Khamis, 3 Ogos 2017

Gerodok / Kerna dia


Split tape

Rasanya ni rilisan semula juga. Pertama kali lihat iklannya aku terus macam biasa dengar nama gerodok tu. Mulanya aku ingat tajuk albumnya kerna dia rupanya nama band split gitu. Apa yang buat aku teruja untuk memilikinya adalah ada satu lagu yang boleh aku katakan di eranya sangatlah popular di area sandakan terutamanya negeri lain di sabah pun rasanya pasti ada dengar lagu ni kalau mereka orang sabah. Lagu yang aku maksudkan bulan lapan disandakan. Pada mulanya dulu2 ingatkan budak2 sandakan yang buat lagu ni. Ternyata lepas beli tape ni baru tau pemuziknya dari daerah mana. Lahad datu beb. Lagunya memang menjadi siualan di sekolah masa melepak senang saja liriknya bulan lapan disandakan ingatkan lagu skinhead ternyata punk lah pula. Sebenarnya aku nak cerita pasal satu lagu ja tu. Alang2 sudah dengar keseluruhan kaset ni. Aku cerita lah sikit kualiti soundnya serta lagu2nya. Untuk band kerna dia sound mantap lagu2nya pun senang hadam mereka menyumbang 5 lagu. Manakalah gerodok tujuh lagu. Sound untuk gerodok sedikit mentah namun begitu masih menghiburkan..

2 ulasan:

  1. Wah..terbaik.tq sebab share kalo tak aku mmg taktau lagu2 dari sana

    BalasPadam