Rabu, 3 Jun 2015

cerita hari ini hahaha...


salam..
nak cerita sikit pasal tiket ni. haha.. tiada entri skg ni barang2 baru pun belum ada yg betul2 berkenan dihati ni. ohya hari tu aku ada p speedy cari cd search 30 tahun tu, boleh2nya cd tu dah tak ada kat situ, 2 tempat aku pergi satu kat speedy giant satu kat jusco, cd tu tak jual kat sana. hurmm masa aku nak beli lah masa tu tiada. tak apalah kata hati ku nanti g cari kat kl or subang..

ok lah dari senyap kan baik aku taip cerita ni.. hehe gian nak menaip pula tak ada modal nak cerita.. hurmm  utk tiket ni tahun ni aku beraya kat kg pula. kg aku ngan bini aku tempat yang sama sandakan sana, jadi sekali jalan je.. huhu.. ohya sebetulnya aku lagi suka naik mas banding ngan air asia ni, mas banyak yg bestnya bagasi free makan free, tak bising. ok lah mas kalau ikut aku, apakan daya banyak bajet tahun ni nak pakai. klu beli air asia ni jimat 1k lagi klu mas mahal lah itulah mahal. cuba juga nak dapatkan mas tapi hati bercakap. cemana lah nak support dorang ni kalau harga double. 1k tu lepas tu utk beli buah tangan utk keluarga kat kg sana.. harap2 berjalanan kami sekeluarga selamat pergi dan balik mengikut seperti apa yang dirancang dan harap2 semua heppy tak ada yg tak dapat buah tangan.. haha..

apalagi.. ohya sabtu ni xpdc. ntah lah nak turun ke ni tak. wings pula dah keluar harga tiket mereka. lepas tu puasa... haha teringat aku dinner cowboy malam tu., aku tak menang tahun ni pertandingan karaoke tu. tewas aku ngan satu kawan pekerja baru dia bawa lagu 60an giler gempak gaya dia tenang ja nyanyi. tahun ni aku duet ngan membe store, kami bawa lagu semerah padi versi duet spider m nasir. tak ada luck betul nasib lah dapat juga satu cabutan bertuah...

ni hadiah tu...

itu jelah cerita hari ni hahaha.. hilang terus apa benda aku nak taip.. nanti sambung.

6 ulasan:

  1. aku semenanjung dah abis pusing...sabah/sarawak jer tak sampai lagi....kalau boleh pakai kereta...dah lama dah sampai...heheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku banyak tempat lagi kat malaysia ni belum pergi. yang perna aku pergi MELAKA, JOHOR, PULAU PINANG, PERAK, N SEMBILAN, dan yg pasti SELANGOR lah haha yg lain2 tu in sya allah akan aku pergi.

      Padam
  2. Kawan aku ada 3 org yg dah di tamatkan perkhidmatan nya start dari 1 jun haritu..aku ckp kat diorang bumi Allah ni luas,rezeki ada di mana2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. parah juga ku tgk. sampai 6k pekerja diberentikan.

      Padam
  3. cuba lagi tahun depan...karoake
    aku kan naik flight, aku paling important kerusi aku mesti tepi aisle.
    jadi aku boring2 lenguh2 badan aku boleh diri sebarang time jalan2...
    kalau kat belah dalam aku cam tersepit gitu haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. naik air asia ni, bangku dia tiga je kan. aku dah minta kami berempat satu line. hehe aku lebih suka kat tingkat bleh tgk dataran...

      Padam