Split hereafter dan bestial hordes.. cd ni antara rilisan yang aku ingin miliki.. pelengkap koleksi hereafter yang ada dalam simpanan. Split cd ni rilis tahun 2009.. setiap band menyumbang 3 lagu. Sound untuk rilisan ni soundnya mentah. 3 lagu dari hereafter di rakamkan secara live. Kedua band ni dah jadi gergasi dalam scene metal tempatan. Kedua band ni pun ada meriliskan album baru tahun lepas. Rasanya aku belum tampal album mereka dalam ni lagi. Aku cuba lah hidupkan blog ni.. mungkin tak lah seaktif tahun2 yang lepas..huhu
Isnin, 20 Ogos 2018
Street metal terrorist
Split hereafter dan bestial hordes.. cd ni antara rilisan yang aku ingin miliki.. pelengkap koleksi hereafter yang ada dalam simpanan. Split cd ni rilis tahun 2009.. setiap band menyumbang 3 lagu. Sound untuk rilisan ni soundnya mentah. 3 lagu dari hereafter di rakamkan secara live. Kedua band ni dah jadi gergasi dalam scene metal tempatan. Kedua band ni pun ada meriliskan album baru tahun lepas. Rasanya aku belum tampal album mereka dalam ni lagi. Aku cuba lah hidupkan blog ni.. mungkin tak lah seaktif tahun2 yang lepas..huhu
Ahad, 5 Ogos 2018
Klmetalcamp Armageddon 2018
Haloha... haha rasanya dah lama aku tak menaip kat blog ni. Masa menceburui jari jemari ku.. ini sedikit catatan peristiwa klmetalcamp 2018 yang aku hadiri.. bersempena sambutan 10 tahun metalcamp pada tahun ni 2018, ada 9 kali dibuat acara tahunan ni dan hanya sekali tidak di buat pada tahun 2015. Aku sempat hadirkan diri 5 kali termasuk yang ini.
Nak sembang sikit dulu haha.. aku memang ada dengar ura2 yang impiety akan jadi headline tahun ni. Tapi aku biarkan saja macam tak percaya je. Sebab impiety ni macam nda boleh lepas sudah sebab isu2 sensasi yang melanda scene malaysia. Apalagi main di klmetalcamp. Semuanya terjawap bila page klmetalcamp rilis flayer rasmi impiety bakal memusnahkan pentas klmetalcamp tahun ni. Baru lah aku percaya. Walaupun jiwa aku sekarang dah tak berkobar2 menyaksikan persembahan pentas. Disebabkan impiety aku bersemangat kembali dan rasa teruja macam pertama kali dulu aku masa mula2 turun gig konsert dia punya keterujaan tu dapat rasa semula haha. Perna impiety main dekat pandan indah mula2 dekat sangrila tukar venue last minit trus aku tak jadi turun. Jadi peluang kali ni aku tak mau lepaskan. Walaupun kena hari bekerja aku..
Aku tau memang aku tak dapat cuti kalau aku minta cuti. Jadi aku fikir baik aku balik awal esoknya.. hellyeh mesej trus macam di atas tu. Bagi pancingan ahad kerja hahaha.. tapi siksa boh sampai rumah jam 2 ahad plak terpaksa pergi kerja...
Balik dari kerja sampai rumah terus bersiap geng.. ini kali aku naik motor merempit aku ke publika. Plan mau bawah kereta sebab nak gerak sekali ngan kawan disebabkan kereta digunakan oleh orang rumah makanya pada hari kejadian aku merempit.. feel masa mula2 tengok gig suatu masa dulu kembali. Sebab pertama kali tu memang aku gerakan solo tiada siapa pun aku kenal dalam scene kl. Dalam jam 3pm lebih lah aku gerak dari rumah. Sampai saja black box sudah 3 band beraksi. Terus bayar tiket dan beli satu baju gig risau sebab saiz limited katanya.
