haloha blogger.. fuh lama benar rasanya tak masuk dunia blog ni. seperti sedia maklum di posting2 aku yang lepas2. sebabkan kesibukan aku di atas lebuhraya aku terpaksa merehatkan blog ni hampir bersawang gitu.. ok lah kita terus ke tajuk blog kali ni.. malam yang sungguh indah gitu..
kita sedia maklum search sudah terbahagi 2.. satu search diterajui nasir akar search huhu. dan satu lagi search sebenar bagi aku. sebab aku follow search ni memang yang layak meneruskan nama search itu adalah dua beradik kid dan din. tapi peminat pawana isabella mesti lah kata imi adalah search sebenar.. ya kita tak boleh nafikan kehebatan imi besama search di dalam album perjalanan mereka selama berpuluh tahun dia memang layak di sanjung.. tapi kalau empunya badan itu sendiri yang umum keluar band takkan lah kita nak jiadi penjilat kan.. pandai2 lah enjoy dua2 pun boleh tapi kebenaran itu memang pahit.. huhu
sabar dulu geng.. lamaa tak menaip panjang2 ni rindu rasanya tangan pun ada ketar lagi ni wahahahaha.. memang rasa nak hambur saja apa yang terbuku dalam hati dan memory 2 3 4 tahun lepas tapi tu lah.. aku kena tenang.. untuk lebih adil dan saksama biarlah aku fokuskan untuk konsert pada malam bersejarah..
sebelun tu nak ceritalah kejadian sebelum konsertkan. cam biasa isi blog gitu.
sebelum denden nyanyi atas bumbung tu.. search sebenar ni sudah meriah dengan rilisan.. aku sempat lah beli sebijik sebab nak support dan manatahu menang gitar kan hehe.. ok lah dalam boxset ni macam2 ada disertakan.. ada lagi aku tak buka plastik. baju sajalah aku pakai semalam ngan cd serta kalendar. cun meriah isi dalamnya puashati.. kalau dapat menang gitar lagi berbaloi.. sudah tertaip sini. bila juga cabutan utk gitar tu ROCK STATION sila jawap kakakka.. patut malam tadi kot lempar saja gitar tu ke arah peminat biar berebut royal rumble gitu wuhuu.. pastu kenangan beb kid din memang mesra ngan peminat. buat pertama kali aku dapat ambil gambar kenangan ngan mereka berdua.. ada simpan kat insta dah.. sempat lah bisik kat din. good luck utk search...
macam biasalah.. bila kem kidin buat sesuatu mesti search dari universe lain akan rilis gak. ni dari kem nasir ok lah dapat 3 keeping kaset gitu. walaupun gambar2 tak ada janji masyukkkk 40tahun apanya tu patut lebih meriah mcm kidin punya boxset tu. manusia hina manusia.. apapun aku sebolehnya tak berpihak pada mana2 kem pun. tapi tu lah bila kita rasa di kianati ni rasa cam hmmm baik pilih satu. lagi2 kita pun bukannya kayangan gitu boleh support sehabis duit kan. satu cukuplah. kalau ada sextrra money lebih beli.. jangan jadi cam lalang gitu support pun tidak nyalak ja lebih hail spotiify youtube .
ok lah terus ke hari konsert sajalah.. haha hmm mana pula gambar logo search.. ambil sajalah ni. yang ni gambar rasanya sudah di hujung2.. suka tengok logo search tergantung tu. menarik wow gitu..
hari kejadian hari debaran.. bukan takat debaran nak ke konsert debaran nak jumpa io lagi lah mendebarkan. syukur semuanya selesai dengan berita gembira.. nak hala ke konsert pun senang hati tak payah dalam dilema.. just enjoy the jorney.
