Ahad, 12 Januari 2020

Too phat - 360'


Selamat datang 2020... dan selamat tahun baru buat blogger2 yang masih aktif dalam alam maya ni yang singgah menjenguk blog aku yang hidup segan mati tak nak ni haha.. walaupun aku sudah jarang2 masuk blog ketahuilah aku masih lagi bersemangat seperti dulu. Cuma keadaan yang agak membataskan aku mencoretkan koleksi2 yang masuk dalam arkib aku.. selepas aku terjun ke bidang lain aku sudah tak seaktif dulu. Masa kerja yang sangat padat.. kadang2 nak dengar koleksi yang baru mendarat pun kadang tu hujung2 minggu baru aku boleh buka haha.

Apapun kerja harus di utamakan.. dan respek pada jiran2 yang masih aktif berblog.. untuk permulaan tahun ni aku memulakan langkah kiri  dengan pembelian yang mengejutkan seluruh koleksi aku. Buat pertama kalinya selepas berkurun main cd kaset. Aku terbeli album hip hop. Ya halwa telinga aku boleh terima lagu2 hip hop tak ada masalah. Tapi untuk membeli fizikalnya mungkin agak belakang dalam list.

Bila nampak iklan untuk cd ni aku mula teruja untuk memilikinya. Mulanya aku ingatkan lagu alhamdulillah versi bahasa ada dalam album ni. Dengan yakinnya aku beli haha. Tapi ternyata tekaan aku meleset dani itu yang buatkan aku agak kecewa sedikit. Selepas mendengar keseluruhan album ni aku cuba berlapang halwa telinga untuk menerimanya. Tapi sayang agak berat untuk halwa telinga aku menghadam lagu2nya.


Mungkin untuk koleksi dalam arkib aku patut ada lah album too phat ni selepas di fikir2kan. Mungkin aku lengkapkan koleksi ni sebab melihat anak2 agak berminat dengan lagu  berentak hip hop ni.



Mungkin itu je lah coretan untuk entry pembukaan tahun 2020 Ni. Jumpa lagi di entry akan datang... 

3 ulasan: