Jumaat, 27 September 2019

Jugra - Alif Ba Ta



Band yang berasal dari selangor. Antara band yang aktif meriliskan meterial dalam pergerakan Darah & Maruah. Album baru ni diberi judul alif ba ta membawa maksud permulaan.. diriliskan oleh label winter solace amerika. Memuatkan 10 lagu. Untuk album kali ni mesej jugra sudah meluas. Kalau sebelum ni mereka menyeruh bangsa melayu untuk bersatu hati mempertahankan tanah melayu. Kali ini mereka menyeruh alam nusantara pula untuk bersatu hati di bawa payung NUSANTARA RAYA. fuhh dan mereka bangga berhaluan kanan. Rentak muziknya pula berbeza2 ada bunyian slow rock punk metal dan skin. Yg pasti mereka menggelarkan muzik bawaan mereka patriotik metal... 

Rabu, 25 September 2019

A.C.A.B - BANGUN Skinhead oi!




Album keberapa acab pun aku tak tau malas aku mau google haha. Aku follow acab ni sebab dulu aku ada kaset kompilasinya. Ntah kemana hilang tu kaset seingat aku kaset tu kesayangan. Sampai sekarang tak perna tengok orang jual lagi. Dalam kaset tu ada lagu2 sofea dua lagu klu tak silap. Huhu.. heran juga aku album ni muzik sedap dan menghiburkan tapi tak naik harga dan jadi buruan kolektor malaya seperti album2 lain acab yg harga ratusan skg. Nasib lah ada rilisan semula dapat lah harga murah siki. Aku beli cd ni kat lazada kat kl sana pun masih banyak jual. Dan dengar kabarnya album orang timur tu akan rilis semula. Hah.itu album aku nak sangat2 sbb dorang sadur lagu2 sofea semua. K 

Ahad, 15 September 2019

Apparatus - Absurd 19



Berkesempatan menyaksikan band ni beraksi hari tu masa pelancaran album ni di rumah api. Tak banyak aku tahu pasal band ni. Yang pasti mereka memainkan irama punk. Lagu2 dalam kaset ni pun semuanya layan. Bersempena tour eropah mereka pihak legion music meriliskan kaset ni terhad. Tidak boleh nafikan band ni memang padu. Melihat persembahan mereka depan mana total huruhara. Ada 10 lagu dlm ni. Durasi setiap lagu tak sampai 2 minit pantas gitu. Huhu lepas ni kalau jumpa rilisan awal mereka pasti aku sambar. 

Rabu, 4 September 2019

Con-damn the corruptor - Songkial




Album ketiga dari band yang aku minat ni. Haha masa mula2 dengar album pertama mereka dulu aku terus jatuh suka. Apa saja yang terbaru dari mereka aku sebolehnya ingin memilikinya. Saat gembira bila dapat melihat mereka live depan mata masa tour untuk album ni di damansara. Aku ada tulis sikit cerita tu kat entri lepas.. album baru ni memuatkan 10 lagu termasuk intro dan outro. 8 lagu lah gitu. apa yang menariknya band ctc ni mereka masih lagi mengekalkan muzik bawaan mereka dengan penambahan kisah2 duka lara manusia dan alam semula jadi. Dan semestinya sifat melawan pemenrintah tu adalah asas mereka.  Lagu real justice saja sudah menceritakan keadilan abg2 polis ni. Ya bukan semua polis perasuah tapi kebanyakan dari mereka aku perna kena tahan duit juga lah dorang minta dulu hahaha.. lagu story from our land di kitar semula dengan diberikan nafas bahasa dusun. Backlane hooker pergh lain macam rentak muziknya mengujakan. Bagi aku album ketiga ni secukup rasa feel masa dengar tu lain2 disetiap lagunya.. harapan teruskan berkarya ben.

Hail sumandak hail ctc.. aummm