Khamis, 30 November 2017

Search - Katharsis


2017 tahun untuk search.. dari awal tahun penuh ngan cerita search dari album usa.. isu ke isu panas suam dan perbagai lagi. Dan akhirnya semua bergembira dengan lahirnya katharsis.. walaupun memberi petanda ini adalah album terakhir search.. 'mungkin' dan harapnya ini bukan terakhir...

Katharsis baru saja rilis.. sudah bermacam2 komen pendapat dari pendengar.. sejujurnya bagi aku ini album nak kata best tak juga. Mungkin ini search jadi mendengarnya penuh ngan keterujaan.. haha

Dua lagu sudah di pra dgr kan untuk single sidang kangaroo dan nama yang kau lupa.. dua lagu ni aku sudah cukup teruja untuk mendengar di spotify haha.. antara dua lagu ni sidang kangaroo ni susah nak hadam dan nama yang kau lupa sedap haha

Bila rilis saja album ni aku lewat dua hari untuk memilikinya.. spotify ada bagi free dengar jadi aku dengar seberapa kerap kat situ.. kurang kepuasannya tampa inlay ditangan... dengar gitu habis gitu ja.

Bila cd album ni berada dalam genggaman.. baru lah kepuasan dapat di rasai.. bak kata deaf lagu sidang kangaroo tu nampak macam petanda awal album ni tak best kenapa lagu tu buat single pertama.. 10 lagu dalam album ni aku boleh katakan best. Setiap lagu mempunyai kekuatan melodinya sendiri..

Bab sound ianya memang tak kan sama ngan album2 search yg dulu.. kalau nak tau search nye album memang kita akan dpt kelainan disetiap album mereka. Mungkin hanya dua album yang sound adik beradik langit dan bumi _MMDUT lain dari itu ianya berbeza. Dan kekuatan album katharsis ni ada lah kelaianan tu. Kita tak kan dengar lagi pukulan drum lembut yazid dalam ni. Kedengaran berbeza..

Nak juga aku bandingkan ngan gothik malam edan sebab tu album era baru search.. ternyata tak dapat disamakan.. walaupun aku boleh katakan album GME tu best sebab ada lagu killer irama marakas haha. Katharsis ni ntahlah nak letak lagu sedap cam irama marakas tu.

Buat masa sekarang ni aku dapat 3 lagu yg melekat dlm fikiran nama yang kau lupa henjut dan apologia.. mungkin terlalu awal untuk menghukum album ni. Jangan nanti tersilap macam GME Masa rilis kita tak dapat terima sound muzik search sebab kita rindukan search lama.. kita kena terima perubahan.. dengarkan album ni macam2 feel datang.. aaarghh

Okey aku terbaca kat fb.. sound album ni vokal tengelam.. apa kamu ingat ini era gema di timur jauh dan rock n roll pie vokal kedepan.. bagi aku ngam saja sound dalam ni.. nak kata suara amy tenggelam.. k cuba play balik dengar.. lagu mana tu yang sound vokal tenggelam.. satu album atau 2 3 lagu.. rasanya kalau 2 tiga lagu telinga aku rasanya dapat tangkap kecacatan tu... m nasir tu tak kan dia tak dapat tangkap kelemahan dalam album ni kalau vokal jatuh teruk.. haha apapun telinga masing2..

Keseluruhan.. ya aku gembira dengan lahirnya katharsis ni.. walaupun lagu2nya kena makan masa untuk melekat dlm ingatan dan menjadi siulan jiwa.. aku harus akui ini search.. semua lagu mereka sudah ada dlm jiwa..

Apa tunggu lagi support trus..selama ni tanya bila album baru keluar ni ada sudah ni. Boleh pilih2 warna cd lagi. Kalau mampu beli semua.. macam aku ni aku mampu beli sekeping saja dan ianya menggembirakan hari2 ku...

Sabtu ni aku tak dapat trun ke konsert di shah alam tu.. walaupun separuh jiwa ku ingin turun.. apakan daya kerja harus di utamakan.. kalau ahad mungkin peratusan tu aku boleh turun.. okeylah...

Nyanyi pun kena betul tak kan boleh salah vokal tengelam HAHAHA... gagal lista.. 

Selasa, 28 November 2017

Sound valley festival 2017

LOUDNESS
WINGS
MAY
METALASIA
Aku kembali lagi hahaa..
Mula nya aku nak buat entri sekaligus apa yg aku nak cerita sepanjang blog ni menyepi..tapi aku fikir buat sajalah satu2.. ni pun masa aku terhad sudah.. kerja bukan macam dulu 5 hari seminggu.. skg ni kerjanya kalau boleh ahad pun kerja.

K lah aku nak cerita pasal konsert  ni dulu.. masih lagi segar dlm ingatan.. sebenarnya aku dalam dilema juga nak trun mana satu. Sbb sabtu ahad ada event.. sabtu tu aku nak tgk neftaraka.. bila fikir2 sabtu aku kerja tak cuti. Ahad pula aku boleh balik setengah hari. Dgn situasi orang baru aku terpaksa melupakan untuk melihat neftaraka beraksi..

