![]() |
hail to the king cromok |
N9 ARENA NILAI NEGERI SEMBILAN.
Salam blogger semua hai baru ada kelapangan sikit, masih berjuang dalam pertempuran kehidupan sehari hari.sebelum aku nak ulas pasal konsert yang aku turun padaa hari kejadian ni aku nak sembang2 kosong dulu.ni bukan ulasan profesional ianya lebih kepada catatan dan arkib dari seorang peminat dan penggemar dua band dikisahkan dalam catatan aku kali ini.
sebelum itu flayers untuk kosenrt AMY SEARCH keluar dulu,aku memang teruja gilababi pergh ibarat mimpi jadi realiti gitu. selepas itu barulah flayers dari cromok dan amuk keluar maka bermula lah di lema aku untuk membuat keputusan disebabkan kedua2 konsert ini akan berlangsung pada tarikh yang sama 26 april 2025.
seiring berjalannya waktu aku pun meneruskan hidup sehari2,tapi ada masa masanya aku terfikirkan pasal konsert ni, rasanya aku nak turun untuk konsert amy search selepas itu aku rasa amuk dan cromok aku harus turun. memang aku dilema memikirkannya. aku pun tak berani nak beli tiket awal takut ada perkara yang di luar kawalan aku,jadinya aku tunggu hingga kesaat akhir, nak buat keputusan pun agak payah bagi diri aku memang sukar kerana amy solo buat pertama kalinya dan menjadi artis pujaan hati ku dari bangku sekolah lagi..walaupun aku sudah beberapa kali menyaksikakannya bersama kumpulan search dan ada juga aku tengok di konsert2 percuma tapi itupun dia lebih bawakan lagu2 search banding dengan lagu2 dari album solonya.
Yeah2 pula mungkin ini yang pertama kalinya aku dapat melihat live,comok aku sudah beberapa kali melihat mereka yang lebih mengujakan ianya berganding bersama amuk aarhhh gitulah perasaan aku pernah juga terlintas aku tak turun dua2 agar aku tak menyesal dalam membuat keputusan. segitu ya.
bab fikir nak tuurn konsert tu satu hal, ada satu hal lagi aku kena usahakan cuti kerja.sabtu aku kena kerja macam biasa,nak apply cuti bukan sesuatu yang bagus dalam bidang aku kerja lebih tepat syarikat aku kerja sekarang. aku seorang yang boleh diharapkan jalankan tugas. lagi2 bos pun sudah deal dengan satu kilang yang betul2 kena jaga,customer baru katakan. 4 hari sebelum konsert bermula aku beranikan diri cakap depan bos, aku cakap bos aku nak cuti hari sabtu sudah lama aku tak cuti lagipun aku nak rehat dan tenangkan jiwa aku. bos terus buat bibir gitu pandang control tanya hari sabtu macam mana job banyak ke apa mereka cakap bahasa cina sesama mereka aku tengok je lah.. pastu bos cakap kita plan kasih cun supaya sabtu tu aku boleh cuti,aku ni jenis terlebih rajin juga aku cakap ahad pun aku boleh masuk kerja hahaha bengong kan penatnya tu lepas tengok konsert esok kena kerja.
belum habis lagi masih banyak aku nak cerita, sehari sebelum konsert aku tanya macam mana sabtu ni. control cakap kena habiskan job hari ni jadi esok sabtu kamu ada satu hantaran saja, ok kata ku aku boleh beli tiiket bisik hati kecil ku,malam karang lah aku beli tiket gitu. tapi ada sesuatu yang terjadi hari itu, selepas dua hantaran aku kena hantar lori ke bengkel untuk pemeriksaan lampu break sebab asyik meyala terus, ingatkan cepat saja mereka selesaikan masalah tu tapi makan jam juga mereka buat sampai satu masa aku cakap dekat pomen tu esok je kita hantar lepas tengah hari aku habiskan job.aku betul2 nak kejar job hari ni aku tak nak ada baki untuk di bawah ke esokan hari. aku pun sambung job sampai customer aku cun2 park lori dan sedia untuk angkat kontena,nahhhh tiba2 kren aku tak on karan tak ada,aku buat apa yang patut cuba untuk hidupkan tapi tak boleh aku call pengurusan bagitau ada masalah dengan kren, suruh aku hantar pergi hammer syarikat bengkel pembaikan kren. aku pun rasa ni kes 7 pin aku rosak ni aku singgah dulu yard buat dulu sana panggil pomen dekat yard tu tengokkan,sama juga tak ada karan, aku pun terus hala ke HAMMER.
