Selasa, 8 Ogos 2017

KL METALCAMP 2017


Sekali lagi aku turun gig sabtu lepas, walaupun minggu sebelumnya aku sudah turun gig blackest of the blackest black yang menghimpunkan ramai pemuja irama logam hitam. untuk gig kl metalcamp ni kita akan lihat pencinta muzik bawahtanah yang otai2 turun memeriahkan acara tahunan ni. melihat pada senarai band yang akan beraksi di metalcamp tahun ni. ada rasa teruja sikit sebabnya lihat saja pada flayer diatas tu.

aku gerak bersama 4 rakan dari klang, jam 12 gitu kami gerak, singgah ambil kawan di centrel market seorang. hajat hati nak sampai awal, sampai ke publika saja jam 2 juga haha. ada satu kereta lagi kawan dari klang yang lewat bergerak, sebabnya terikat ngan kerja. jadi kami yang cuti pada hari sabtu ni gerak dulu.

sampai saja di publika lepas letak kereta terus kedai mamak sekejap pekena nasi gereng pattaya. nak makan nasi goreng usa mereka tak jual, nasi gorengnya tak sedap pun haha. melihat senarai band beraksi ni pasti susah nak makan nanti, sebabnya semua band diatas tu aku nak lihat. makan dulu kenyang2 walaupun tak sedap terima kasih kat atto sebab bagi aku udang tu hahaha


sekitar jam 3 gitu, gig pun bermula. band pertama sudah semestinya nonservian. dibarisi line up satu malaysia. perghh tabik sound tak payah cakap blackbox ni. sangat padu muzik bawaan non servian ni. mereka membawakan genre melodic death metal, basist mereka amoi lagi tu power beb.


lepas set nonserviam tadi, band dari filipina ambil alih pentas, kalau tadi di hidangkan ngan irama melodic death, kali ni band mas hypnosia membawakan muzik thrash lama. mereka bertiga saja macam sodom gitu. lagu pertama saja ada masalah gitar, bunyi tak kedengaran, nasiblah sound enginer hari tu menyedarinya kalau tak mati2 gitaris main penuh perasaan sound tak kedengaran. betul bak kata kawan aku dorang main stail muzik old kreator. lain macam thrash nya. ganas gitu. lupa nak sambar cdnya argghhh


band dari kota singa. yang dibarisi pemuzik berbangsa india. rasanya belum ada lagi band2 metal malaysia yang sama macam rudra, ada pun perna aku tengok campuran juga. ini kali pertama juga aku menyaksikan mereka, banyak baca saja info2 mereka dalam majalah, jadi keinginan aku untuk menyaksikan mereka kali ni kuat juga. lagu demi lagu mereka hamburkan, mereka sangat unik muzik pun menghiburkan. lagu penutup lain macam bunyinya rentaknya pun best haha.


infectious maggots, ini kali kedua aku melihat mereka, kali pertama pun di metalcamp, lupa tahun bila punya metalcamp tu, kat stadium chin woo. masa tu vokalisnya masih fathul lagi. guna dua mic. dikabarkan sebelum gig ni akan diperkenalkan vokalis mereka, pergh dasyat juga vokalnya, kawan aku cakap vokalis baru ni dari band negation madec tornedo kalau tak silap namanya. set maggots pada hari tu huruhara dibuatnya.


trauma dari indonesia, pertama kali tengok mereka live depan mata. apa yang boleh aku katakan mereka memang kental dengan muzik death metal nya. ribut..sama seperti maggot tadi. lepas trauma ni gig direhatkan. sekitar jam 8 gitu gig bersambung semula.


saat yang dinantikan oleh kebanyakan hadirin yang hadir hari tu, metalasia tidak payah lah perkenalkan mereka. ini saja gambar yang sempat aku ambil hari tu. apa yang aku ingat lagu yang mereka persembahkan hari tu lagu duit ngan ning. yang lain2 aku tak biasa dengar haha


band yang aku teringin nak lihat sekali lagi. dulu masa king from hell tali gitar putus untuk dua lagu terakhir. dan kali ni athotorgh menghabiskan persembahan mereka tampa cacat celanya. bila masuk lagu promaster dieyana tu bergema dengan laungan bersama promaster dieyana.. perghh meremang bulu roma part ni.


band terakihir hari tu di terbangkan dari jepun abigail. memainkan irama black thrash.. enjoy habis crowd masa ni. aku hanya duduk tepi saja letih dan black out.



habis sekitar jam 10pm lebih macam tu. tak tunggu lama terus balik saja. sempat singgah nz pekena sup tulang sayangnya sup tulangnya tak sedap. pada hari kejadian ni shisa nur tutup kedai.. aarghhh!!

in metal we blast

Khamis, 3 Ogos 2017

Gerodok / Kerna dia


Split tape

Rasanya ni rilisan semula juga. Pertama kali lihat iklannya aku terus macam biasa dengar nama gerodok tu. Mulanya aku ingat tajuk albumnya kerna dia rupanya nama band split gitu. Apa yang buat aku teruja untuk memilikinya adalah ada satu lagu yang boleh aku katakan di eranya sangatlah popular di area sandakan terutamanya negeri lain di sabah pun rasanya pasti ada dengar lagu ni kalau mereka orang sabah. Lagu yang aku maksudkan bulan lapan disandakan. Pada mulanya dulu2 ingatkan budak2 sandakan yang buat lagu ni. Ternyata lepas beli tape ni baru tau pemuziknya dari daerah mana. Lahad datu beb. Lagunya memang menjadi siualan di sekolah masa melepak senang saja liriknya bulan lapan disandakan ingatkan lagu skinhead ternyata punk lah pula. Sebenarnya aku nak cerita pasal satu lagu ja tu. Alang2 sudah dengar keseluruhan kaset ni. Aku cerita lah sikit kualiti soundnya serta lagu2nya. Untuk band kerna dia sound mantap lagu2nya pun senang hadam mereka menyumbang 5 lagu. Manakalah gerodok tujuh lagu. Sound untuk gerodok sedikit mentah namun begitu masih menghiburkan..

Selasa, 1 Ogos 2017

Blackest of the blackest black 2017


Hell-o semua..

ini ada sedikit catatan untuk gig yang aku hadiri semalam ahad 30/07/2017. dengan kekangan masa yang semakin terhad dan cabaran hidup makin mencabar diusia masuk angka tiga ni, ianya sedikit sebanyak meletihkan aku. ditambah2 dengan line internet yang tak menentu, nak menghadap pc ni pun bukan lagi macam sebelum ini. jadi ini sedikit coretannya.

aku balik dari kursus jam 1 lebih sempatlah aku balik kerumah hantar baju nak cuci. gerak ke lokasi gig nak dekat jam 4 rasanya. aku terfikir juga akan telewat dan melepas dari melihat band ironbird. antara band yang aku nak saksikan dipentas playspace, bak kata ura2 mengatakan tempat gig ni memang sound mantap. dalam perjalan ke damansara perdana faham2 lah kan jalan nya ada 2 kali pergerakan kereta amat perlahan. namun begitu aku sempat sampai sebelum set ironbird berakhir.

IRONBIRD


sampai saja di pintu masuk. bayar tiket yang berharga rm35 tak dapat percuma, sebab percuma kaset untuk mereka yang datang awal sahaja dapat. lepas saja tangan di ikat ngan tiket aku terus masuk ke venue. ironbird sudah mengganas dengan alunan heavy metal evilnya. tampa buang  masa terus masuk headbang dan moshing hahaha sorry siapa2 yang terkena mosh masa ironbird beraksi, aku hilang akal masa ni. lama rasanya tak turun gig. nak balas dendam katakan... namun begitu. aku sampai saja lagu ketiga sudah dipersembahkan, jadi aku hanya sempat menyaksikan satu setengah lagu, sebab lagu terakhir tak dihabiskan disebabkan masalah teknikal yang melanda pentas.. jumpa lagi ironbird di bertukang malam malam nanti.

lepas ironbird aku keluar kejap ambil udara, baru terasa pinggul aku sakit hahaha.. mungkin tiada panaskan badan terus masuk moshing..padan muka aku hail kejahatan.

BLACK ABYSS



salah satu band black metal tempatan top 5 yang aku minati. sudah beberapa kali aku lihat persembahan mereka. jujur aku katakan sound black abyss tak sesuai untuk dibangingkan oleh kepala ku ini hahaha.. aku lebih tenang bila mendengar muzik mereka dari beraksi membunuh diri masuk moshing seperti irama ironbird yang penuh ngan keterujaan haha... hail juga pada black abyss

INCENSE



Aku hampir tak kenal band ni, sebab logo sudah tukar, baru ajak kawan p minum, nasiblah dia bagitau incense yang main. hahaha... okey power juga muzik dorang masa live. jika nak dibandingkan dengan sound ep mereka. susah mau hadam, persembahan live memang menghiburkan.