Jadi peluang ahad tu aku ambil. Dan mesej kawan aku suruh belikan tiket konsert ni. Sebenarnya keterujaan aku nak ke konsert ni bukan lah nak tgk loudness beraksi.. aku lebih teruja nak lihat may..

Kira bonus besar lah dpt lihat loudness ni kan beraksi dlm hati ku. Tambah2 ada wings.. metalasia tu aku boleh skip ja. Tapi layan juga lah dorang nye show hari tu.

Ada dua band lagi beraksi aku tak ingat nama band metalcore ngan satu sebijik cam black sabbath dorang cover semua lagu black sabbath. Kata kawan aku dorang pemuzik club gitu.

Tak banyak gambar band aku snap. Sbb jarak aku jauh.. kamera henpon pun tak jelas.. snap satu dua saja buat kenangan..


Selepas band metalcore beraksi.. giliran metalasia.. masa metalcore main tu kami masih diluar.. metalasia ni gitar hero. Lirik dorang tak lah puitis sgt tapi permainan gitar dorang mmg wow gitu.. dua gitaris berlawan bayangkan tu. Aku rasa setlist mereka hari tu sama juga macam setlist metalcamp.. lagu terakhir macam biasalah puspasari duet ngan gadis yg padu juga vokalisnya..


Habis ja metalasia.. setengah jam jugalah may soundcheck.. lagu pertama saja aku tak perna dgr rasanya dari album strategi berat juga lagunya.. dlm 10 lagu juga may beraksi.. masa mula2 tu suara mus memang padu. Masuk lagu hujung2 tu semput sudah dia. Baru pulih kan mus dari sakitnya tu. Pelayaran dari kacamata gadis bertudung putih dan lagu sinar mmg nyanyi sama2lah. Yg lagu2 heavy yg tak perna ku dgr tu kemungkinan dari album strategi sbb aku tak ada album tu. Haha tak ada org nak reisu ke cd tu.. harga cd 1 press ja dah ratus2... apapun may mmg terbaik walaupun sound gitar kelaut haha..

Lepas may.. konsert direhatkan sambung malam.. malam tu kalau tak silap aku band yg alah2 black sabbat tu beraksi. Lepas dorang wings.. yeay dpt juga aku tengok line up terbaru ni haha. Gitaris sam ngan edrie hasim dua gitaris sudah wings.. malam tu aku dpt rasakan bukan wings yg beraksi. Ibarat awie n the geng.. tampa joe muzik live wings sudah berubah. Apa yang aku dgr malam tu mmg lain dari konsert2 yg perna aku saksikan. Rasanya 5 ke 6 lagu saja wings beraksi.. lagu pertama tu rantai.. bujang senang awang thrash apa lagi aku lupa haha. Yg tak boleh terima lagu sejati sudah jadi lagu rancak hahaha... nak dgr solo joe dlm cd tu kan sudah tak ada.. apapun kalau joe ada sekali malam tu 3 gitaris dpt aku bayangkan powernya.. hahaha.. lepas ni kalau wings buat konsert tampa joe mungkin aku skip trun..

Tak ramai yg trun konsert ni. Yg dinantikan oleh kebayakan yg hadir sudah semestinya loudness.. masa ni kaki aku sudah rasa nak tercabut. Disebabkan band ni aku gagahi juga.. pertama sekali aku dgr sound mereka perghhhh sedapnya.. tak sama ngan sound band2 local yg beraksi tadi.. ianya umpama mendengar cd. Rasa hati berkata betul kah dorang yang main.. sedap ja.. sound gitar perghh nampak satu gitar yg main tapi kedengaran seolah dua gitar.. bila pemain gitar nya solo perghhh hebat band ni. Walaupun tak ramai yg dtg. Tapi band ni betul2 all out... ada lah dua tiga lagu aku selalu dgr loudness ni. Crazy nigth so lonely.. perghh lagu jiwang rasanya satu saja dorang bawa.. atau tiada lagu jiwang dorang hahaha.. betul2 heavy muzik loudness ni.. dpt aku bayangkan kalau maniak loudness nonton konssert tu pasti puashati. Aku saja ni tak minat terus tengok sampai habis walaupun kaki aku nak tercabut sudah..

Sekitar jam 12 juga lah habis konsert ni. Puashati.. kadang sedih juga. Sbb tiket ada satu tak guna. Kawan baik aku yg selama ni trun ke konsert gig telah pergi mengadap ilahi.. tiket dia terpaksa bagi org.. tak sempat dia melihat loudness live. Dlm grup apa semua dia beria2 nak tgk konsert ni. Apakan ajal dia sudah tiba.. semoga sahabat aku ni aman disana.. sob sob sob....

K itu sajalah catatan kali ni. Maaf lah kalau ada typo...