Memaparkan catatan dengan label Au revoir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Au revoir. Papar semua catatan

Khamis, 4 Jun 2015

BAJU - PEDAL TO THE METAL

Bungkusan berisi baju ni mendarat semalam.. aku dah order awal2 sebelum baju ni siap. berminat sangat aku dengan kisah perjuangan saudara raimi, yang berkayuh menaiki basikal utk ke lokasi yang dia tuju. boleh baca sini dia punya cerita > SINI < mungkin kalau aku dekat ngan tempat dia ni aku akan ikut sekali berbasikal, apakan daya tempat aku ni jauh geng.. jadi utk tanda support aku pada aktiviti pedal to the metal ni, aku beli baju ni, boleh lah aku promosi sekali bila pakai kan.. hehe.. ohya bungkusan disertakan dengan apa tu pelekat kad ke ahlian.. boleh gantung kat cermin belakang kereta, aku dah gantung pagi tadi hehe...


selesa kain baju ni, pastu ada nama kat tepi ni jahit sulam..kat tepi baju.. mantap


belakang baju ni pula macam gambar kat atas ni.. boleh pakai kat kg nanti hehehe musti rare... ohya aku tertarik ngan pemberian stiker kat dalam bungkusan aku ni. lihat gambar bawa ni.


sedikit cerita tentang au revoir -  lihat tu dah 10 tahun band ni, masa mula2 aku kenal ni band baca kat majalah karisma, masa tu tak pandai guna internet lagi, berharap pada majalah2 saja. dari dulu lagi band ni aku memang rasakan ada sesuatu magnet minat, lepas ber internet baru lah aku dapat kontek dan dapat memiliki cd2 nya.. menantikan buah tangan terbaru dari au revoir ni., harap2 lah ada sesuatu rilisan utk menyambut ulang tahun ke 10 ni. kompilasi pun ok juga kan... itu je.. aku nantikan yang terbaru dari au revoir... yey.

untuk tempahan baju boleh kontek > sini <

Rabu, 9 April 2014

AU REVOIR - MYSTIKULT

cd au revoir,walaupun aku dapat free kasetnya namun aku mahu juga memiliki cdnya sekali buat koleksi lebih..harga cd ni rm20 temasuk kos penghantarannya sekali,dan dapat free cd kompilasi,stiker,dan seperti dalam gambar haha.. au revoir ni antara band yang aku follow selepas saja aku mendengar album mereka,sekarang ni apa saja yang band ni riliskan aku akan support, tak banyak nak dicetakan tentang bungkusan ni,untuk sound dan lagu bleh cek kat post yang lepas haha..

Selasa, 1 April 2014

AU REVOIR - MYSTIKULT

mystikult
pembunuh bersiri is back,album baru au revoir - mystikult yang ni mengandungi 9 lagu, ceta dulu lah cemana aku dapat kaset ni,sebenarnya begini,masa ianya rilis bulan lepas,time kemarau pula aku huhu,namun aku memang set hujung bulan memang nak sambar satu kaset ni,hari tu memang dah ada masuk sikit dan plan memang nak g bank in duit tapi,aku jatuh deman,sampai esoknya,bungkusan ni orang umah pas time2 aku tengah deman tadi,lalu terkejut,aikk dalam hati aku,aku belum bank in duit lagi ni,napa pula dia send kaset ni,bila aku buka ada satu nota beb..dalam nota tu dia bagitau aku yang ni hadiah buat aku,tanda penghargaan,terharu aku beb,dan deman aku serentak down,dan aku terus pasang kaset ni. beberapa kali juga lah aku dengar album ni,sehingga deman aku surut selepas tiga hari baru lah aku ada mood nak menaip..

kaset ni dimulakan dengan lagu djinn:the shadows beside you,lagu ni dimulakan dengan alunan lembut dan disambung terus ngan hentakan drum dan disatukan dengan bunyian gitar,dipertengahan lagu ni,mula lah kedengaran solo2 berapi,dari gitaris baru au revoir zizie row,lagu pembukaan untuk kaset ni yang mula membawa aku untuk terus mendengar lagu seterusnya, lagu kedua pula fullmoon rage,lagu ni, hampir sama dengan lagu pertama cuma,dari segi vokal agak jahat,kita terus kelagu ketiga,slow lagu ni,tak macam dua lagu tadi,lagu ni terasa kesuraman tu,the dance of the black widow lagu keempat,rentak lagu ni memang feel dan lirik dia memang menusuk..dan lagu terakhir untuk side one,mona dan musa,akhirnya lirik berbahasa melayu berkumandang,lagu ni amat menarik,dengan suara kedua tu pergh!!..

side two,dimulakan dengan alunan intro,judulnya ni Ain,dan bersambung terus dengan lagu,lovely bones,yang ni memang betul2 jahat,dengan rantak yang terus buat aku mengoyang kepala tampa dipaksa,rentaknya memang asik....aku suka lagu ni haha.. seperti lagu2 di side one tadi,album ni dipenuhi dengan solo2 berapi zizie row,salute.. menambahkan lagi keasikan lagu2 au revoir,selepas lagu ni lagu dari single kubunuhmu 2012,dengan tajuk yang sama kubunuhmu,lagu berbahasa melayu kedua dalam album ni, lagu ni memang terus melekat,lirik senang nak hadam,dan terus sing along dengan lagu ni, dekat part kubunuhmu tu memang menarik,kubunuhmu...!!!kubenammu..!!!dan lagu terakhir untuk album ni khusyuk kematian,lagu yang menarik untuk aku mengulanginya semula,dan lagi lagi...


kesimpulan ringkas bagi aku album ni antara yang terbaik untuk 2014 ni,tak payah aku nak susah2 hadam lagu2nya,play saja terus masuk dan menikmati alunan au revoir,aku ni bukan lah pendengar yang bagus tapi aku tahu apa yang bagus untuk aku dengar,dan au revoir memang layak dapat pujian dan support,sebab band ni memang unik dengan karya yang mendalam maksudnya,jangan kata pula mentang2 lah aku dapat free copy aku puji melangit band ni,kalau tak percaya traylah dengar album baru ni,kalau kamu tak rasa apa yang aku rasa mungkin selera muzik kita berbeza hahaha.. dan disini aku ingin ambil kesempatan buat saudara raimi,terima kasih atas kaset ni,dan aku amat menghargainya....teruskan karya au revoir..total support!!