Masuk saja dalam venue.. band savage deity dari thailand sudah beraksi. Perghh venue pun dah penuh sambutan kali ni memang ramai. Sempat tengok 3 lagu band ni. Muzik dorang memang padu layan gak lah walaupun genre ni aku kurang berkenan. Dorang main death metal buas lagi kejam hahhaa. 2 band awal, local band tak sempat tengok. teringin juga nak tengok krecion sebab dengarnya2 band ni pun power juga dalam scene tempatan kita ni. Dead atau vivivi rasanya aku dah berapa kali tengok persembahan mereka.. terlepas ni pun no hal lain gig nanti boleh tengok.
Lepas band thailand tu aku keluar kejap jumpa kawan.. tengok pada rundown tu band gergasi metalcore tanahair bakal beraksi aku tak perna tengok mereka ni jadi peluang ni aku ambil tengok sendiri ngan kepala mata aku kehebatan band ni. Wokey.. menarik menghiburkan vokalisnya memang terbaik lah juga. Ada juga aku dengar trivium cam tu lah muzik dorang ni ada suara bersih lepas jeritan padu. Sayang suara bersih tak kedengaran sangat jadi tidak best disitu. Dalam 3 lagu gitu aku keluar.. kesimpulannya aku akan beli album dorang ni bab muzik boleh masuk. Tak kisah pun gelar aku maniak metalcore plastik apa lancau lepas ni. Sebab aku sudah matang mendengar muzik ni. Suka dengar tak suka skip je tak payah kutuk tiada makna juga tu kalau benci sangat turun gig mereka dan naik atas stage pukul ngan batang paip vokalisnya itupun kalau berani jadi tak payah kasih tunjuk kejahatan tu kalau setakat suara hati saja yang di taip di dinding maya kakakkaka
Panjang pula aku menaip.. tak apa nak balas dendam gitu lama tak menaip.. gambar atas ni satu lagi band lama tanahair. Mutilation otai dah line upnya kita tak akan nampak band2 lama ni beraksi di gig2 skala kecil. Nak tengok band2 lama ni kena hadir gig kelas A haha.. ini pertams kali aku tengok mereka. Aku tergelak haha bukan apa ada lagu dorang tak sampai seminit hahaha teringat aku dulu ada band main grincore ni kita ni ramai2 nak hayun kepala tak sampai 2 saat habis lagu geng hahahaha tak sempat nak hayun kepala lagi hahaha.. semput dah vokalisnya mungkin faktor usia.. apapun terhibur juga lah tengok persembahan mereka. Dalam hati aku terdetik tua nanti aku akan macam mereka ni masih kental dengan jiwa metal..
Lepas mutilation rehat jam 7 hingga jam 8 sesi bergambar tu wajib.. hahaha pergi pekena roti telur kat mamak alas perut sebab lepas ni nak all out dalam hati aku kata lah haha
Lepas rehat jam 8 lebih gitu sound dalam venue kedengaran sudah. Sil khannaz sudah beraksi di dalam. Aku tak nak lepaskan peluang bagi aku secara peribadi sil khannaz ni tak perna mengecewakan kalau buat persembahan live memang layan. Masa nak masuk saja pun sudah bersesak. Rasanya dah 2 lagu dimainkan baru dapat masuk gahaha.. padat gila kali ni. Tak ada lagu dari gerbang kayangan yang dipersembahkan kebanyakan dari album COM dan lagu dari album baru tawanan dosa.. kesian aku nak kedepan tak boleh tak ada ruang sesak geng. Selalu ada saja ruang kalau nak kedepan stage.. layan di belakang sajalah sambil tengok kepala orang yang tinggi lampai..
Lepas sil khannaz buat persembahan dengan jayanya. Set punisher selepas tu sebelum punisher setup kelengkapan mereka satu sesi memperkenalkan orang2 kuat dibelakang tabir klmetalcamp bersempena 10tahun usianya.. semua dah kenal lah orang2 kuat ni. Kat berita pun kalau kes makamah ada nampak muka seorang tu..(senyum tutup mulut) ada di paparkan interbiu ajak ngan aziz vfte cerita bermulanya dan bertapaknya muzik metal dimalaysia ni. Jadi band awal macam nemesis punisher ni antara yang menjadi kegilaan maniak2 suata masa lalu..