Aku gerak bertiga dari klang bersama rakan2 baik aku dari band bawah tanah tak ya mention lah nama band kalau kau kenal aku mesti kenal lah mereka hellyeah gitu.. hujan dari petang tu. masuk saja petaling jaya.. sudah hujan lebat. jem biasa lah kl tu kalau tak jem bukan kl.. hujan jalan licin.. nasib lah aku ni pemandu berhemah. ikut tanda amaran papan tanda kata jalan licin perlahan kenderaan bukan kau pecut lagi. sekali terbabas naya salahkan jalan pula. kalau kena sendiri ok lagi. babitkan orang lain naya ohh makan tak lena tidur tak kenyang saja aku salah taipkan biar lebih dramtaik situ..
aku dan rakan2 tiba di lokasi kejadian pada jam 7 lebih kurang gitu.. hujan masih lebat wooo.. jadi kami pun borak2 dulu lah dalam kerrta. tunggu hujan berheti sambil pekena sebatang dua dunhilll.. dalam 10 ke 15 minit gitu hujan juga masih tapi tak lah selebat hujan masa sampai tadi. sudah boleh berjalan ke arah tapak konsert. walau pun gerimis mengundang gitu. syukur kawan aku suruh pakai jaket kulit cam denden selalu pakai tu. ngam oh sejuk2 cam kat negara norway feelingnya..
semasa berjalan dari parking ke lokasi terlihat lah para rockers dibawah bangunan campbell tu ramai penuh wooo macam2 gaya pemakain.. nak tunjukkkan jiwa tu rockers sejati bukan palsu.. tapi memang meriah. lama rasanya tak nampak suasana semacam ini selepas kita berehat 2 tahun dari pesta rock..
hujan masih lagi dalam jam 8 gitu.. borak2 keliling kedai kat campbell tu. sambil2 jumpa kawan2 sekepala yang turut hadir.. yang bestnya kali ni aku dapat bertemu dengansahabat blogger yang selama ni hanya di alam maya saja.. hehe. ada gambar kenangan yang tu tak ya masuk sini. kami2 sudah lah kan.
masa pun berjalan menghampiri jam konsert bermula. abang rela pun pesan bagitau. yang ada tikiet boleh lah naik kat atas sebab konsert bakal bermula pada bila2 masa saja.
kami pun hala lah ke atas. ada pengawai polis jaga gate depan woo.. bukan sembarangan boleh masuk.. lepas tu jem teruk kat laluan nak ke atas.. beratus2 rockers beb hala.. lebih kurang 20minit gak baru sampai chek point bagi gelang tangan warna kuning. menandakan zone aku kat C1. sampai saja atas.. wooo ramai.. bersesak sudah.. nasib tiket ada spesial sikit. dapatlah diri ngadap stage gitu... dalam lebih kurang 9 lebih lah ada lewat sikit. ya lah baru lepas hujan.. gerimis pun masih. syukurlah lepas saja konseet bermula hujan pun berhenti sepenuhnya.. memang enjoy lah..
bukan kamu saja. aku pun terfikir juga boleh ke denden mengalas pengganti vokalis search.. ya lah dia nampak cam tak rockers langsung.. tapi sangkaan aku meleset bro. denden pada malam konsert tadi. betul2 dia buktikan kemampuan dia sebagai seorang penyanyi.. pemilihan lagu2 oleh search malam tadi. memang cukup gila babi nye setlist..
di mulakan dengan intro terus masuk lagu BENCANA aaaarghhh sound padu siak.. pastu vokal denden pun dapat masuk dengan lagu. kagum aku.. lagu kedua METROPOLITAN aaarghhh bertamabah kagum dan wow .. diteruskan dengan lagu PASTI. rakaman memang bersepah sudah kat sosmed tu tapi jika kepala badan kita sendiri di tempat kejadian dia punya rasa tu berbeza.. dasyat woooo.. 2 tahun tak turun konsert tiba2 dapat turun konsert segini baik memang puashati.. aku pun turut nanyi lah beb suara pun cam ada hilang2 sikit ni.. denden tak hulur mic tau 3 lagu ni. dia bedal jerit sehabis tekak dia.. memang makan apa ntah suara dia ni..
layann tu gambar.. tak banyak aku snap gambar. sekali2 aku gambarlah buat utk blog ni. dan juga sosmed aku.
fuh din mayat.. all out
ambil gambar kat skrin ja.. kamera henpon cam itik ja..
