Khamis, 30 November 2017

Search - Katharsis


2017 tahun untuk search.. dari awal tahun penuh ngan cerita search dari album usa.. isu ke isu panas suam dan perbagai lagi. Dan akhirnya semua bergembira dengan lahirnya katharsis.. walaupun memberi petanda ini adalah album terakhir search.. 'mungkin' dan harapnya ini bukan terakhir...

Katharsis baru saja rilis.. sudah bermacam2 komen pendapat dari pendengar.. sejujurnya bagi aku ini album nak kata best tak juga. Mungkin ini search jadi mendengarnya penuh ngan keterujaan.. haha

Dua lagu sudah di pra dgr kan untuk single sidang kangaroo dan nama yang kau lupa.. dua lagu ni aku sudah cukup teruja untuk mendengar di spotify haha.. antara dua lagu ni sidang kangaroo ni susah nak hadam dan nama yang kau lupa sedap haha

Bila rilis saja album ni aku lewat dua hari untuk memilikinya.. spotify ada bagi free dengar jadi aku dengar seberapa kerap kat situ.. kurang kepuasannya tampa inlay ditangan... dengar gitu habis gitu ja.

Bila cd album ni berada dalam genggaman.. baru lah kepuasan dapat di rasai.. bak kata deaf lagu sidang kangaroo tu nampak macam petanda awal album ni tak best kenapa lagu tu buat single pertama.. 10 lagu dalam album ni aku boleh katakan best. Setiap lagu mempunyai kekuatan melodinya sendiri..

Bab sound ianya memang tak kan sama ngan album2 search yg dulu.. kalau nak tau search nye album memang kita akan dpt kelainan disetiap album mereka. Mungkin hanya dua album yang sound adik beradik langit dan bumi _MMDUT lain dari itu ianya berbeza. Dan kekuatan album katharsis ni ada lah kelaianan tu. Kita tak kan dengar lagi pukulan drum lembut yazid dalam ni. Kedengaran berbeza..

Nak juga aku bandingkan ngan gothik malam edan sebab tu album era baru search.. ternyata tak dapat disamakan.. walaupun aku boleh katakan album GME tu best sebab ada lagu killer irama marakas haha. Katharsis ni ntahlah nak letak lagu sedap cam irama marakas tu.

Buat masa sekarang ni aku dapat 3 lagu yg melekat dlm fikiran nama yang kau lupa henjut dan apologia.. mungkin terlalu awal untuk menghukum album ni. Jangan nanti tersilap macam GME Masa rilis kita tak dapat terima sound muzik search sebab kita rindukan search lama.. kita kena terima perubahan.. dengarkan album ni macam2 feel datang.. aaarghh

Okey aku terbaca kat fb.. sound album ni vokal tengelam.. apa kamu ingat ini era gema di timur jauh dan rock n roll pie vokal kedepan.. bagi aku ngam saja sound dalam ni.. nak kata suara amy tenggelam.. k cuba play balik dengar.. lagu mana tu yang sound vokal tenggelam.. satu album atau 2 3 lagu.. rasanya kalau 2 tiga lagu telinga aku rasanya dapat tangkap kecacatan tu... m nasir tu tak kan dia tak dapat tangkap kelemahan dalam album ni kalau vokal jatuh teruk.. haha apapun telinga masing2..

Keseluruhan.. ya aku gembira dengan lahirnya katharsis ni.. walaupun lagu2nya kena makan masa untuk melekat dlm ingatan dan menjadi siulan jiwa.. aku harus akui ini search.. semua lagu mereka sudah ada dlm jiwa..

Apa tunggu lagi support trus..selama ni tanya bila album baru keluar ni ada sudah ni. Boleh pilih2 warna cd lagi. Kalau mampu beli semua.. macam aku ni aku mampu beli sekeping saja dan ianya menggembirakan hari2 ku...

Sabtu ni aku tak dapat trun ke konsert di shah alam tu.. walaupun separuh jiwa ku ingin turun.. apakan daya kerja harus di utamakan.. kalau ahad mungkin peratusan tu aku boleh turun.. okeylah...

Nyanyi pun kena betul tak kan boleh salah vokal tengelam HAHAHA... gagal lista.. 

6 ulasan:

  1. Pada aku katharsis sound dia sendiri... Aku tak dpt nak bandingkan dgn album-album dorang yang lepas.. Jauh sekali dgn hits mereka dulu

    BalasPadam
  2. Album ni mmg aku tak beli.tggu lah kalau terasa nak dengar mmg aku beli.cuma aku tggu search 10 tahun je tu pun kalo ada jual kt kedai.bkn mcm jual kt kroni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari ni kat tapak konsert shah alam ada jual katanya. Aku pun nak beli cd 10 tahun tu. Kaset aku sound dia tak jelas sudah...

      Padam
  3. Suara tenggelam...ingat ni aiman tino ker nak suara ke depan...ni rock n roll beb...hahaha...

    Aku xder la excited sangat...pasal aku tau Search tak target peminat mcm aku...zaman LDB dan MMDUT dah lama mereka tinggalkan...layan apa yg ada jer la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sabar aku nak baca rebiu kamu bert.. haha

      Padam