aku memang
set hujung bulan memang nak sambar satu kaset ni,hari tu memang dah ada masuk
sikit dan plan memang nak g bank in duit tapi,aku jatuh deman,sampai
esoknya,bungkusan ni orang umah pas time2 aku tengah deman tadi,lalu
terkejut,aikk dalam hati aku,aku belum bank in duit lagi ni,napa pula dia send kaset
ni,bila aku buka ada satu nota beb..dalam nota tu dia bagitau aku yang ni
hadiah buat aku,tanda penghargaan,terharu aku beb,dan deman aku serentak
down,dan aku terus pasang kaset ni. beberapa kali juga lah aku dengar album
ni,sehingga deman aku surut selepas tiga hari baru lah aku ada mood nak
menaip..
kaset ni dimulakan dengan lagu djinn:the shadows beside you,lagu ni
dimulakan dengan alunan lembut dan disambung terus ngan hentakan drum dan
disatukan dengan bunyian gitar,dipertengahan lagu ni,mula lah kedengaran solo2
berapi,dari gitaris baru au revoir zizie row,lagu pembukaan untuk kaset ni yang
mula membawa aku untuk terus mendengar lagu seterusnya, lagu kedua pula
fullmoon rage,lagu ni, hampir sama dengan lagu pertama cuma,dari segi vokal
agak jahat,kita terus kelagu ketiga,slow lagu ni,tak macam dua lagu tadi,lagu
ni terasa kesuraman tu,the dance of the black widow lagu keempat,rentak lagu ni
memang feel dan lirik dia memang menusuk..dan lagu terakhir untuk side one,mona
dan musa,akhirnya lirik berbahasa melayu berkumandang,lagu ni amat
menarik,dengan suara kedua tu pergh!!..
side two,dimulakan dengan alunan intro,judulnya ni Ain,dan bersambung terus
dengan lagu,lovely bones,yang ni memang betul2 jahat,dengan rantak yang terus
buat aku mengoyang kepala tampa dipaksa,rentaknya memang asik....aku suka lagu
ni haha.. seperti lagu2 di side one tadi,album ni dipenuhi dengan solo2 berapi
zizie row,salute.. menambahkan lagi keasikan lagu2 au revoir,selepas lagu ni
lagu dari single kubunuhmu 2012,dengan tajuk yang sama kubunuhmu,lagu berbahasa
melayu kedua dalam album ni, lagu ni memang terus melekat,lirik senang nak
hadam,dan terus sing along dengan lagu ni, dekat part kubunuhmu tu memang
menarik,kubunuhmu...!!!kubenammu..!!!dan lagu terakhir untuk album ni khusyuk
kematian,lagu yang menarik untuk aku mengulanginya semula,dan lagi lagi...
kesimpulan ringkas bagi aku album ni antara yang terbaik untuk 2014 ni,tak
payah aku nak susah2 hadam lagu2nya,play saja terus masuk dan menikmati alunan
au revoir,aku ni bukan lah pendengar yang bagus tapi aku tahu apa yang bagus
untuk aku dengar,dan au revoir memang layak dapat pujian dan support,sebab band
ni memang unik dengan karya yang mendalam maksudnya,jangan kata pula mentang2
lah aku dapat free copy aku puji melangit band ni,kalau tak percaya traylah
dengar album baru ni,kalau kamu tak rasa apa yang aku rasa mungkin selera muzik
kita berbeza hahaha.. dan disini aku ingin ambil kesempatan buat saudara
raimi,terima kasih atas kaset ni,dan aku amat menghargainya....teruskan
karya au revoir..total support!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan