Ahad, 3 Disember 2017

Search live konsert gegaran 2017







Dapat juga aku turun konsert ni.. walaupun aku sudah jangka tak kan dapat turun ke konsert ni.. sabtu tu ngam2 pula tinggal satu unit saja jam 9 gitu aku dah jatuhkan kontena.. kemas2 apa yang patut jam 10 aku tengok jam.. dalam hati aku pagi tu tengah plan juga cemana aku nak kesana ya. Keinginan aku ke konsert ni bukan lah untuk menyaksikan search live sebab aku tau aku boleh skip konsert ni tahun akan datang pasti ada juga.. apa yang betul2 membuat aku nak ke konsert ni adalah untuk membeli cd sepuluh tahun.. kat fb mmg tak ada jual.. dapat tau pun cd ni ada jual di lokasi konsert itu yang buat aku teruja...

Aku pecut motor dari westport ke shah alam jam 10pm.. dan aku harap sempat lah sampai kan sebelum konsert tamat.. sampai saja aku di lokasi search sudah beraksi geng.. dengar dengan jelas soundnya.. aku cuba parking motor sedekat yg boleh.. lepas ja aku parking aku terus cari kedai jual official produk search ni.. tapi tak jumpa.. aku pusing2 tak jumpa jumpa lah satu kawan situ tanya mana kedai yg jual cd. Katanya ada kat dlm.. aku tak fokus dah ngan konsert sebab dari luar pun boleh tengok dengan jelas search beraksi.. dorang hanya tutup langsir hitam sepanjang lokasi tak tinggi mana pun ramai juga org kat luar menyaksikan secara percuma..

Kawan aku tadi cakap kau nak masuk ke. Aku kata tak ada tiket.. dia terus  hulur kat aku satu tiket.. ingat lagi yang tiket loudness arwah kawan aku tu. Dengan dia ni lah kami bagi tiket tu. Terkejut juga aku.. aku terus ambil saja dan masuk..

Bila aku di dalam habis lagu yang di dendangkan oleh search dan lagu seterusnya perghhh lagu kesukaan ramai fan biasa2 search.. isabella.. aku terus cari lokasi jual cd ada kat tepi gerainya. Sambil aku buat live video kat fb sambil beratur nak bayar cd sepuluh tahun..

Habis lagu isabella.. terus dorang bawakan lagu kereta merah.. masa ni barulah aku fokus kedepan stage.. perghh amy nye stail malam tu sebijik cam konsert evolusi cuma dia pakai seluar hitam. Kalau merah ngan singlet mmg dialah tu hahaha.. rambut amy pun dan panjang gonrong gitu..

Aku dengan baju kerja ku.. rasanya kalau ada yg dekat ngan aku mesti terbau peluh aku hahaha ngan safety shoe segala.. aku cuba enjoy konsert ni.. aku masuk tu pun penjaga tiket tu cakap konsert dah nak habis beb.. aku cakap aku nak beli cd haha..

Lepas kereta merah.. pelesit kota.. ada gak masalah pada bass nasir tali penyangkut gitar tu tercabut.. budak2 ramai yang moshing.. ni mesti fan hujan bunkface.. konsert ni kan membariskan band2 boleh lihat gambar last kat tiket tu haha... enjoy rasa nak melompat2 gak lah.. ramai yang minta lagu pawana..terjerit2 gitu..nah search terus bagi.. aku ingat banyak lagi lagu.. rupanya last lagu sudah pawana hahaha.. enjoy..


Dalam jam 11.20 gitu habis konsert ni..
Aku pun terus keluar dengan senyuman macam tak caya dapat tengok konsert ni.. 4 lagu ja sempat apapun aku happy haha.. tak dpt tengok lagu baru sidang kangaroo katanya ada dimainkan..

Tak apa tahun akan dtg pasti ada promoter konsert lamar search... kita jumpa sana nanti all out.. 

4 ulasan:

  1. Aku tak rasa dorang akan stop...benda boleh buat duit...mesti akan ada lagi show mendatang...
    tak beli cd live 99 tu ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak beli.. bajet ngam2 utk cd sepuluh tahun ja. Live tu nanti boleh beli online saja..

      Padam
  2. keciwa dengan ko. patut masa Isabella tu patut ko lari depan stage dan nyanyi kuat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. segan aku bersesak.. bau badan aku baru balik kerja haha..

      Padam