masalah berganda dekat hammer pun pomen tu pening nak cari apa masalh kren tak hidup,macam2 benda dia buka cheak tapi tak boleh hidupkan juga, masa berlalu dengan pantas jam 12 tengah malam sudah pomen pun nak ballik dia angkat tangan tak boleh buat,aku pasti ni sebabkan pomen bengong tadi masa check break ada wayar dia cabut wayar bukan sikit memang pening nak cari.aku bagitau bos kren tak boleh buat, lepas tu control minta tolong guna lori lain untuk clearkan satu tong dekat customer tu urgent nak pakai tempat..
Aaaaaargghhhh...hati ku mula memberontak job masih berbaki 3 tong jam pula sudah memasuki jam 1 pagi belum selesai job hari ini, semangat juang aku memang sudah luntur masa ni,.kepala lori yang aku nak guna tu puspakom pun gagal tunggu tarikh nak uji semula, mahu tak mahu aku sambung juga aku tabahkan hati buat satu job urgent tu lepas tu balik esok apa2 hal buat satu saja, aku sampai rumah jam 3pagi memang penat lah seminggu ni aku all out pulun habis job supaya aku ada masa hari sabtu.
hari kejaidian walaupun penat ngantuk aku gagahkan juga bangun pergi kerja. pelan aku nak hantar lori cheak semula kren kenapa tak ada karan, hantar tempat sama surh pomen semalam tu juga yang cheak sebab dia yang buka semua part hanya dia yang tahu mana satu wayar dia potong. Sampai dekat yard lain sudah cerita control seorang lagi tu merangkap manegar dengan egonya suruh aku jalan guna kepala lori yang tak ada puspakom tu setelkan job dia tak tahu kah sepatutnya aku cuti ni hari sebabkan sudah deal job satu saja aku iayakan, ada rasa aku nak tempeleng saja, semalam aku sanggup jalan sebab urgent nak guna tempat, kalau kena tahan jpj bos boleh bayar saman tapi lesen aku merit macam mana. aaaarhhhh
selepas aku hantar ke bengkel bangla tu cheak, aku cakap tak ada karan. dia ambil fius lekat terus on, binawe punya bangla.patut pun tak jumpa2 masalahnya semalam. pastu mereka nak sambung buat break lori, aku kata nanti dulu aku buat satu job lepas tu hantar semula. ok cepatlah aku buat job aku tu.aku mesej control bagitau ini satu job saja aku buat lepas tu aku balik.ok katanya. jam 3pm selesai satu job 2 lagi aku tinggal pandai2 lah nak buat isnin saja cerita.
Selesai masalah aku pun boleh beli tiket dengan aman..antara amuk vs cromok atau amy search, kawan aku pun mesej turun ke amuk ke, aku jawap tanpa fikir banyak ya. tiba2 gitu keputusan sedangkan kuat sudah aku nak ke amy search..
![]() |
YEAH YEAH |
Aku sampai rumah jam 4pm ada masa nak tidur sejam dua, set 6.30pm gerak dari rumah. lepas bersiap2 kawan jemput aku jam 7 lebih sebab tunggu kawan lagi seorang ikut last minit.gerak dari klang nak singgah sri kembangan lagi jam2 macam ni memang jem lah sembang2 sampai sri kembangan ada masa stengah jam lagi show mula. syukur lah kami sampai kedengaran konsert sudah mula dan suara bandi pun sudah berkumandang keluar stadium, cepat2kawan beli tiket terus masuk. rasanya kami terlepas 3 ke 4 lagu gitu.