Lepas tu ajak memberikan cerdehati macam anugrah pencapaian sepanjang hayat gitu pada rosdan adan aru.. tepukan gemurub bergema..
Satu lagi band lama yang menjadi lagenda dalam lipatan pergerakan bawahtanah malaysia punisher sudah siap sedia menghiburkan pada hadirin. Banyak band2 lama yang tak sempat merakamkan rilisan di era emas kegemilangan mereka dan salah satunya punisher ni. Tahun ni baru lah sempat merilis ep selepas 30tahun lamanya. Vokalis yang mengalas tugas persmebahan punisher adalah jeff bukan rosdan walaupun rata2nya ramai nak rosdan nyanyi atas stage. Mungkin faktor usia rosdan tak boleh all out. Apapun rosdan di panggil juga menyanyi lagu megadeth. Persembahan punisher sekadar happy2 je. Lagu2 mereka pun kebanyakan yang hadir termasuk aku belum hadam hafal lagi. Kalau orang lama mungkin terhibur.
Apa yang lebih menarik lagi persembahan punisher mereka menjemput aru dan joekid menyanyikan lagu anarchy. Huhu pertama kali aku tengok muka joekid depan2 hehe..
Deadsquad antara yang aku nak tengok..band asal indonesia ni memainkan irama technical death metal.. masa mereka ni aku dah dapat tempat yang sesuai untuk menyaksikan impiety depan mata. Tapi teruk juga belakang aku kena langgar oleh moshphit yang menggila. Patutnya aku tengok 2 ke 3 lagu saja band ni. Muzik bawaan mereka bukan santapan halwa telinga aku terlalu buas laju dah semestinya penuh emosi kebencian dalam jeritan. Aku tak nak berganjak dari tempat aku walaupun kaki dah nak patah hahaha.. lama gak dorang buat persembahan.. lagu2nya pun panjang.. tahap permainan gitar mereka dah kategori dewa jari jemari macam mesin gitu dan kawasan maut pula terus ribut dengan moshpit yang menggila.. sempatlah juga aku terajang sekali balas dendan sebab buat belakang aku sakit kena langgar HAHAHA.. vokalisnya memang sempoi. Suara padu gilababi.
Yang aku tunggu2 akhirnya berada depan mata
Jam menunjukan jam 11pm lebih aaarghh lewat dah kenapa boleh jadi begini... selepas setup apa yang patut impiety terus menghaburkan lagu2 jahat mereka.. mulanya aku kat depan dah. Disebabkan telinga aku tak berpuashati ngan sound yang terhidang aku terus gerak kebelakang. Ngam sound kedengaran lebih padu dibahagian belakang berbanding depan. Lagu demi lagu dipersembakan tampa belas kasihan.. memang kejam lagi jahat vokalisnya haha ngam lah dengan nama timangannya. Lepas tu aku nampak orang kuat metalcamp berlari2 anak memberi tahu kepada kru sesuatu. Sudah agak show bakala dihentikan... aarghhh nampak di atas pentas shyaitan menunjukan 3 jari maknanya lagi 3 lagu. Tapi sayang tak sempat tambah 3 lagu hanya satu lagu terus dihentikan walaupun jeritan maniak nak lagi apakan daya show kena dihentikan serta merta kerana masa mencemburui.. kau tau macam mana rasanya perasaan orang datang nak datang tengok impiety tapi dapat tengok 5 lagu saja. Aduiii harap pihak pengurusan kena buat sesuatu di tahun akan datang. Bukan selalu datang impiety di kl ni. Bila datang tak dapat nak all out. Lagu2 yang aku wish pun tak ada biar satu di persembahkan. Harapnya ada organizer bawah impiety lagi masuk kl untuk tour album mereka. Biar puashati ber all out.
Tamat
Nota - lama dah tak nampak band2 dari sabah main metalcamp.
Malas dah nak QC biarlah typo. Soksendiri juga haha
Langgan:
Catatan (Atom)