Selasa, 1 Julai 2014

SIL KHANNAZ - PENDITA GILA

sedar tak sedar dah bulan julai... utk entri bulan ni aku akan tampalkan koleksi cd kaset terawal yang aku miliki, tak lah se rare atau album killer. masa bermula mengenal muzik ni hanya rock saja yang paling heavy didengar,, metallika sepultura tu pun dulu aku ingat rock..haha.. beli secara rawak.. tak pena tahu genre muzik yang lain yang pasti hanya black metal saja jika suara2 setan ni...


pendita gila.. album ni rilis memula kaset kan, dan antara rilisan sil khannaz yang paling banyak kali dirilis semula dengan kulit album lain2, yang ni deluxe edition lah.. ada 10 lagu dalamnya, 4 lagu dari ep pendita gila dan 4 lagu lagi dari album conception of madness, kalau tak silap lah, 2 lagu pula tu remix song, bara pawaka dengan sinner burning... ni pun aku anggap album black metal juga masa memula dulu.. huh


jika aku ingat balik, aku terbeli kaset split ftg ngan sil khannaz, dari situ lah aku dengar lagu2 sil khannaz ni cemana bunyinya, tapi kebanyakan lagu dalam tu dari album gerbang kayangan. bila aku beli cd ni aku tengok ja pendita gila sambar saja, dan ada juga lah album2 lain aku beli masa tu, sekitar tahun 2006 kalau tak silap, walaupun masa tu tak lah seaktif kebelakangan ni aku membeli cd/kaset, sekurang2nya aku gembira masa tu dapat beli seketul cd/kaset sebulan dah cukup, tapi sekarang berbeza nak saja aku rembat semuanya yang aku inginkan.. 

masa memula dulu aku kurang bekenan juga dengan cd ni, sebab muziknya agak setan dah aku tak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh band ni, lain lah album gerbang kayangan tu, yang ni best... tapi sekarang aku dah boleh terima lah alunan muzik dalam ep ni dan sudah mula menyukai album2 yang muziknya ganas..  selepas aku hambakan diriku kepada muzik metal, terutama black metal, nak jadi true gilababi punya wahahaha.. last2 kena label poser juga.. dulu rasa sakit hati kalau dilabel poser ni., sekarang ni aku peduli apa, apa saja yang aku suka dengar aku dengar, era nak jadi setan aku sudah berlalu lah... tak dengar muzik black metal pun ada lagi yang lebih setan, muzik hanya lah hiburan halwa telinga, kalau best layan kalau tak lupakan... ayat orang2 lama aku pinjam wahahahaha.... pendita gila

7 ulasan:

  1. Betul..Kalo tak dengar black metal pun ada lagi muzik yg lebih setan..aku sokong ayat tu..heheh

    BalasPadam
  2. poser adalah suatu peringkat dalam kematangan mendengar muzik....tetapi yang penting sebenarnya apa yang sedap dan tak sedap di telinga kita...

    BalasPadam
  3. "nak jadi true gilababi punya wahahaha.. last2 kena label poser juga"

    best ayat ni, hahaha~ boleh jadi moral of the story

    BalasPadam
  4. Poser bukan perkataan yg sesuai, tetapi music lovers....haaaaa itu yg sepatutnya.
    By the way, susah jugak aku nak cari cd ni...sekarang Abg Jaie ada buat re-release album conception of madness versi digipack (hampeh) tapi sekali dgn tshirt design cover album tu...lawa siot! Hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohya kat page fb sil khannaz rasanya masih ada jual cd ni.
      pasal digipackalbum conception of madnes tu aku nanti dapatkan.. hehe

      Padam