Isnin, 21 Disember 2015

Purunistic panzer fest #2


sedikit cerita sabtu lepas, rasanya ni satu2nya gig aku turun tahun ni, dah nak masuk tahun baru, klu blackfest dibatalkan sabtu ni, bermakna ini saja lah cerita aku turun gig utk tahun ni. sebenarnya banyak gig aku mau turun, burn in flame hari tu aku plan turun, last minit pula ada hal, sama ceritanya ngan rocktheworld itu pun aku batalkan tak pergi tgk..sehinggakan kawan aku panggil janji manis mu.. hahahaha

pada hari kejadian gig ni, aku bersama 2 org rakan sepermetalan ku, menuju petaling jaya, rasanya tempat ni kat taman medan kot, penvia nama studionya, ini pertama kali aku turun studio ni, dulu owner tempat ni, kat penylane sunway tu, sebelah saja, dorang sudah pindah sini. kira tempat ni ok lah dari penylane.

sampai ke lokasi rasanya jam 3 lebih macam tu, aku memang menjangkakan gig akan tersasar jauh dari masa yang ditetapkan, sampai saja kat depan penvia studio ni, ada canopy ada buat majlis karaoke, turun dari keta, bersalaman dgn rakan2 lain yg tiba awal sambil mendengar, lagu2 pop 70an, mmg asyikkk wahahaha.

dgrnya lambat lagi nak mula kan, kami pun gerak lah p kedai mamak, minum apa yang patut sambil cerita2 kosong, sampai jam 5 lebih lah, gig pun blum mula, henpon aku pun dah mula habis bateri sbb sibuk melayan game sambil lepak tadi.

5.40pm rasanya gig dah mula awal, ada band sudah beraksi sesampai ku di studio, tampa buang masa bayar tiket, rm25. masuk. wow ada alunan muzik yang mengujakan kedengaran, rasa rindu pula suasana ni, kalu tahun2 lepas. sebulan sekali musti turun gig..


Silent migration, band yang sudah beraksi dari tadi, rasanya aku terlepas 2 lagu macam tu, aksi banging sudah bermula  dihadapan, walaupun crowd masa sedikit, namun band ni memberikan aksi yang padu. aku pun tercengang juga, sbb muzik dorang mainkan sedap, ni pertama kali tgk band ni. aku pun tak tahu asal mana dorang ni, yg pasti dorang memainkan irama thrash metal, campuran death black gitu. aku tertarik ngan band ni, kalu ada rilis kaset bagitau aku, aku nak beli. haha



band kawan yg main kedua ni, kat bawah tadi ajak minum, aku tolak bab aku dah kenyang kat kedai mamak tadi, lagi pun tin yang disorongkan nampak macam pahit je rasanya tu huhuhu... Exothermix nama band kedua beraksi pada petang tu, band ni, aku lihat sgt aktif bermain gig disekitar kl ni, tgk saja flayer2 kat fb ada saja band ni, taniah geng semua. teruskan perjuangan korang. dorang ni main muzik thrash metal, sama macam band silent migration, tapi yang ni jahat sikit penampilannya, bak kata mereka, thrash raw metal hellyeah, masa lagu kedua, kawan aku ash antaboga, call dia dah sampai jambatan, aku fikir2 klu cerita kat henpon, mmg tak jumpa lah lokasi penvia ni, baik aku p ambil dia. aku tinggalkan band exthermix buat seketika, ambil ash kat petronas, lepas tu, follow aku dari belakang... yey, sampai balik studio, aku sudah terlepas beberapa lagu band ni. apapun dorang tetap menghiburkan.. salute bete.



band ketiga aku lupa, antara muaru atau coronation.
rasanya band muaru,tak pasti sangat.. yang ni band brader buang, apa yang menarik minat aku utk menyaksikan band ni, sekali lagi, sbb drumernya ni, hellyeah sarapan pagi, seingat aku dulu2 tgk muaru, brader buang main bass., kali ni dia vokal saja, dgn gaya black death gitu, muzik yang mereka persembahkan pun, black death metal, aaaarhh.. aku terhibur ngan band ni, terutama drumer tu. pemain bass dorang ni, aku kenal ni, hari2 mau autopsi gitu. jumpa korang kat mamat fest tahun depan. klu tiada aral.


Coronotion, aku perna menyaksikan dorang ni, beberapa kali, band ni, berpenampilan evil ngan spike, serta bullet, mmg menggerunkan, band ni, memainkan irama black metal padu, yang menjerit worghhhworghhh..growl sgt tu.. apa yang aku bleh katakan sapa minat black death metal padu pasti akan suka ngan band ni. ianya berbeza ngan muaru ok,. muzik lain2 gitu, walaupun dlm kotak yang sama. hellyeah sekali lagi.

gig tiada rehat,diteruskan saja, pandai2 lah nak curi2 masa klu nak rehat. aku pun tertanya2 musti balik lewat malam ni, bab tadi mula pun dah lewat kan.. apapun band yang main lepas coronotion, adalah band yang aku nak tgk sekali lagi.


