Isnin, 31 Julai 2017

Gemuloh - betrayed


Mendengar ep  ni mengingatkan aku pada pada band humiliation,mungkin sebab dua line up band ni perna bersama humiliation suatu masa lalu. Gemuloh bermaksud arwah dalam bahasa kelantan. Ep ni mengandungi empat lagu, stail muzik bawaan mereka old school  death metal bertemakan perang. Trak no 3 seakan mendengar muzik humiliation. Keseluruhan ep ni pada pendapat aku terbaik. Sound mantap, muzik gaya ni aku mudah hadam sebab sudah terbiasa dengar..hehe

Isnin, 24 Julai 2017

Kembara

Cd rilisan semula 2016

Nak cerita apa pun aku tak tahu haha.. ni band lejen untuk otai2 yang membesar di era mereka. Hari tu aku buka lazada nak tengok2 buang masa. Nampak ada promosi untuk cd universal malaysia. Rm17 gitu harganya. Melihat pada kulit album ni ianya sangat menarik minat aku. Sebab ada mata kat atas tu haha. Heran aku melihat komen2 di fb tu asal mata satu mesti dajjal iluminati.. antara band di cop iluminati setahu  aku setakat ni kembara ni dengan search haaha.. tercerita lain pula. Masa pertama aku play cd lagu exspress rakyat macam perna dengar. Masuk trak ke enam lagu ni memang biasa dengar lah sebab m nasir selalu ja bawa kalau ada show kat tv. Yang paling mengejutkan aku lagu malam. Haha mati2 aku ingat selama ni lagu malam ni search punya lagu yang ada dalam album 10tahun tu. Rupanya lagu kembara beb. Pertama kali aku dengar lagu versi kembara kalau tak beli cd ni mesti sampai sekarang aku ingat lagu search. Lagu2 lain memang pertama kali dengar. Lagu untuk seorang ibu dan lagu ragam mat dan minah melekat melodinya dalam ingatan. Lepas ni tak pasti lagi kalau nak beli abum lain kembara. Aku tengok hari tu ada tag gambar kulit album lain kembara yang itu pun ada mata juga menarik. Tapi belum ada rilisan semula. Kulit album duit tu haha tak tau nak kata. Tak menarik minat aku untuk dibeli. Namun begitu masukkan sahaja dalam list mana tahu ada promosi lagi.

Jumaat, 21 Julai 2017

Sweet charity - berita gempa


Cd rilisan semula 2016

Album Sweet charity ni aku beli tak ikut turutan aku nampak kulit album menarik yang tu aku beli dulu haha. Nak beli boxset tu tak mampu beb jadi beli asing2 tak apa harap tak sold out lah. Kat jualan fb nampak macam tak ada jual satu2 mereka penjual jual boxset ja. Nasib kat campbell ada jual satu2, cumanya jauh saja lah kalau naik motor makan dua jam juga atas higway pederal pulang balik. Kalau pakai kereta lagi lah makan masa makan minyak makan tol dan parking. Haha kalau nak cerita nak beli dua tiga keping cd sanggup sudah pergi kl. Masa aku bujang dulu no hal beb cuti hujung minggu akan merempit ke campbell tak beli apa2 pun tak apa janji dapat cuci mata. Ohya bab naik motor lalu dalam higway tak disyorkan sebab ada jalan motor kalau polis nampak saman trus beb. Aku kadang2 naik jalan motor sampai subang keluar baru lalu higway. Sebab selalunya kat tol ada polis haha. Jalan motor lambat banyak selekohnya macam jalan ular.. Apa aku merepek ni hahaha.. untuk album berita gempa ni. Intronya seakan perna dengar. Cara album black sabbath tu haha tak sama bunyi cuma feel nya tu seakan2 doom gitu. Lagu2 dalam album ni ada rancak ada slow. Antara lagu yang masuk dendang remaja haha biasa dengar lagu ni versi ftg ngan kristal. Ni lagu asal memang sweet charity ke info sikit geng aku sememangnya tak tahu sangat2 album2 lama ni. Dengar album ni pertama kali memang tak masuk sound agak perlahan walaupun volume sudah naik atas. Beza ngan album2 sweet charity yang lain sound terbaik. Kalau nak dibagi hadiah label2 yang meriliskan cd semula ni aku undi warner music pemenangnya kualit memang tiptop kepuasan pembeli diutamakan. Pendapat aku saja k. Sebab ada cd yang label nsr universal etc memang tak memuaskan hati aku yang ada dalm koleksi aku. Hari tu masa rilis album ni siap ada sampul jual kan limited aku tak sempat beli huhuhu kecewa beb apapun aku redha gitu janji lengkap koleksi album sweet charity aku. Ohya cd koleksi tu nampak gayanya sold out sudah. Ohya kawan2 yg baca entri ni kalau ada extra kotak boxset sc jual kat aku ya.. tinggalkan detail kat ruang komen. Hahaha lahir mu bukan untuk dunia mantap tajuknya.

Nota - baru dapat ngadap pc haha

Isnin, 3 Julai 2017

kaset hitam legam keluaran terbaru


3 ketul kaset terbaru yang masuk dalam koleksi aku, kaset keluaran baru, ianya berwarna hitam pekat, kalau dilihat pada gambar tu nampak cantik dan menarik kan. tapi realitinya kurang manis. apapun yang paling penting adalah soundnya. ketiga2 kaset ni soundnya amat memuaskan. cumanya aku jadi risau juga. melihat kaset2 yang aku beli tahun2 sebelum ni, sebulan dua bulan tak play, kualiti bunyinya sudah kurang memuaskan. aku bertanya juga dalam diri aku. tahan juga ke kaset ni lagi 20 tahun akan datang. sekarang ni pun baru sebulan tak play kualiti soundnya sudah mendap. sebelum 2017 kasetnya jernih. sekarang yang terbaru ni semuanya warna hitam. lihat lah kaset dia atas tu tiga label berbeza yang meriliskannya. nampak ketiga kaset tu keluaran satu kilang saja. aku haraplah kaset hitam ni sound tak jadi mendap macam kaset jernih. aku tengah buat experimen juga untuk tiga kaset ni. kalau lepas berbulan ni tak mendap soundnya aku akan teruskan beli versi kaset. okey lah ni kerisauan hati ku je. saja nak kongsi haha. nanti aku ceritakan dua kaset baru tu di entri berasingan.