Jumaat, 8 Disember 2017

Storm Of Nebiula Compilation Cd 2017



Haha.. masih lagi deman katharsis ni.. disebabkan ada kemasukan baru dalam koleksi kena juga beri laluan untuk di dengar.. sekarang ni dengar muzik amat terhad sudah masanya. Balik kerja lewat2 malam.. huhu.. ambil masa 1 album sehari dengar gitu..

Aku nak cerita cd kompilasi ni. Ya semua metalhead malaysia pasti tau lah ni kompilasi yg kira terunggul juga dlm scene bawahtanah.. masa2 mula kenal metal dulu ini antara kompilasi yang mengenalkan aku pada band2 besar tempatan. Dengar versi kaset ja dulu..

Bila rilis semula dlm format cd tahun ni aku memang tak bagi can. Kena sambar bab katanya terhad saja 300 pcs. Kalau nak memiliki cd keluaran pertama memang tak dpt lah.

Band2 yang terlibat dlm ni kompilasi antaranya langsuyr, as sahar, vociferation eternity, aradia dan sil khannas.. ada  12 lagu... semua lagu sedap2 pula tu..

Ohya disertàkan juga poster disetiap pembelian.. haha poster aku tu remuk juga masuk dlm bungkusan poslaju.. letak bawa tikar seminggu ni harap jadi baik semula haha..

Oklah harap yg no 2 tu pun kasih rilis semula.. kalau dapat riliskan dark live collection pun ok juga. Aaahh semualah album2 metal tempatan yg lama2 kasih rilis balik macam ni cd kan..

Dengar muzik gini kepala pun kena goyang kalau nak feel lebih hahaha..

Nanti aku cerita lain kali cd  kaset yg belum aku tampal dlm ni..


1 ulasan:

  1. budak 80an ada Battle Of The Bands...budak 90an kira kompilasi ni la kot...haha...

    BalasPadam