![]() |
Rumi dan Juli |
Saatnya sudah tiba aku sudah memasuki venue amuk sudah mengganas, masa aku masuk mereka perlahankan rentak dan membawakan lagu2 slow tapi yeah yeah..akhirnya amuk depan mata aku live memang buat aku gembira melihat sosok bandi di atas pentas penuh bertenaga membuatkan aku lupa satu lagi konsert yang berlangsung. pada masa sama, walaupun sudah terlepas beberapa lagu seingat aku lagu aku mahu pulang untukmu sayang runi dan juli cakrawala ngap sayop hantu yang takut dan beberapa lagu lagi.begitu bertenaga nya bandi amuk suara seperti dalam album tak sakit tekak macam manalah dia boleh nyanyi segitu rupa heran juga aku bila memikirkannya di tambah pula dengan usianya yang sudah masuk 60 aaarghh masih yeah yeah aku yang belum masuk 40 ni jerit yeah yeah dua tiga kali sudah semput.. aku memang respek gila bertambah yakin dengan kebolehan yang bandi miliki.dan mengharukan walaupun muzik yang amuk bawakan berentak berat ganas heavy metal gitu..bandi tetap pesan jangan tinggal solat banyakkan selawat ke atas nabi dan sayang mak bapa kalian yang masih ada lagi..pertama kali buat aku melihat sosok penyanyi pesan mesej ketuhanan di atas pentas segitu keras bingit dan yeah yeah semestinya.. selepas itu amuk memeberikan pentas pada cromok. sebelum tu kawan aku seorang gitaris berbisik kepada ku kau dengar gitar belah kanan dia tengah rancak solo tapi sound tenggelam enginer tidur ke apa..berpasir katanya mulanya aku tak ambil tahu juga tapi bila perhati memang tak kedengaran aaaarghhh kesilapan boleh dimaafkan. kata kawan masa dia lihat hassan babylon satu gitar saja tapi saound dia berdentum..apapun kemenangan belum dapat ditentukan sebelum aku dapat melihat cromok beraksi....
Tak dilupakan lagu akar dan bumi serta Hakikat 2 lagu ni memang lagu kesukaan aku antara lagu yang banyak kenangan dalam hidup aku..masa dua lagu ni dinyanyikan aku memang terharu bila hakikat lirik dia memang menyentuh kalbu ku. akar dan bumi ingat aku kawan2 selepak aku di kampung halaman antara lagu wajib nyanyi beramai2 masa melepak sambil bermain gitak kapok kekadang subuh baru balik hahaha..harap2 semua sehat sejatera kawan2 aku tu semua. terima kasih bandi amuk satu lagi kenangan terukir dapat melihat dan mendengar lagu ni secara live memang kepuasan tak dapat nak di ungkapkan dengan kata2.
Pentas dimalapkan dan jeritan manusia seperti kena seksaan pun menjerit2 terpekik nak cepat apa semua mereka ni jenis baru turun konsert ke apa nak pasang apa yang patut tu bagi masa sikit ni bukan satu band dua band siak kau jerit apa nak tunjuk kau siapa hahahaha...
HAIL TO THE KING CROMOK..kawan2 rapat sudah tahu macam mana MANIAKnya aku minat dengan cromok ni kamu boleh tahu di catatan lama aku pasal cromok ni walaupun dalam pergerakan scene bawahtanah cromok ni mendapat tentangan yang agak kurang enak sebabkan kelantangan karl dalam isu copyright..aku tidak ambil pusing langsung semua tu kenapa harus aku terjun ke medan perang yang tidak menguntungkan aku. lu tak suka lu kutuk itu lu punya pasal..yang pasti cromok selamanya band pujaan hati ku.
HAHAHA
![]() |
cromok |
Selepas beberapa minit pentas sunyi akhirnya bergema dengan sorakan histeria dari peminat..karl sam sudah berada di atas pentas bersama ahli lainya..maka muzik pun bermula, aku agak kesal kecewa sikit sebabkan aku harapkan the ulek akan berkumandang dulu tapi ntah mengapa tidak menjadi nyata. cromok terus memulakan menghamburkan irama keras mereka yang pertama,dimulai dengan bunyi piano....journey pun dihidangkan kegegendang halwa telinga yang berada di dalam venue..rasa macam nak headbang sudah tapi sabar enjoy the music dulu.