Isnin, 10 Februari 2014

AU REVOIR - ENGINE OF MY HEART


rilisan yang harus dikongsikan bersama,ini adalah rilisan pertama dari au revoir yang aku miliki,walaupun aku sudah mendengar lagu2 dalam album pertama mereka di youtube,namun aku tak berkesempatan untuk memilikinya,masa tu aku tengah deman dengan mengejar rilisan terbaru,perna juga aku pegang album tu dekat nebiula suatu masa dulu,namun keinginan untuk memilikinya tak ada.
 
au revoir
hinggalah ke album ni,aku mula senang nak deal disebabkan adanya medium yang lebih mudah dan senang digunakan sekarang ni,mulanya aku nak angkat dari distro lain,bukan dari empunya band ni,distro yang aku maksudkan tu empayar distro,dah order kat dia,lepas tu masa kami jumpa dia lupa bawa cd ni,kesabaran aku pun hilang nak menanti aku terus saja tanya empunya band ni jika cd ni masih boleh dimiliki,dan terus deal..

mari aku cerita tentang istimewanya rilisan ni bagi pendapat aku sendiri..cd ni mengandungi 8 buah lagu,lagu pertama engine of my heart,lagu pertama saja ni aku sudah mula menyukai album ni dan belum lagi mendengar keseluruhannya,bagi aku rentak muzik lagu pertama ni sudah aku dapat membayangkan,muzik bawaan mereka ni,aku ketegorikan muzik au revoir dalam lagu pertama ni adalah rock,rock yang diadun dengan irama berat,lirik pula bukanlah berkisar tentang cinta,lagu2 dalam ni disertakan lirik dan juga cerita bagaiman lirik tu diperolehi,ianya secara langsung terus membawa aku untuk merasai apa yang ingin disampaikan dalam lagu ni..walaupun lagu ni berat namun kesedihan tu terasa juga dalam melodi lagu ni.

lagu kedua shattered,lagu ni dimulakan dengan drama,seorang lelaki tengah memukul gadis,ohya kisah lagu ni mengisahkan pembunuhan,jika lagu pertama aku sudah merasa kesedihan,lagu kedua ni aku merasa kemarahan pula..aku memang tak jangkakan akan mendapat satu lagi muzik baru dalam hidup,muzik au revoir ni terus melekat dalam hati.

dua lagu tu saja aku boleh ceritakan,jika nak tahu lagu seterusnya dapatkanlah album ni, selagi ianya masih dalam stok,dan rasakan sendiri alunan muziknya,ianya memang lain dari muzik yang selalu didengar dimalaysia ni.dari album ni juga aku mula mengikuti perkembangan band ni,dikabarkan akan rilisnya album terbaru hujung bulan ni,ohya dah rilis lah,cuma aku menantikan format kasetnya,perghh rilis dalam format kaset,ianya satu bonus bagi aku..
 
engine of my heart
untuk keseluruhan album ni memang menarik dan menghiburkan,hiba juga hati bila mendengar album ni,keiklasan karya dalam ni memang aku merasainya.. sayang juga kan aku tak follow band ni dari mula,sedangkan inilah muzik yang dapat menghiburkan aku,mungkin masa tu aku masih tercari2 muzik yang sesuai dengan hati,dan lambakan rilisan juga membuatkan aku terlepas muzik yang bagus seperti au revoir ni.plan lepas ni memang nak fokus untuk muzik,yang hanya dapat menghiburkan hati,dan tak mau membeli rilisan membabi buta macam memula aku kenal muzik metal amnya atau lebih tepat muzik bawahtanah... ENGINE OF MY HEART - I COME FROM THE NORTH

Isnin, 27 Januari 2014

AU REVOIR - KU BUNUH MU

HAHA,single 2012 dari au revoir,dalam cd ni ada dua lagu,kubunuh mu dan satu lagu instrumental,lagu versi bahasa melayu memang amat menarik dan lain dari band2 metal yang aku dengar,sepatutnya cdr ni aku catatkan saja tahun lepas,disebabkan cdr ni mendarat sebelum blog ni wujud,makanya lewat nak kongsikannya disini,ini adalah single terbaik tahun lepas yang aku miliki,aku dapat ni masa aku beli album engine of my heart 2011,sampai kerumah disertakannya sekali cdr ni,memang terbaik..

semalam aku,layan2 cdr yang ada dalam koleksi aku,tergerak terus nak kongsikan single ni,wahahha..
aku mula kenal au revoir ni masa album pertama lagi,masa tu baru dalam dunia bawahtanah,dan nak deal pun belum pakar lagi,dan aku tak berkesempatan untuk memilikinya,bila dah ada kemudahan seperti sekarang baru lah senang nak deal..hehe...

dikabarkan album baru au revoir akan rilis pertengahan pertengahan bulan 2 ni,rasa tak sabar nak mendengarnya..itu sajalah untuk catatan koleksi ni.. banyak lagi aku nak kongsikan album2 dari koleksi aku,masa tak mengizikan dan juga kemalasan yang merantai diri...hehehe