BESTIAL HORDES


Sekali lagi jujur aku katakan, aku tak akan ambil risiko memandu dengan kelajuan maksimun tekan minyak habis semata2 untuk melihat gig ni. disebabkan band ni aku takut terlepas aku ambil risiko HAHAHA...
Bestial hordes mendengar lagu2 mereka dalam rilisan yang ada dalam koleksi aku, ianya sangat2 mengujakan. dapat menyaksikan mereka beraksi depan mata. tak akan aku lepaskan. ngam2 juga aku sampai mereka belum beraksi. nasiblah ini malaysia gig pasti akan lewat sikit dapatlah menyaksikan band bestial hordes ni. untuk set bestial hordes kegilaan ditahap yang melampau. sokongan dari crowd penuh ngan kegilaan. walaupun sound yang terhidang tidak sama seperti dalam cd, namun tahap permainan bestial hordes tidak payah dipertikaikan.  heran juga aku sebenarnya, bukan kah dikabarkan playspace ni mempunyai sound system yang padu. tapi sayang sound sama saja seperti tempat2 gig yang berskala kecil. boleh aku katakan hanya band claw saja yang vokal kedengaran padu. band2 lain semuanya macam tak jelas kedengaran. apapun aku sudah menyaksikan kehebatan permainan setiap line up bestial hordes. terbukti band ini akan aku masukkan dalam top 10 band pilihan aku. hail bestial hordes harapnya dapatlah menyaksikan mereka dilain waktu. sempatlah sambar sekeping album baru mereka tu. semalam aku balik dari gig tak sempat nak layan semua lagu pasang saja terus lelap disebabkan penat yang menggila.

DISOBEYED

2 Band diterbangkan dari sabah untuk gig kali ini, megaton salutan untuk organiszer. jarang2 sekali kita melihat gig di kl ni yang membariskan band2 Jahat dari borneo sana. untuk set disobeyed ini kali kedua aku menyaksikan mereka. kali pertama masa gig kat penylane. jujur aku katakan aku bukan maniak muzik yang dibawakan oleh disobeyed ni. seperti band2 lain aku tak dapat nak dengar kebuasan sound mereka pada hari kejadian, jika nak dibanding dengan sound dalam album mereka soundnya cukup padu dan bertenaga sekali. apapun taniah buat disobeyed. ohya aku sempat beli kaset band ni..hajat hati nak beli patches nya saja, sudah bayar baru perasaan patchesnya ada jual asing hahaha sebab albumnya dalam bentuk cd ada dalam simpanan. hail disobeyed

CLAW



ini band buat aku tak jadi balik. rancangan asal aku dapat lihat bestial hordes dengan disobeyed aku balik sebabnya aku tersangat2 letih. 2 hari 1 malam tu aku kursus, kursus paling kejam perna aku hadiri. tiada masa nak berehat. okey lupakan pasal kursus. mari aku ceritakan pasal band claw ni. mendengar rilisan album awal mereka ianya sudah mengujakan untuk dihadam. inikan pula nak dengar live depan mata. di antara semua band yang beraksi hari tu, aku suka muzik dan sound yang dipersembahkan oleh claw. sempurna, sound vokal kedengaran dengan jelas dan lantang. padu juga jeritanya si sham baik ni. sepanjang gig ni aku tunggu sound macam ni. menghiburkan aku okey.. haha hail claw tolong riliskan versi kaset tu kepada cd..

INSULTOR


Band insultor ngan claw ni tak jauh beza pun dua2 band black metal kata2 kufur. sudah banyak kali melihat band ni beraksi. jadi tak teruja sangat, macam biasa lah band kufur macam ni memang menghiburkan hati ini. jahat dan kejam suka gaya vokalisnya. hail insultor.

VI IV IV



band terakhir pada hari itu. aku sempat melihat satu lagu lepas tu terus keluar, memang tak tahan sudah penat gila. band ni sama juga macam insultor sudah biasa tengok jadi keterujaannya tu sudah kurang. tak dapat nak ulas  lebih. aku pun belum beli lagi album mereka masih menunggu giliran haha.

keseluruhannya gig ni berjaya kehadiran penggemar muzik black metal memang ramai. cuma sound tu telinga aku ni kurang berkenan hahaha. yang lain2 bestnya dapat bersua muka dengan kawan2 yang jarang2 jumpa. gig ni berakhir cepat saja. pantas bertindak tabik band2 yang beraksi tak ada soundcheck bagai yang membuang masa. harap2 semua band dimalaysia ni kurang kan masa soundcheck bukan satu band beraksi kena gig yang banyak band maunya sampai lewat malam baru habis. ini gig kedua terpantas habis perna aku hadiri... jumpa lagi di lain hari hellyeah 666..

hail juga kejahatan... HAHAHA (gelak cara dracula)

yang ambil gambar ni gambar dia diatas sekali tu pegang mic, si ash haha

ada video ironbird kat bawah ni, masa ni aku belum datang..
nota hanya video ironbird ni saja aku jumpa di youtube. band lain2 tak pasti ada masuk youtube kah sudah hahaha..