Belum sempat nak bernafas cromok terus sambung lagu kedua Misty dan ketiga nonstop obsessed terus disajikan aaarghh untuk sound gitar memang baik cuma lagu pertama drum agak tak stabil bunyinya sebab cromok kali ni menggunakan drum CANGGIH sudah berteknologi tinggi kayangan saja boleh guna drum mereka pakai ni haha.tak caya tengok video kat youtube tu mesti sudah bersepah walaupun karl sudah berbiuh mulut pesan jangan kongsi rakaman konsert mereka sebab terpelihara hak ciptanya,hakikatnya karl kena terima semua manusia sudah memiliki alat perakam dan kebebasan untuk digunakan terpulang pada mereka lah bagi kami peminat ni tidak lebih dari perkongsian peminat kepada peminat ntahlah kalau ada yang bersifat keuntungan.rasanya tak kot belum sampai sejuta view untuk satu2 video..ya tiga lagu sudah mereka hidangkan yang berentak laju berat dan menjadi lagu wajib dari cromok setiap kali live...
masuk lagu ke 4 karl sudah mula solo untuk opening lagu another you memang solo berhantu dari jari karl aaarghhhh..sambung terus uppluge lagu baru kata sam, aku tertanya2 juga lagu sudah masuk youtube tak tahu aku rupanya lagu the fallen tu untuk mengenang permulaan perjuangan cromok dan kepergian 2 anggota asal cromok al fatihah buat arwah din dan mizi semoga roh mereka tenang disana....memang haru beb.aku ada di konsert terakhir mizi mengumumkan pengundurannya dari cromok atas faktor kesihatan..tak lama selepas itu mizi pergi meninggalkan kita semua.
selepas bersedih dan bernostalgia bersambung pula lagu bingit bermelodik..somewhere anywhere berkumamndang hanguk kepala lah..sedap lagu ni melodi bertukar ganti memang seronok kerja gitarnya..
lagu demi lagu cromok persembahkan sampailah lagu i dont belong here..aaarghhh antara lagu yang memperkenalkan aku dengan cromok, dapat melihat mendengar lagu ni berulang kali tak pernah jemu.. mungkin lain orang lain feel lagunya aku ada feel sendiri lagu ni nak bayngkan kesdihan jatuh bangun memang bermain2 di benak fikiran..
Untuk lagu terakhir dari cromok, sam menjemput bandi nuntuk menyanyikan dual ngan sam, lagu farewell dan little one.dua bahasa memang kelainan yang mereka persembahkan amat mengujakan, walaupun aku teringin lagi nak tengok dengar sekali lagu farewell live, pertama kali tengok masa 30tahun forever in time. selepas ucapan arwah mizi lagu ni dipersembahkan,memang sedih beb.harap2 ada yang rakam dua lagu ni macam tak puas tengok. ada juga ralat vokal sam tak kedengaran kesilapan engginer lah ni tak jaga.bandi amuk memang all out habis yeah2
.Habis saja dua lagu cromok bersama bandi, Amuk pula ambil semula pentas karl dan rakan2 tinggalkan sam bersama Amuk kali ni sam pula jemputan untuk dua lagu bawaan Amuk,lagu cromok yang di tukar lirik oleh bandi yeah2..ddekat 3 jam rasanya konsert ni kaki aku sudah lenguh maccam nak tercabut habis saja dua lagu dari amuk bersama sam. semua ahli band masuk dalam pentas semua. lagu terakhir penutup konsert
Berdebar2 juga tanda tanya lagu apa yang mereka bawakan ni, masa aku tengok dekat maeps VS xpdc dulu lagu penutup metallurgical apakah kali ni lagu yang sama.ternyata lain, memang betul lah kata karl setiap konsert mereka akan ada kelainan...lagu apa aku pun heran juga dengar yeah2 raya beb..lagu awie kan raya yang sempurna versi amuk cromok padu gak..bercampur lawak sikit hahaha..
Habis saja lagu raya tu kami terus keluar lah tak tunggu lah kaki mau percabut sudah... lepak luar lah kejap sambil2 tengok jualan aku sempat dapat free poster konsert real cromok.aku ingatkan poster konsert ni... sayang juga tiada poster dijual. aku ni antara baju dan poster aku sanggup lagi beli poster dari baju.
Pastu kawan cakap dia nak jumpa kawan dia datang dari tawau geng2 peminat amuk, pergh tabik aku ngan semangat mereka satu kampung turun geng ramainya mereka.. nah situ aku dapat selfie dengan bandi, sebab bandi turun dari keretanya bersalaman dengan fan clubnya. kalau dengar kat podcast mesti bandi mention peminatnya ni kampung pun nama amuk.. diterbalik jadi kuma.