lagu ke 4. PURNAMA.. sound sebijik dengar cd kaset bro. original kord tiada drop key kedengaran.. mereka main real sound of search. tu yang wooooow gitu.. MELASTIK KE BINTANG perghh aku tak bayangkan setlist ni semua. ingatkan main setlist2 lagu2 biasa2 saja. ya lah denden tu masih baru lagi nak hafal lagu2 menjerit ni agak mustahil bagi aku. tapi malam tu dia buktikan dia layak bersama search.
sempurna dengan ketukan drum dan bass dari yantoi pun padu bertenaga sungguh lari sana sini stage ni dua muka tau. sebelah ada manusia gak tengok sebab tu kejap belah sini kejap belah sana. memang enjoy. pertama kali lihat stage gini.. yang pasti memang aku cukup terhibur dan berpuasahati
lagu ke 6... DI PINTU SEPI.. lepas tu BERSALAH ATAU TIDAK antara lagu search yang kerap kali aku dengar... memang suka liriknya...
8 RNR PIE DAN 9. EMmanuelle
MELAYAR BAHTERA..
lepas set berhenti kejap.. Ella keluar nyanyi MELAYAR BAHTERA semput dia.. ya lah key original tu.. haha. pastu dorang duet lagu BAYANGAN dengan denden..
Selepas ella 2 lagu.. kita kembali ke search semula.. Haha kid sempat cakap malam ni just nak enjoy saja tak nak banding2 blah blah blah ke apa haha.. memang sempoi.. malam tarikh yang pasti segar dalam ingatan...
Lepas tu kid Solo.. masuk terus lagu DIARI HABIL QABIL perghhh lagi.. memang malam kepuasan bagi peminat search.. potong jari aku ludah muka aku kalau tak percaya bak kata cek man.
FANTASIA BULAN MADU dan MENTARI MERAH kira lagu2 dihujung sudah... Aku sudah jangka apa lah sangat kalau lagu slow bila denden nyanyi lagu2 yang sudah dia jerit dari awal tadi pun sudah menampak kan kehebatan vokalnya. ni kan pula lagu2 slow. mamang makanan dia lah.. dengan mudah dia jerit tapau habis .. amazing..
Encore..
mc ajak jeerit nama search sama2.. 16. TEGUH dan lagu penutup NEO RAMANTIK..
maka berakhirlah konsert SEARCH ROCKIN ON ROOFTOP pada malam bersejarah buat peminat setia search sebenar haha
Nak bagi bintang juga kan.. rasanya markah penuh lah.. amazing puashati tak caya wow gitu.. enjoy.. no isbabella no pawana haha.. kan lagu isbaella dan nyanyi kat universe lain minggu lepas hahahhahaahaha lucu juga lah.
man of the match susah nak bagi sebab semua all out termasuk penyanyi latar tu piwiit gitu lah haha.. aku bagi kat yantoi.. dia nye tenaga tu betul2 enjoy malam tadi ku lihat..
bertambah indah aku bertemu ngan kawan aku yang aku follow blognya dari pembaca setia sampailah wujud blog cikai aku ni.. thax deaf ketemu lagi di lain pesta.. dan tak lupa wan beruas.. rakan2 lain dan sewaktu dengannya hellyeahhh...
lepak2 kejap kat depan rock station.. terus hala balik klang singgah tempat kami melepak membicrakan apa saja isu semsaa.. pekena nasi goreng usa 2 pagi hahahaha..
lepas makan terus hala kepulangan.. 3 pagi gitu sampai rumah.. buka sosmed kejap berbakul2 pujian konsert malam tadi.. yang tak pergi pun dapat merasai hebatnya konsert tu seccara maya... taniah buat search dan pihak penganjur tak lupa juga sifu m nasir hehe... aku tak berseorangan merasai malam yang penuh gemilang buat search tanpa imi dan nasir..
cau dulu tak ada qc.. bak kata pepatah sejarah di tulis oleh mereka yang menang dan berkuasa.. zaman ni peminat sendiri boleh tulis apa yang mereka rasai.. hellyeahh jumpa kat universe lain denden and search... you orang memang gilabaik punya...