Antaboga. sapa baca blog aku, musti tahu aku antara penggemar tegar band ni hahaha.. aku sudah lihat bermacam2 jenis line up bersama antaboga di persembahan pentas, dan utk kali ini, mereka mempunyai barisan pemuzik baru lagi, hanya mengekalkan tonggak utama nyawa antaboga itu sendiri, hantu kepalang. tampa hantu, tiada lagi antaboga. hail hantu.

masa sesi sound check, ada sedikit masalah gitar kedua tak mau hdp, muzik agak bingit bila gitar on. aaarhh. aku sangkakan habis lah kali ini antaboga. cemanalah dorang bleh terima pelawaan gig ni, nampak macam belum bersedia langsung band ni. masalah gitar dapat di atasi, dan aku sempat nyalankan colok kemenyen utk menambahkan lagi kemistikan band ni. maka studio pun berbaur kemenyan.

lagu pertama antaboga agak membingitkan telinga, sampai lagu kedua, rasa macam bukan antaboga yang aku kenali masa lihat live. tapi masukk lagu ketiga, ya sihir,, memang band ni ada sihirnya, secara tiba2 muzik mereka menjadi seperti sedia kalah.. menghiburkan dan unik, walaupun kod yang digunakan biasa2 saja, namun ini lah pemuzik penghibur, antaboga is back.. sampai lagu terkakhir mereka aku tersihir..tetap menghiburkan macam tidak percaya..

mungkin kalu band ni, cukup latihan, korang pasti akan tersihir lagi parah, jika sapa perna tgk mereka masa di penylane, hari tu, itulah persempahan maha dasyat mereka.. sampaikan langsir berterbangan.. daulat antaboga semoga berjaya.. aaarghhh.. bawa balik ash masuk. utk melengkapkan kembali antaboga.. ohya mau tanya darah kat mulut tu darah betul ke...eeeehh gitu.

nota jangan lahar aku, ok, aku penggemar  tegar antaboga jadi spesial sikit cerita dorang dlm ni HAHAHA


Sindraz band black metal dari johor,sama juga dgn band muaru tadi asal johor, cuma bezanya sindraz ni memainkan irama black metal tulen, dengan gaya vokal jerit2 manis gitu, sindraz ni antara band yang aku nak tgk pada gig kali ni, kalau ikutkan mmg aku perna lihat juga band ni beraksi, tapi utk menyegarkan kembali ingatan tu, persembahan sindraz malam tu, memang menghiburkan, betul2 black metal, rasa neftaraka patut buat split ngan mereka ni, dia punya gaya black metal hutan tu, ada mirip..apapun persembahan yg mantap dipersembahkan..hail. (maaf gambar sindraz tak ada)



Morggorm band thrash metal, rasanya jam  nak masuk 11malam, hurmm penat dah kaki berdiri, jadi aku duduk bersila sajalah, masa dorang ni, main, apa yang aku lihat band morggorm ni, pandai ambil hati crowd, dorang membawakan lagu cover sepultura utk lagu pertama mereka. jadi crowd menggila dengan alunannya, rasanya dorang banyak bawa lagu cover.. lepas morggorm ni aku rasa nak balik je, sbb janji ngan org rumah jam 10 balik. mati lah aku... hahaha. disebabkan band lepas ni, adalah headline gig ni, makanya aku tunggu sampai habis. hellyeahhh

band akhir malam tu, adalah BRAIN DEAD, headline utk gig ni. ya aku sanggup berdepan hukuman demi brain dead.,hari tu dorang ada bikin di melaka ngan sil khannaz. tak pergi aku, jadi sudah dekat ni, jangan di lepaskan utk menyaksikan kembali brain dead depan mata. satu2nya band buat sound chek malam tu crowd kena suruh keluar venue., dgn masa yang ada ni sempat lah menghirup udara nyaman dibawah.


lepas saja dorang sound check, semua kembali memasuki venue. tampa buang masa, lagu pertama dihamburkan, bersempena tajuk album mereka, from the exstacy, ein vokal ni, lucu juga orangnya. hahaha. lagu kedua mereka impious mortal, lagu ketiga 7th wind, dan seterusnya.. lagu2 dipetik dari album mereka. ada satu cover song dari sepultura... persembahan brain dead tak ya komplen dorang memang lejen beb. apa yang aku respek, ein sangat2 friendly gitu, klu dulu hanya baca di majalah kisah dorang opening utk M.A.Y malam tu, aku dgr sendiri dari mulut dia cerita pengalaman dorang beraksi masa opening tu.

itu motor banyak jahat.. 
secara ringkasnya, gig dihadiri oleh maniak, hampir 50 org, gig berjaya, cuma masa kelewatan tu, perkara biasa utk gig2 sekitar kl..hellyeahhh... lepas gig ni, kami singgah makan kat penylane, cerita punya cerita jam 2 lebih sudah,,,matilah... aku sampai rumah jam 3.,, oklah itu je cerita nya.

nota-ada gambar yg aku save dari facebook. sbb henpon aku mati huhu.

5 ulasan:

  1. Fuyooo.. ni betul janji manis mu.
    kul 10pm tapi 3am. Hahaha.
    nice report. Suka style ko tulis.

    BalasPadam
  2. Musicians sume nampak cukup makan..Sihat2

    BalasPadam
  3. kat penang black fest hr tu antaboga power,3 line up jek tp mcm ada bass sound live depa.mmg ada sihir depa ni

    BalasPadam